Memahami Keperluan dan Peluang
June 16, 2008
Terima kasih kepada semua. Terima kasih dengan penghargaan anda.
Saya mendapat banyak email, bertanyakan bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya dalam perniagaan internet.
Ramai pembaca blog ini terdiri dari mereka yang bersemangat berkobar-kobar untuk memulakan perniagaan internet. Ada diantara kita sering bertanya mereka mereka belum lagi berjaya seperti orang lain? Mengapa selama mereka ‘bermain’ dengan internet, mereka masih lagi tidak meraih pendapatan yang besar.
Sekejap mereka buat perkara itu, sekejap mereka buat perkara ini. Perhatian mereka tidak tetap. Pendirian mereka tidak kukuh. Mereka tidak ada fokus.
Malah ramai juga yang tertekan kerana masalah kewangan yang menimpa lebih-lebih lagi bila harga minyak dah naik, harga barang basah pun naik. Ini menyebabkan ramai fikiran pembaca blog ini terganggu.
Saya ambil contoh terbaik, ramai antara kita hanya mengambil peluang yang ada didepan mata mereka semata-mata untuk menuntut keperluan hidup. Dengan cara mengambil peluang ini, mereka beranggap dapat meringankan bebanan keperluan mereka.
Jika anda memilih perniagaan ebay, anda seharusnya memberi fokus yang lebih untuk berjaya.
Sila ambil masa anda untuk tenangkan fikiran anda, dan beri tumpuan sewajarnya. Pelajari ilmu yang telah anda perolehi. Jangan mudah sia-siakan peluang didepan mata.
Bagi anda yang mendapatkan khidmat personal coach dengan saya, pastikan anda mempraktikkan apa yang saya ajar dan letak matlamat anda untuk menjadi seorang yang berjaya dan memperolehi pendapatan yang lumayan di internet!
Jika peluang lain datang kepada anda, cuba anda abaikan seketika dan berikan tumpuan kepada masa yang telah banyak anda luangkan untuk menjadi seorang penjual yang berjaya.
Fahami secara jelas apa yang saya kongsikan dengan anda di dalam ebook kuasalelong tersebut dan jadi seorang yang berpendapatan lumayan seperti rakan-rakan yang lain.
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentNota-Nota Motivasi Untuk Anda…
June 2, 2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari minggu adalah hari saya meluangkan masa bersama isteri tercinta. Pagi tadi saya berkesempatan pergi ke Hari Jubli Emas Tentera Udara Malaysia di Pangkalan TUDM, Subang. Itu pun diatas jemputan dan saya telah meluangkan masa hampir 2 jam di sana. Memang ramai pengunjung pada pagi hingga petang. Sempat juga tengok persembahan Air Show dari pilot-pilot terlatih.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Motivasi kat sini: Mamat-mamat pilot ini tak takut mati bila bawa kapal terbang perang.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Sebelah petangnya, saya bawa isteri ke Jom Heboh di Bukit Jalil. Yang bestnya, pabila masuk ke rumah seram (rumah hantu) yang sememangnya tak seram. Siap bergambar dengan hantu lagi.. Dah la panas dalam tu… kena caj RM2/kepala. Hantu ada 5 ‘ekor’ je.. ohoho..

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Motivasi kat sini: Jangan ketawa kalau anda jumpa hantu yang tak seram
Masa kami keluar dari rumah hantu tu, kami lalu di hadapan both Hotlink dan seorang Mc umumkan jam 3 petang akan ada persembahan Mawi. Jam kat tangan waktu tu menunjukkan angka 2.45 petang. Isteri saya minta tunggu sebentar pasal nak ambil gambar Mawi. Tik-tok-tik-tok, jam dah pukul 3.00 petang, Mawi tak sampai-sampai lagi.
Last-last jam tunjuk angka 3.30 petang barulah Mawi terpacul.. dah la panas sampai akak kat depan tu badan di basah dengan peluh…

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Motivasi kat sini: Anda jangan harap orang yang anda minat akan tepati janji. ohoho
Sampai dirumah, saya onkan komputer dan semak kotak emel saya dan terdapat banyak emel pertanyaan kepada saya. Antara soalan yang ditanya ialah bagaimana mereka boleh menjadi seorang yang berjaya, mereka kesempitan wang, motivasi tak ada dan yang paling best ada yang minta no telefon dan alamat Tan Sri Mokhtar Al Bukhary kat saya.
