Disputed Item: Apa perlu anda lakukan?
January 2, 2009

Dalam polisi eBay penjual dan pembeli boleh membuat laporan kepada ebay jika transaksi mereka tidak dapat diselesaikan dengan jayanya.
Jika anda sebagai seorang penjual anda boleh membuka fail “Unpaid Item Dispute” dengan eBay untuk menuntut pembeli membuat bayaran ke atas produk yang mereka bida atau beli tetapi anda masih lagi tidak menerima sebarang bayaran.
Sama juga dengan pembeli, mereka juga boleh membuat laporan kepada eBay memaklumkan mereka masih lagi tidak mendapat produk walaupun mereka telah lama membuat bayaran.
Seperti contoh diatas, jika anda sebagai seorang penjual, mendapati pembeli membuat laporan, anda boleh selesaikan masalah ini di ruangan “Resolution Center“.
Anda boleh berkomunikasi dengan pelanggan anda dan ia akan komunikasi ini akan direkodkan diruangan ini.
Jika komunikasi ini diselesaikan dengan baik, pembeli boleh membatalkan permohonan untuk meminta wang dikembalikan. Kalau pelanggan tu banyak songelĀ sgt, pulangkan sahaja duit mereka.
Kes-kes seperti diatas terjadi antaranya produk yang dihantar tidak sampai-sampai seperti yang telah dijanjikan.
Untuk mengelakkan perkara ini sentiasa berlaku (kalau kerap sgt boleh rugi bisnes macam ni), sentiasalah berkomunikasi dengan pelanggan anda.
Di dalam akaun eBay telah disediakan ruang untuk anda berkomunikasi, berniagalah dengan bijak!
Jumpa lagi!
P.s: Dapatkan panduan memulakan bisnes ebay di www.kuasalelong.com
![]()
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentPanduan Ebay: Kenapa Penjual Suka Mengguna Paypal?
August 2, 2008
Ada juga saya terima beberapa soalan bertanyakan kenapa ramai penjual di laman web Ebay di luar negara lebih suka menggunakan Paypal berbanding kaedah pembayaran lain seperti money order atau cek?
Kenapa mereka memilih Paypal adalah;
1. Ianya pantas
2. Ianya mudah
3. Ianya selamat
4. Paypal adalah sebahagian “keluarga” eBay.
Dari segi kepantasan sistem pembayaran ini, anda boleh menghantar atau menerima transaksi dengan kadar segera. Ia sememangnya dapat menjimatkan masa anda jika hendak dibandingkan menggunakan cek dan anda tidak perlu menunggu masa yang lama untuk disahkan.
Sebagai seorang penjual, anda dapat membuat penghantaran produk kepada pelanggan dengan lebih cepat sebabnya anda telah menerima wang dengan pantas. Terbukti, masa anda dengan pembeli dapat dijimatkan!
Bagi anda yang memiliki akaun paypal, anda dapat memberi lebih pilihan kepada pembeli untuk membuat pembayaran produk khususnya mereka yang memiliki kad kredit. Seorang penjual atau pembeli dapat membuat semakan secara online dan melihat laporan transaksi secara online di dalam satu tempat sahaja.
Anda tidak perlu bimbang menggunakan paypal kerana maklumat kewangan anda lebih terjamin dan ianya diakui pihak Ebay dan Powerseller yang lain.
Jika anda tanya kepada mereka yang menjalankan perniagaan di internet secara besar-besaran, mereka juga mahukan aktiviti transaksi yang selamat!
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentPanduan Add Kad Debit & Keluarkan Wang Dari Paypal
August 1, 2008
Jika sebelum ini anda telah verifiedkan akaun paypal selain dari kad debit Public Bank Visa Electron, kini saya ingin kongsikan panduan bagaimana anda boleh add kad debit anda di dalam akaun paypal seterusnya membuat pengeluaran wang.
So, boleh ikut arahan ni:
1. login ke www.paypal.com
2. click profile
3. pilih Add or Edit Credit Card
4. Klik Add Card
5. Masukkan maklumat kad debit public bank
6. Klik Add Card
Selepas itu, jika ingin keluarkan fund dalam akaun paypal boleh ikut arahan ini;
1. Klik My Account
2. Klik Withdraw
3. Klik Withdraw fund to your card
4. Caj USD5.00 akan ditolak setiap kali pengeluaran di buat.
5. Masukkan akaun Amount yang ingin dikeluarkan.
6. Click continue
7. Selesai, wang akan dimasukkan ke dalam kad debit anda dalam masa 7 hari bekerja.
Tips: Kalau nak keluarkan wang dari paypal, sebaiknya, biarlah duit dalam paypal tu banyak sket. sebab setiap kali keluar akan dicaj USD5.00. So nak elakkan rugi dengan caj ni.. better tunggu duit dalam paypal lebih dari USD50.00 atau USD100.00 ke atas.
P.s: Saya ingin ucapkan tahniah kepada semua pembaca ebook kuasalelong.com yang telah berjaya menghasilkan jualan di laman web eBay. Percayalah, jika anda menghargai ilmu yang saya kongsikan ini, insya-Allah, anda tidak akan berasa sedikit pun kekecewaan kerana inilah pengalaman yang berharga buat anda!
