Kenapa Saya Memilih Ebay Sebagai Salah Satu Sumber Pendapatan?

February 29, 2008

Mungkin rakan pembaca yang mempunyai perniagaan punya alasan tersendiri kenapa anda memilih perniagaan anda sebagai jalan sumber meraih pendapatan.

… dan saya juga mempunyai alasan kenapa saya memilih eBay sebagai platform meraih pendapatan lumayan setiap bulan.

Bagi mereka yang telah membeli panduan eBay di KuasaLelong.com pasti telah mendapat manfaat darinya. Hari ini saya ingin berkongsi dengan rakan pembaca sekelian, kenapa saya memilih eBay.

Jika anda membaca latar belakang saya, pasti anda ketahui saya masih lagi bekerja dengan seorang majikan. Dengan eBay, saya tidak terikat dengan waktu kerja kerana saya boleh melakukan dimana-mana sahaja.

Untuk melakukan pemantauan dan senaraian, ianya tidaklah mengambil masa yang lama. Saya cuma memperuntukan beberapa minit untuk mengetahui status produk-produk saya di eBay. “Kedai saya” sentiasa dibuka setiap hari 24/7. Tiada masalah!

Tidak kira sama ada saya berada dirumah atau pergi melancong sekalipun, perniagaan saya di eBay tetap dibuka dan sentiasa menerima pelawat setiap hari.

Dengan berniaga di eBay, saya tidak perlu menggajikan sesiapa. Sayalah kuli dan sayalah boss! Saya dapat kurangkan kos menggajikan pekerja kerana eBaylah ‘pekerja’ saya. Ia boleh bekerja 24 jam tanpa henti setiap masa.

Saya bebas membuka kedai dan tidak memerlukan lot untuk disewa. Berniaga di eBay saya hanya dikenakan ‘fee’ yang amat-amat murah dan berbaloi. Malah jika menyenaraikan salah satu produk untuk pasaran Malaysia, saya boleh melakukannya secara percuma dan kemudian kaut keuntungan 100%.

Malah dengan eBay jugalah saya dapat membina jualan ulangan dan menarik pelanggan baru terus ke laman web saya. Jadi saya jimatkan kos promosi saya kerana saya tahu, eBay memiliki pelawat yang amat ramai. Kenapa tidak saya rebut peluang ini.

Tapi, semua ini tidak akan berlaku jika kita tidak belajar atau mengetahui panduan yang betul bagaimana ingin meraih pendapatan di eBay. Jangan jadi macam sesetengah orang yang tak reti sabar, nak cepat, gelojoh, tamak, degil, tak mahu dengar kata dan macam-macam tabiat buruk.

Jadi, kalau teringin nak belajar, kenalah bersedia menuntut ilmu. Yang mana terkurang, kita betulkan, yang mana dah ok, kita mantapkan.

Sekarang dah bersedia memilih eBay? Baca betul-betul kat sini

Popularity: 11% [?]

Sphere: Related Content

Apabila Kita Punya Nafsu Nak Cepat Kaya

February 26, 2008

Perkembangan dunia internet memang pantas sekali. Kat Malaysia ini, boleh dikatakan di setiap rumah memiliki satu komputer. Dan misi memiliki sebiji komputer ini masih lagi dilaksanakan sehingga pihak bank menyediakan pinjaman kepada kakitangan kerajaan untuk membeli komputer.

Dan apabila kita sebut internet dan komputer, saban hari pengguna baru juga semakin bertambah. Pengguna-pengguna baru ini pasti terdedah dengan pelbagai sumber maklumat yang boleh dicapai tanpa had.

Nak tau pasal kempen pilihanraya kali ini, jenguk sahaja laman web harakahdaily, utusan online, thestar online. Tak pun singgah ke blog Lim Kit Siang, Jeff Ooi, Anwar Ibrahim, Marina Mahathir, Kadir Jasin.

Kalau nak tau pasal dunia keusahawan, klik ke forum WangCyber, BicaraJutawan atau ke blog Noorizam Shah, SaifulSham, Mohd Suhaimy, Irfan Khairi.

Kesedaran-kesedaran IT ini bagus untuk rakyat Malaysia. Mereka tidak terkongkong kepada satu sumber maklumat sahaja.

