Kongsi Pengalaman Anda Bersama Nuffnang!

August 13, 2008

The details for this upcoming Nuffnang Sharing Session is as follows;

Venue : Italiannies, One Utama
Date : 24th of August, 2008 (Sunday)
Time : 6pm to 8pm
Guest Bloggers : Cindy Tey and Ringo Tan
No of pax available : 20

Seats are limited for this exciting sharing session! All you have to do to get yourself an invite for the first Nuffnang Sharing Session is just write in an email to italiannies@nuffnang.com with the subject ‘Nuffnang Sharing Session 24/8/08‘ with your details such as your name, blog URL and your contact number.

Nuffnang Sharing Sessions are strictly for Nuffnang Glitterati only. The invitations to the selected bloggers will be sent out via email by the 21st of August 2008.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Cek Nuffnang Yang Seterusnya…

August 12, 2008

http://innit.nuffnang.com/view.php?id=26514Saya buktikan lagi kepada rakan-rakan lain, saya terima lagi cek dari Nuffnang untuk bulan ini. Berapa saya dapat tak penting, yang pasti Nuffnang terus membayar.

Bagi anda yang dah terima cek dari Nuffnang tahniah diucapkan. Bagi mereka yang sudah membaca laporan percuma Nuffnang hasil tulisan saya, terima kasih diucapkan. InsyaAllah, jika tiada aral melintang, saya akan kongsikan tips dan taktik bagaimana saya perolehi pendapatan berterusan dari Nuffnang seterusnya dapat request cek setiap bulan.

Rajin-rajinlah jenguk blog ini!

P.s: Mereka yang ingin menuntut ilmu, tidak harus cepat berputus asa!

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Masa Terbaik Withdraw Earning Nuffnang

August 9, 2008

Ada tak sesiapa yang download laporan Nuffnang, sudah withdraw earning? Jika anda, sila kongsikan pengalaman anda di ruangan komen ok.

Isnin lalu, saya dah dapat notis dari HSBC Bank bahawa cek saya akan dihantar dalam masa beberapa hari ini dan dijangka hari ini atau Isnin, cek akan sampai di depan pintu rumah.

Terima kasih Nuffnang sebab semua cek yang dihantar tidak pernah gagal sampai ke rumah saya.

Banyak emel yang saya terima mengucapkan terima kasih kepada saya diatas terbitnya laporan percuma “Panduan Langkah Demi Langkah Menjana Pendapatan Dengan Nuffnang” telah banyak membantu mereka meningkatkan pendapatan.

Kali ini saya ingin berikan sedikit tip kepada anda yang masih baru. Jika anda ingin membuat pengeluaran pendapatan anda, pastikan anda tahu masa yang sesuai dan terbaik untuk request withdrawal.

Tarikh yang sesuai ialah 3 hari sebelum hujung bulan. Bila?

Antara 27-29 haribulan.

Bagi anda yang buat request pada tarikh lebih awal dari itu, ianya tetap akan diproses pada hujung bulan. Sebab itu, ada juga yang komplen kenapa cek lambat sampai.

Proses ini ambil masa 30 hari untuk clear (berdasar pengalaman saya sendiri). Jika anda rasa terlewat atau masih lagi tak terima, jangan gundah, sila hubungi pihak Nuffnang dan tanyakan kedudukan status cek anda.

So far, Nuffnang jawab setiap pertanyaan saya tetapi tak tahulah orang lain. :D

Perkembangan lain pula,

video usahawan

Semalam saya dah terima DVD Usahawan dari team Jomseminar. Hasil kerja diorg ni nampak betul-betul profesional (Di belakang cover DVD ini ada gambar saya!). Mereka berusaha keras untuk menghasilkan yang terbaik. Rugilah siapa yang tak pergi seminar Jom Seminar hari tu.

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Sesuatu Yang Happy Telah Berlaku Antara Saya, Blalang Dan Ramai Nuffnanger

July 21, 2008

Sudah banyak kali saya ceritakan kepada pembaca semua bahawa saya telah pun memperolehi pendapatan dengan memaparkan iklan dari Nuffnang.

Saya rasa, tidak perlulah setiap minggu nak paparkan berapa jumlah earning yang saya perolehi dan berapa banyak campaign yang ditawarkan kepada saya.

Malah ramai rakan-rakan saya juga turut menerima ‘nasib’ yang saya dan ditawarkan campaign-campaign yang menarik.

