Selamat Tahun Baru Cina

February 7, 2008


Kini saya berada di Terengganu. Kami mengambil keputusan untuk ke Heritage Bay Club - Marina Resort memandangkan semua hotel dan resort full house.

Banyak dah berubah Terengganu sejak Kerajaan Negeri Barisan Nasional menang dan ambil alih dari Kerajaan Pas 4 tahun lalu. Saya rasa, anda yang dah lama tak ke Terengganu boleh tengok perubahan Insfrastuktur dan kemudahan yang disediakan untuk rakyat Terengganu. Nanti saya masukkan gambar bagaimana perang bendera parti politik mula menguasai negeri Terengganu sekarang nih (dah macam pilihanraya pun ada).


Sempena Tahun Baru Cina nih.. jangan lupa makan limau banyak-banyak! haha

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Antara Cuti dan Kerja

February 6, 2008

Sebelum memulakan perjalanan jauh kami, saya ambil sarapan pagi dengan 2 keping roti canai.  Mamak kat restoran Tesco Shah Alam nih sedikit blur. hehehe

Sepanjang perjalanan kami melalui highway karak ke Cherating, Pahang keadaan jalanraya dalam keadaan lengang. Tidak banyak kenderaan walaupun kebanyakkan warga lain mula mengambil cuti untuk pulang ke kampung halaman sempena hari perayaan ini. Sedikit bosan kerana asyik pandang tumbuhan hijau dikiri kanan sepanjang 200km ni.

Sampai di Hotel Holiday Villa, Cherating sempat lagi check sales yang masuk di ebay dan web kuasalelong.com

Perkara yang wajib saya lakukan setiap hari! Layari blog NoorizamShah.com dan buat kemaskini!

Kejap lagi boleh lah terjun kolam! Esok saya ke Terengganu pula. Jumpa lagi :)

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content