Bagaimana pula dengan mereka yang memasuki gerbang internet ini mencari sumber-sumber peluang menjana kekayaan? Mereka mencari peluang buang buat duit? Peluang buat duit dengan pantas?

Ada ke?

Wallahualam, ayat “buat duit dengan pantas” ni luas maksudnya. Ada kaedah betul dan ada juga sebaliknya.

Rakyat Malaysia hari ini, mungkin telah diberi beban yang besar kepada mereka. Ada yang tidak tahan memikul tanggungan sehingga mereka memasuki internet untuk mencari peluang-peluang memberi pulangan pantas.

Saya tidak ada duit nak kawin. Saya perlukan duit sekarang!

Saya ada hutang dengan Along yang tak settle-settle lagi

Mak saya nak pakai duit nak beli krim buang jerawat!

Nak beli susu anak, duit tak cukup!

Duit dah terlampau banyak, saja nak tambah duit!

Jadi, tiada jalan mudah nak jadi cepat kaya. macam mana pun kena usaha. Usaha itu kan tangga kejayaan. Tengok kawan-kawan yang buat duit, belajar macam diaorang.

P.s: Apapun, jangan mudah tertipu dengan skim-skim cepat kaya!

Jumpa lagi.

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Orang Kata Niche, Anda Tahu Ke Apa Itu Niche?

January 4, 2008

Kali ini saya ingin berkongsi kepada anda mengenai NICHE. Anda pernah dengar perkataan niche?

Hari ini topik sedikit ringkas. Jadi terus membaca
Selanjutnya

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

Panduan Menggunakan Ruangan ‘Search’ di Blog

December 28, 2007

search-box.jpg

Pembaca sekelian,

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda bagaimana untuk memaksimumkan carian maklumat anda di blog. Bagi anda yang masih lagi baru mengenali fungsi blog, hari ini saya akan tunjukkan dengan anda bagaimana anda boleh menggunakan fungsi”Search on this blog” mendapatkan maklumat-maklumat yang anda kehendaki.

Jadi, apakah sebenarnya fungsi ruangan “SEARCH’ ni?

Fungsi kotak carian ini bagi memudahkan pelawat atau pembaca blog mencari topik atau infomasi yang diingini melalui ‘jalan pintas’. Dengan fungsi ini, ia dapat memudahkan anda melihat berapa banyak topik yang berkaitan dengannya. Sebagai contoh anda boleh memasukkan katalaluan “skim cepat kaya” di kotak Search.

Jika anda melawat mana-mana blog selain ini dan ingin menggunakan kaedah seperti ini, sila lihat disetiap sudut blog. Boleh dikatakan kesemua blog memiliki SEARCH BOX ini.

Taipkan keyword-keyword umum terlebih dahulu seperti “ebook” “ebay” “nuffnang” “hindraf”. Ini bagi memudahkan senaraian topik yang berkaitan dipaparkan dalam satu list.

Selamat mencuba

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Jika Penipu PAYPAL Semakin Bijak, Anda Juga Perlu Lebih Bijak

December 5, 2007


image credit to: http://library.thinkquest.org
Hari ini saya ingin memberi peringatan kepada semua newbies yang menggunakan akaun Paypal. Info ini bukan tujuan menakutkan anda, sebaliknya bertujuan untuk anda mempelajari soal-soal keselamatan memelihara maklumat sulit anda.

Perkara ini perlu diingatkan secara berulang-ulang supaya anda tidak terus leka dengan tipu helah penipu-penipu ini. Mereka semakin bijak, bukan sahaja meniru interface di dalam e-mail, kali ini mereka cuba menarik perhatian anda untuk klik pada link yang diberikan di dalam email.

Saya ingin tegaskan disini, jangan sesekali anda melakukan apa-apa tindakan, jika anda diminta untuk mengubah apa-apa maklumat diri anda melalui link yang diberikan di dalam email. Jangan degil! Dengar kata saya. :D

Jika anda terima email seperti ini dan mengarahkan anda melakukan seperti yang saya beritahu tadi, sedarlah sebenarnya mereka ingin mengambil maklumat diri anda terutama alamat emel dan katalaluan. Secara senyap mereka akan ambil wang anda sekaligus akaun Paypal anda ditutup!

