Kenapa Kad Debit Saya Tak Boleh Verified Paypal?
February 13, 2008

* image kredit kepada http://www.dynoman.net
Topik hari ini saya tujukan khas kepada mereka yang ingin melakukan pengesahan akaun paypal tetapi gagal. Baiklah, sebentar tadi saya mendapat email dari seorang pelanggan ebook KuasaLelong.com yang bertanyakan masalah untuk membuat pengesahan.
Jika anda tidak pernah menggunakan kad debit anda untuk tujuan pembelian atau transaksi online, diharap anda mengambil nota ini sebagai satu panduan ringkas yang berguna.
Ada beberapa masalah yang mungkin pengesahan (verification) anda ditolak oleh pihak Paypal.
1. Anda salah mengisi maklumat penting dengan tepat.
Sila pastikan sewaktu anda mengisi nama anda, no kad debit, tempoh sah kad dan 3 digit terakhir kad anda dengan tepat dan betul. Jika anda terkurang atau terlebih satu huruf atau nombor, kemungkinan pengesahan anda akan ditolak.
2. Kad yang mempunyai baki yang mencukupi.
Jika anda menggunakan kad debit pastikan kad anda mempunyai baki yang mencukupi. Jika kad anda mempunyai had minima RM25.00 sila pastikan baki kad anda adalah RM50.00. Ini kerana untuk membuat pengesahan paypal fee yang dikenakan kepada anda adalah USD1.95 dan ianya akan dipulangkan semula kepada anda.
Jadi, jika anda ingin membuat pengesahan paypal dan bersedia merebut peluang kekayaan dalam perniagaan dengan eBay, sila dapatkan panduan ebook KuasaLelong.com hari ini.
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentJika Penipu PAYPAL Semakin Bijak, Anda Juga Perlu Lebih Bijak
December 5, 2007

image credit to: http://library.thinkquest.org
Hari ini saya ingin memberi peringatan kepada semua newbies yang menggunakan akaun Paypal. Info ini bukan tujuan menakutkan anda, sebaliknya bertujuan untuk anda mempelajari soal-soal keselamatan memelihara maklumat sulit anda.
Perkara ini perlu diingatkan secara berulang-ulang supaya anda tidak terus leka dengan tipu helah penipu-penipu ini. Mereka semakin bijak, bukan sahaja meniru interface di dalam e-mail, kali ini mereka cuba menarik perhatian anda untuk klik pada link yang diberikan di dalam email.
Saya ingin tegaskan disini, jangan sesekali anda melakukan apa-apa tindakan, jika anda diminta untuk mengubah apa-apa maklumat diri anda melalui link yang diberikan di dalam email. Jangan degil! Dengar kata saya.
Jika anda terima email seperti ini dan mengarahkan anda melakukan seperti yang saya beritahu tadi, sedarlah sebenarnya mereka ingin mengambil maklumat diri anda terutama alamat emel dan katalaluan. Secara senyap mereka akan ambil wang anda sekaligus akaun Paypal anda ditutup!
Jika anda masih ingkar nasihat ini, kelak jangan pula mengadu;
Ohhhh.. wang saya dalam paypal telah hilang!
Lihat contoh berikut mengenai email penipuan:
—–
Subject: Item Not Received Dispute Open Case #PP-214-997-154
From: service@paypal.com
Ben Freckmann has opened a dispute for the payment made to you on nov. 15, 2006 indicating that they never received the item.
Your Transaction ID:8VL41716TP118284D
Buyer’s Transaction ID:2V184750WV419180C
There are many reasons why this might have happened. It could be that the item is still in transit or was accidentally delivered to the wrong address. Sometimes buyers open a non receipt dispute too soon because they underestimate how long it can take for shipping and delivery.
By opening this dispute, Ben Freckmann is asking for your help to resolve this issue. This is your best opportunity to resolve this problem before the buyer escalates it to a PayPal claim or files a chargeback with their card issuer.
To close this dispute go to:
…link omitted…
—–
Langkah terbaik, abaikan emel ini. Jangan sesekali klik pada link yang diberikan. Jika ingin kepastian, terus buka browser baru dan masuk sendiri ke web paypal.com untuk kepastian.
Jika benar paypal yang menghantar emel kepada anda, anda pasti akan terima mesej alert ini di dalam akaun paypal anda dan di dalam emel selalunya ia akan bermula dengan nama anda atau nama perniagaan anda. Contohnya “Dear NoorizamShah.com”. Ini kerana, scammer ‘cerdik’ ini tidak pandai untuk mengesan nama anda di dalam akaun Paypal.
Diharap, info ini dapat membantu anda memahami soal keselamatan akaun dan jangan sesekali takut untuk menggunakan akaun Paypal anda. Bagi mereka yang masih lagi tidak mempunyai akaun Paypal, pastinya anda mula memahami info ini dan dijemput untuk mendapat akaun PayPal disini.
Jumpa lagi!
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentJangan Terima Duit Melalui Paypal, Jika Anda…
December 3, 2007
Bermula daripada 23 haribulan Ogos 2007 yang lalu, Papyal sekali lagi membuat perubahan dalam Perjanjian Pengguna Paypal. Segala fund anda akan ditangguhkan sehingga 180 hari sehingga jumlah US$2,500 jika anda melakukan beberapa perlanggaran syarat perjanjian yang dinyatakan.
Berikut adalah perkara yang dilarang dan dicegah:
1. Jangan sesekali menerima pembayaran bagi segala aktiviti yang berorentasikan seks. Tidak kira sama ada anda ebook mengenai panduan seks seperti Kamasutra, Internet Televisten Network atau pun barangan-barangan yang berunsur lucah.
2. Jangan terima wang melalui Paypal jika anda menjalankan urusniaga atau aktiviti perjudian dan pertaruhan. Sebagai contoh, menerima pembelian nombor ramalan 4D melalui pindahan wang ke Paypal.
3. Dan yang terakhir, jangan terima bayaran daripada hasil jualan produk tembakau atau dadah berbahaya. Nanti tak pasal-pasal akaun kena blok!
Jika anda ada pengalaman kena blok akaun paypal, sila kongsikan diruangan komen. Jumpa lagi
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related Content