Saya ingin ingatkan anda terutama mereka yang telah membaca laporan percuma saya ini. Laporan ini memberi panduan kepada anda bagaimana anda boleh menyertai program secara percuma kemudian terima pulangannya dalam bentuk wang tunai.

Laporan ini tidak mengajar anda untuk duduk diam-diam sahaja. Buat blog kemudian tinggalkan. Tiada kemaskini, tiada promosi dan sebagainya.

Jika anda mahu wang, berusaha lah. Jangan ‘percuma’ telah diberi kepada anda. Langkah seterusnya anda perlu belajar bagaimana untuk mendapatkan earning tersebut.

Ada beribu-ribu sumber yang boleh anda sertai untuk meraih pendapatan. Semua ini terletak kepada kebijaksanaan anda memilih dan fokus.

Jika saya, Blalang dan Nuffnanger lain boleh menghasilkan pendapatan dengan Nuffnang. Takkan anda tidak boleh? Kan?

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Panduan Percuma Nuffnang Terus Mendapat Sambutan + Dapat Cek Lagi…

July 12, 2008

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada rakan-rakan yang telah membaca dan mempraktikkan ilmu yang saya kongsikan di dalam laporan percuma “panduan langkah demi langkah menjana pendapatan dengan Nuffnang”.

Nampaknya, sambutan dari pembaca memang menggalakkan dan setiap hari, ramai yang membuat muaturun laporan percuma ini. Sekarang terpulang kepada anda samada ingin mempraktikkan atau tidak.

Jika anda tidak ada ilmu, anda perlu tuntutnya. Cari ilmu jika ingin berjaya. Kita tidak boleh selalu disuap. Sebab itu ramai yang gagal kerana semangat mereka hanya panas sekejap sahaja. Pabila gagal mengikut panduan yang diberikan, mula pelbagai andaian diberikan.

Janganlah mudah kecewa atau putus asa. Jika anda gagal, pasti ada sebabnya. Jika anda berjaya, itu semua adalah usaha anda. Buktinya, saya masih lagi menerima cek dari Nuffnang.

Diingatkan, saya bukanlah seorang yang hebat seperti x5mom, Liew CF, HongKiat dan ramai lagi. Tetapi saya juga bukanlah seorang yang langsung tidak mendapat apa-apa pulangan dari aktiviti blogging.

Minggu ini, saya terima lagi earning dari Nuffnang, so far, belum ada lagi cek saya tidak dapat ditunaikan. Kepada anda yang masih ragu-ragu atau belum lagi membaca laporan percuma saya ini, dijemput untuk mendapatkannya di muka utama laman ini.

Hanya masukkan nama dan emel sah anda. Semak emel anda dan buat pengesahan emel dengan segera. Akhir sekali tunggu emel dari saya untuk dapatkan link download tersebut.

Diharap anda terus setia dengan subscribe mailing tersebut kerana banyak lagi perkara-perkara menarik yang bakal saya kongsikan. Buktinya sekali lagi, ramai kawan-kawan yang menghantar emel kepada saya berpuas hati dengan laporan ini dan berjaya mempraktikkannya.

Jumpa lagi!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Snack Your Way to Live Match at Old Trofford

July 7, 2008

Sertai Peraduan Gila Bola Mister Potato sekarang! Simpan penutup kertas berwarna merah dan pek Mister Potato untuk mengumpul mata bola sepak anda dan dapatkan hadiah hebat!30 pengumpul Mata Bola Sepak terbanyak akan menyaksikan pasukan ulung Liga Perdana Inggeris (EPL) SECARA LANGSUNG di Old Trafford lengkap dengan kunjungan eksklusif ke Stadium Old Trafford dan lawatan Muzium bernilai RM15,000 setiap satu.Wang Bonus!
3 pengumpul Mata Bola Sepak paling banyak akan mendapat RM5,000 wang belanja tambahan setiap satu.

Memang Giler Kentang!

P.s: Cara nak sertai, sila lihat iklan Nuffnang - Mister Potato dan baca maklumat lanjut di laman web ini

P.p.s: Ada seorang penghantar sms semalam bertanyakan samada saya ni staff Nuffnang ke? Untuk pengetahuan anda, saya bukan staff Nuffnang. Saya hanya seorang publisher iklan Nuffnang sahaja. So jangan keliru ok!

Popularity: 3% [?]

Sphere: Related Content

« Muka SebelumnyaMuka Seterusnya »