Maaf kepada pengirim emel, saya tidak ada simpan alamat dan nombor telefon Tan Sri. Bagi mereka yang ingin meningkatkan keyakinan diri dan motivasi, saya syorkan anda membaca blog rakan blogger saya di blog iMotvasi.com.
Banyak yang anda boleh belajar disana dan saya doakan anda dapat semangat baru dalam diri anda. Semoga sukses. Jumpa lagi ![]()
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentBerapa Tahun Anda Perlu Ambil Masa Untuk Perolehi RM1 Juta Pertama!
May 12, 2008
Gambar dari Kosmo Online: Nilai semasa stem tahun 1967 ini mencecah RM5 Juta.
Angka tu mungkin terlalu besar bagi anda yang baru bermula. Bagi mereka yang sentiasa memiliki motivasi yang tinggi, cabaran ini pasti akan dilalui dengan penuh keyakinan.
Jika anda mempunyai semangat “ala-ala” mungkin untuk memiliki wang RM1 Juta yang pertama adalah satu misi yang mustahil. Di Malaysia sudah terlalu ramai yang berjaya memiliki RM1 Juta pertama. Ada yang perolehi pendapatan sebegini hasil usaha dalam perniagaan offline seperti insurans, hartanah, pelaburan, seminar, MLM dan sebagainya.
Tetapi berapa ramaikah yang berjaya memperolehi pendapatan sebanyak ini di internet? Dengan hanya meminimakan kos, hasilnya adalah 1000 kali ganda. Saya sentiasa ada meletakkan sasaran ini di atas kertas dan saya bawa ke mana sahaja.
Ya! Saya inginkan RM1 Juta yang pertama dimana setiap bulan apabila berlaku transaksi keluar dan masuk, ianya mestilah mempunyai nilai 7 angka!
Irfan Khairi mengambil masa 3 tahun untuk mendapatkan 1 juta. Ramai yang menyangka untuk mendapat nilai sebesar ini adalah mudah. Terutama apabila mereka ini digambarkan internet adalah lubuk membuat duit dengan cara mudah.
Saya ingin ingatkan anda, di internet anda tidak memerlukan modal berpuluh-puluh ribu ringgit untuk menjalankan perniagaan internet pertama anda. Ada banyak cara untuk meminimakan kos.
Jadi berhati-hatilah apabila anda ditawarkan peluang perniagaan internet dengan mengenakan caj beribu-ribu atau berpuluh-puluh atau beratus ribu ringgit!
Perniagaan internet ini sama juga seperti perniagaan offline lain kerana semuanya melibatkan usaha. Tiada usaha, tiada kejayaan. Lainlah jika anda nak tunggu bulan jatuh ke riba.
Untuk dapatkan RM1 Juta tu bukanlah satu perkara yang mustahil tetapi ianya adalah perkara yang sukar jika anda menganggap mudah dalam apa juga perkara yang anda lakukan.
Saya mempunyai ramai rakan-rakan di internet yang menghasilkan pendapatan dengan menjual produk fizikal dan digital di internet. Hasilnya ramai yang memperolehi pendapatan secara sampingan RM2,000-RM5,000 sebulan dan realitinya remaja berusia 18 tahun pun boleh melakukannya hanya dari rumah.
Jika anda meletakkan motivasi yang tinggi dalam diri anda dan meletak sasaran untuk memperolehi RM30,000 sebulan tidak menjadi satu perkara yang mustahil anda boleh menjadi seorang jutawan sedikit masa lagi.
Lagi sekali saya ingatkan. Tiada jalan pintas untuk menjadi jutawan. Nak seribu daya. Tak nak, buat sahaja kerja yang ada sekarang.
Jumpa lagi
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentCara Maintain Motivasi
April 5, 2008

Tips ini ditulis oleh Dr. Irfan Khairi dan dihantar ke email saya. Mari kita baca…
Kita semua pernah dengar peri bahasa ini, dan ada kalanya, kita juga terjerat dalam keadaan “hangat-hangat tahi ayam”.
Pada mulanya, semangat berkobar-kobar nak lakukan “sesuatu”. Motivasi pun tinggi! Semangat tinggi! Bersungguh-sungguh dan penuh keyakinan.
