Nufflets Kini Adalah GoKita
January 21, 2008
12hb yang lalu, Nabil founder Nufflets telah mengumumkan bahawa dia ada rebrand menggunakan identiti barunya.
Ini kerana ramai yang konfius dan sering mengaitkan nama Nufflets dengan Nuffnang + Advertlets. Dengan itu, pada 14hb yang lalu Nabil mengumumkan ads networknya kini menggunakan nama GoKita.
Mudah rasanya menyebut nama ini. GoKita (kita teruskan!) hehehe.. Saya rasa inilah identiti unik yang sebenar harus digunapakai oleh Nabil.
Dengan re-brand terbaru ini, dijangkakan Gokita.com bakal menawarkan khidmat pelanggan yang baik, lebih bernilai, lebih pendapatan, lebih mengancam.
Jadi.. mari kita lihat apakah Gokita boleh beri kepada kita. Saya anggap tawaran mengiklan minima $10 patut dicuba oleh anda.
Maklumat lanjut anda boleh rujuk dengan blog Hongkiat.com
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentPeluang Buat Duit Lagi Ke?
December 27, 2007
Amacam? dah tak tahan sangat ke dengan peluang buat duit? Asyik buat duit jer, bila nak kaya nih? Lantaklah!
Orang Malaysia kita dah semakin hebat. Macam-macam peluang buat duit di internet diberikan kepada mereka yang suka merebut peluang. Ada yang tawar sekecil-kecil amount macam Advertlets.com, Ada yang tawarkan sedikit lumayan seperti Nuffnang, dan ada pula yang tawarkan pulangan yang tak masuk akal seperti program e-multilevel marketing versi tipah tertipu!
Rancak punya rancak bercerita, bulan lepas laman GrabMyAds dilancarkan dan bulan ini pula Nufflets hasil kerja anak Malaysia!
Apa itu Nufflets?
Untuk pengetahuan kalian, Nufflets ini merupakan Ads Network yang memberikan anda pendapatan melalui penyertaan anda yang tanpa bayaran tu. Jika Advertlets dan Nuffnang mensasarkan pengguna Malaysia dan Singapura, Nufflets pula ingin membuka ruang kepada pengguna di Malaysia, Singapura, Australia, Thailand, China dan Jepun (besar harapan Nuffletskan?)
Saya masih lagi belum dapat melihat kehebatan Nufflets memberikan peluang pendapatan kerana saya baru sahaja mendaftarkan diri kelmarin, itu pun selepas membaca topik yang ditulis oleh Titan (EarnCent).
Untuk kesemua Ads Network buatan Malaysia ini (Nuffnang, Advertlets, GrabMyAds dan Nufflets), saya masih lagi prefer memaparkan iklan Nuffnang. Mungkin komisyen yang ditawarkan adalah relevan dengan traffik blog ini.
Lagi pun, earning yang ditawarkan oleh Nufflets berdasarkan kepada ‘text ads CPC’. Risiko masih ada untuk terdedah kepada aktiviti “Fraud Click“. Saya berharap pengguna internet akan lebih beretika semasa melayari internet.
Syarat untuk menyertai Nufflets ini adalah mudah. Ia masih lagi percuma seperti mana Ads Network tempatan yang lain. Difahamkan, untuk menyertai Nufflets, anda dikehendaki memiliki blog berdomain dan hosting sendiri (spt NoorizamShah.com).
Anda akan diberikan 5USD percuma setelah anda berjaya mendaftar dan di’approve’kan oleh Nufflets. Tambahan 10USD akan diberikan kepada anda apabila anda memberikan backlink kepada Nufflets melalui review seperti ini.
Di Nufflets sesiapa sahaja boleh beriklan!
Keterangan lanjut, sila klik sini
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related Content