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentBeli Produk di Ebay Guna Paypal
July 4, 2008
Baru-baru ini saya telah terima email dari seorang pelanggan saya dan beliau amat berminat untuk menjalankan perniagaan di laman web Ebay. Berikut ada kemusyiklannya.
Assalamualikum…
Saya ingin bertanya mengenai paypal…saya mempunyai akaun paypal atas nama
isteri saya dan menggunakan kad debit isteri saya…boleh tak saya nak add
satu lagi akaun kad debit menggunakan kad debit saya.Soalan kedua…jika ingin membeli menggunakan paypal dalam ebay..perlukan
saya add akaun kad debit…dan macam mana nak add akaun paypal dalam ebay
Jawapan:
1. Anda boleh add kad debit di dalam akaun paypal anda.
2. Sebagai seorang pembeli, anda tidak perlu addkan kad debit. Jika anda mempunyai akaun paypal, itu sudah memadai. Andai anda membeli produk dari penjual Malaysia, anda juga boleh membayar menggunakan perbankan internet atau deposit tunai.
3. Untuk addkan akaun paypal anda di dalam akaun ebay, anda boleh gunakan arahan ini:
a. click www.ebay.com.my
b. klik My Ebay >> Summary
c. klik my account
d. klik link my paypal account.
Ikut arahan sehingga selesai.
Popularity: 8% [?]
Sphere: Related ContentKhidmat Penerimaan Bayaran Kad Kredit Yang Biasa Digunakan…
April 14, 2008
Apakah khidmat penerimaan bayaran kad kredit yang biasa digunakan oleh usahawan di internet?
Jika ditanya kepada usahawan-usahawan di internet, mereka pasti akan mensyorkan kepada anda beberapa servis penerimaan bayaran kad kredit berikut:
* 2Checkout.com - Jika anda menggunakan servis ini, anda hanya perlu membayar yuran USD$49 sekali sahaja. Tak perlu modal beribu-ribu ringgit. Mengguna servis ini, anda boleh menjual produk atau barangan fizikal atau digital menggunakan servis ini. Malah servis ini turut menyediakan sistem affiliate sendiri. Walaubagaimana pun, jika anda membuat jualan menggunakan servis ini, caj yang dikenakan kepada anda adalah rendah iaitu 5.5% + 0.45USD sahaja.
* Satu lagi servis yang biasa digunakan oleh usahawan internet seperti Gobala Krishnan dan Zamri Nanyan ialah ClickBank.com. Servis ini juga mengenakan caj sebanyak USD$49.95 untuk sekali sahaja. Sama seperti 2checkout.com, servis ini juga ada menyediakan affiliate untuk anda menjana pendapatan sampingan. Caj pula hanya dikenakan sebanyak 7.5% + $1 USD sahaja bagi setiap jualan yang dilakukan.
*Servis yang paling ramai digunakan oleh usahawan internet ialah PayPal.com. Ia menjadi pilihan kerana servis ini tidak mengenakan sebarang caj untuk membuka akaun sebaliknya hanya mengenakan fee yang amat rendah jika ingin verified akaun. Malah rakyat Malaysia sudah boleh mengeluarkan wang dari akaun paypal terus ke kad debit Visa.
* Dan terakhir, anda boleh guna servis dari syarikat tempatan iaitu di Netbuilder. maklumat lengkap rujuk sini
Jika anda mempunyai perniagaan di internet, mungkin anda boleh pertimbangkan servis-servis di atas untuk digunapakai.
Popularity: 12% [?]
Sphere: Related Content60% off The Contender Asia Finale Tickets with PayPal
April 4, 2008
Dear All,
PayPal has teamed up with The Contender Asia to bring you an exclusive ticket package for the night of the finale fight on 12 April - a value worth more than S$100 for only S$25.
The Contender Asia is a reality television series that follows 16 aspiring Muay Thai middleweight fighters from 12 countries, competing for a chance to win USD$250,000 in total prize money - USD$150,000 cash awarded to the winner’s PayPal account. Learn more
The PayPal Zone offer includes:
1. 50% off on the Finale tickets*
2. Limited edition official The Contender Asia Finale PayPal T-shirt - free
3. Entry into the post event party at Brewerkz
4. Win an exclusive photo session with The Contender Asia fighters. Learn more
Finale Details:
Date: Saturday, 12 April 2008 starting at 7pm
Venue: Singapore Indoor Stadium
Get The Contender Asia boxing memorabilia here!
Be a part of history for one of the hottest shows on TV and get in the Zone - The PayPal Zone!
See you at the finale on 12 April! Seats are limited.
Buy your tickets before they’re gone.
Sincerely,
PayPal
* Based on ticket price of S$50. Tickets must be purchased between 1 - 9 April 2008 only.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Siapa yang nak ke Singapore bulan ni, bolehlah beli tiket nih. Kot-kot dapat Baju Thai Boxing atau Boxer ke, boleh jual kat eBay. ![]()
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related Content