Jika anda masih ingkar nasihat ini, kelak jangan pula mengadu;

Ohhhh.. wang saya dalam paypal telah hilang!

Lihat contoh berikut mengenai email penipuan:

—–

Subject: Item Not Received Dispute Open Case #PP-214-997-154
From: service@paypal.com

Ben Freckmann has opened a dispute for the payment made to you on nov. 15, 2006 indicating that they never received the item.

Your Transaction ID:8VL41716TP118284D
Buyer’s Transaction ID:2V184750WV419180C

There are many reasons why this might have happened. It could be that the item is still in transit or was accidentally delivered to the wrong address. Sometimes buyers open a non receipt dispute too soon because they underestimate how long it can take for shipping and delivery.

By opening this dispute, Ben Freckmann is asking for your help to resolve this issue. This is your best opportunity to resolve this problem before the buyer escalates it to a PayPal claim or files a chargeback with their card issuer.

To close this dispute go to:
…link omitted…

—–

Langkah terbaik, abaikan emel ini. Jangan sesekali klik pada link yang diberikan. Jika ingin kepastian, terus buka browser baru dan masuk sendiri ke web paypal.com untuk kepastian.

Jika benar paypal yang menghantar emel kepada anda, anda pasti akan terima mesej alert ini di dalam akaun paypal anda dan di dalam emel selalunya ia akan bermula dengan nama anda atau nama perniagaan anda. Contohnya “Dear NoorizamShah.com”. Ini kerana, scammer ‘cerdik’ ini tidak pandai untuk mengesan nama anda di dalam akaun Paypal.

Diharap, info ini dapat membantu anda memahami soal keselamatan akaun dan jangan sesekali takut untuk menggunakan akaun Paypal anda. Bagi mereka yang masih lagi tidak mempunyai akaun Paypal, pastinya anda mula memahami info ini dan dijemput untuk mendapat akaun PayPal disini.

Jumpa lagi!

Popularity: 7% [?]

Sphere: Related Content

3 Komponen Untuk Membina Laman Web

October 28, 2007

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda, bagaimanakah cara memulakan dan memiliki laman web. Secara asasnya saya akan menulis 3 komponen yang perlu anda tahu:

1. Webhosting
2. Domain Name
3. Website

Bagi anda yang ingin membina laman web seperti pelamin.net, anda perlu mencari atau memilih tapak (webhosting) yang sesuai dengan harga dan saiz yang bersesuaian dengan keperluan dan bajet anda. Sebagai contoh, saya memilih untuk mendaftar di syarikat pembekal hosting terbaik di Malaysia iaitu di internet-webhosting.

Bagi saya, internet-webhosting adalah salah satu pembekal yang terbaik dengan disokong team support 24/7 mereka. Bantuan yang diberikan adalah cepat dan cekap dan sememangnya saya berpuashati dengan syarikat ini.

Webhosting adalah satu komponen yang penting jika anda ingin memiliki sebuah website. Webhosting ini sebenarnya adalah merupakan sebuah komputer yang mempunyai sambungan internet 24 jam dan ianya boleh diakses oleh ramai pengguna.

Kemudian, untuk menjadikan laman web anda berwajah professional, anda perlulah memilih nama domain yang bersesuaian. Nama domain boleh dianggap sebagai jenama anda. Nama domain ini juga anda boleh beli daripada mana-mana penjual nama domain yang boleh didapati di internet. Sekali lagi untuk memudahkan anda, saya syorkan anda beli di internet-webhosting (top 5 provider company di Malaysia). Nama domain ini adalah penting untuk memastikan pengguna boleh memasuki laman web anda.

Dan komponen terakhir adalah website atau laman web. Bina dan siapkan laman web anda dengan menarik dan professional. Jika anda tidak berkemahiran membina laman web, upah sahaja mereka yang berkebolehan dalam merekabentuk web.

P.s: Untuk pengetahuan anda, Internet-Webhosting masih mengekalkan harga domain dan hosting pada harga semasa dan tidak akan menaikkan harga sepertimana dilakukan pembekal-pembekal lain mulai tahun hadapan.

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

« Muka SebelumnyaMuka Seterusnya »