Alih-alih, 2-3 hari atau 2-3 minggu atau 2-3 bulan kemudian, habis semua lentur. Motivasi, semangat dan keyakinan hilang…
Bagaimana caranya untuk maintain dan meneruskan sesuatu motivasi?
Cara saya adalah dengan melakukan “sesuatu” tersebut setiap hari. Jangan lakukan sedikit sahaja, atau cukup syarat sahaja, tetapi lakukan bersungguh-sungguh setiap hari. Ini akan menambahkan momentum anda.
The trick is, jangan biarkan satu hari berlalu tanpa anda melakukan perkara tersebut kerana ini akan mengurangkan momentum anda.
Katalah anda ingin memulakan perniagaan Internet. Setiap hari, lakukan sesuatu supaya anda lebih dekat dalam mencapai matlamat anda tersebut. Tak kira sama ada membaca mengenai perniagaan Internet, memperbaiki idea perniagaan internet anda, membeli web hosting dan domain name untuk perniagaan Internet dan sebagainya. Setiap hari MESTI ada sesuatu yang anda lakukan untuk perniagaan Internet.
Aplikasi cara ini untuk apa sahaja yang anda ingin lakukan. Kebanyakan kita sering mengalami penyakit hangat-hangat tahi ayam
ini. Dan ianya adalah amat merugikan apabila momentum kita hilang.
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentSemua Orang Pernah Buat Silap. Betul Tak?
February 1, 2008
Ya, semua orang pernah buat silap. Sama ada kesilapan itu dilakukan kerana sengaja atau tidak sengaja, yang pasti semua orang pernah buat silap.
Tetapi, adakah semua orang ambil pengajaran daripada kesilapan yang pernah mereka lakukan? Macam drama kat televisyen, watak-watak yang melakukan kesilapan seperti main kayu tiga, panas baran, guna duit syarikat dan tamakkan harta. Diakhir cerita watak-watak ini menyesal dan mengakui kesilapannya.
Itu kisah watak rekaan. Bagaimana pula dalam dunia realiti? Contohnya dalam perniagaan internet? Adakah semua usahawan internet tidak pernah langsung melakukan kesilapan? Cuba tanya jutawan-jutawan atau usahawan-usahawan internet berjaya yang lain, boleh dikatakan mereka semua pernah mengalami kegagalan. Ini termasuklah Irfan Khairi dan Azizi Ali. Mereka semua pernah gagal.
Saya juga pernah mengalami kegagalan. Saya ingat lagi, dalam tahun pertama laman web pelamin.net diwujudkan, kami hanya terima 10% sahaja tempahan. Bermakna 90% tidak menghasilkan jualan. Jelas, semua orang pernah mengalami kegagalan.
Tapi anda perlu faham, gagal tidak semestinya tidak berjaya. Anda cuma gagal kerana tidak berjaya dalam mensasarkan matlamat anda. Itu sahaja. Jadi janganlah patah semangat ya!
Pada saya, kegagalan itu adalah satu motivasi untuk diri anda. Mungkin anda sudah berada dipertengahan jalan, jadi janganlah anda ambil keputusan untuk berhenti. Saya pernah melihat atau membaca sebuah cacatan dari seseorang yang pernah menjalankan perniagaan internet. Waktu itu, hati beliau ibarat luluh dan hancur. Beliau ambil keputusan untuk berhenti dari menjalankan perniagaan diinternet. Beliau tidak tahan lagi dengan tohmahan, kutukan, cacian orang lain kerana mungkin ilmu beliau tidak dipandang tinggi.
Hasilnya, kegagalan membawa beliau keluar dari perniagaan internet. Setakat itu. Pada saya, ini adalah satu perbuatan yang sia-sia kerana masa anda pernah dihabiskan begitu sahaja. Beza antara orang yang berjaya dan orang yang berterusan gagal adalah kerana orang yang berjaya mengambil pengajaran daripada kegagalannya yang lalu untuk bangkit semula.
Contoh lagi, ramai pengguna internet hari ini terpengaruh dengan program-program merapu yang menjanjikan mereka pendapatan lumayan hanya duduk diam dapat duit. Mereka sedar sebelum ini mereka pernah ditipu seperti program derma ikhlas berantai, skim piramid bertopengkan multilevel marketing, pelaburan haram yang menjanjikan mereka pulangan tetap tahunan, program-program ‘cari orang’ - orang masuk bayar kat anda - anda dapat duit dari hasil kemasukan orang dibawah anda, dan macam-macam program ber’trend baru.
Yang pasti, ada beberapa golongan yang sentiasa tidak serik. Sudah melakukan kesilapan dan akan terus melakukan kesilapan.
Pada pendapat saya, jika anda pernah melakukan kesilapan kenapa tidak anda bangkit semula dengan mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat untuk anda. Mereka yang berjaya amat menghargai ilmu yang mereka perolehi. Contoh, kita ada rakan-rakan yang berjaya yang boleh membantu anda seperti Irfan Khairi, Sabri Saifulsham, Dr. Tuah, Tuah Emas, Irwan Dahnil dan ramai lagi.
Jadi, semua orang pernah buat silapkan? Bangkitlah dari kegagalan!
Perhatian: kepada pemilik email ini > masturajamil2002 @ yahoo.***.my sila sms saya untuk dapatkan link download ebook kuasa lelong anda. Saya tidak dapat hantar ke email anda, mungkin inbox telah penuh. sila kemaskini email anda segera. Terima kasih
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related ContentDari kerja makan gaji, menjadi pemilik perniagaan
January 29, 2008
Oleh: Irfan Khairi
Ramai antara kita masih bekerja makan gaji, dan merancang untuk memulakan perniagaan. Ianya sering terjadi di mana, perniagaan yang akan dimulakan adalah berkaitan dengan kerja makan gaji kini.
Ianya tidak salah, malah, ianya di syorkan oleh kerana kerja yang anda lakukan kini telah mengajar anda dengan ilmu dan pengalaman untuk memulakan perniagaan yang berkaitan. Sebagai contoh, sekiranya anda seorang setiausaha, satu hari nanti mungkin anda boleh memulakan perniagaan setiausaha syarikat. Sekiranya anda seorang guru sekolah, satu hari nanti mungkin anda boleh menubuhkan sebuah pusat tuisyen. Sekiranya anda seorang jurugambar bersama sebuah syarikat, anda juga boleh memulakan perniagaan fotografi profesional satu hari nanti.
Gunakan kerja anda kini sebagai batu loncatan untuk memulakan perniagaan. Berikut adalah 4 tips persiapan anda sekiranya anda kini bekerja makan gaji dan merancang untuk memulakan perniagaan yang berkaitan.
1: Lakukan penyelidikan
=======================
Sementara mengumpul ilmu dan pengalaman ketika kerja, pelajari mengenai industri anda. Rujuk dan lakukan penyelidikan tentang industri anda dengan membaca majalah yang berkaitan, melungsuri Internet dan juga membaca buku-buku yang berkaitan dengan industri anda.
Ilmu yang anda kumpulkan bukan sahaja akan memantapkan anda di tempat kerja, ia juga akan banyak membantu apabila anda memulakan perniagaan kelak. Sering kali terjadi, apabila ilmu anda bertambah dan pengalaman bertambah, ia menyebabkan gaji anda juga bertambah ketika kerja makan gaji!
Selidik bidang yang anda ingin ceburi sebelum anda membelanjakan apa-apa modal untuk memulakan perniagaan tersebut. Penyelidikan pada masa masih bekerja adalah amat penting supaya ia menyediakan kita sebelum melangkah ke dunia perniagaan yang tidak memberi pulangan yang tetap!
2: Prinsip 10/90
================
Ianya dikatakan, sekiranya anda mengambil masa 10% untuk menyelidik dan mendalami perniagaan yang bakal anda lakukan, anda akan menjimat 90% masa dan wang yang mungkin anda kehilangan ketika memulakan perniagaan!
Saya pernah bertanyakan kepada jutawan Azizi Ali, pernahkah beliau melakukan kesilapan dalam perniagaan? Jawabnya pernah! pada awal penglibatannya dalam perniagaan, beliau memulakan kedai muzik oleh kerana minatnya dalam muzik.
Tetapi, perniagaan tersebut gagal! oleh kerana, beliau tidak melakukan “homework” dalam bidang “perniagaan berbentuk muzik”
Tidak semestinya sekiranya anda mempunyai kepakaran atau minat dalam sesuatu bidang, ia adalah resepi kejayaan perniagaan tersebut. Ia hanyalah satu permulaan oleh kerana anda masih perlu mempelajari selok belok sesuatu perniagaan itu.
Luangkan 10% daripada masa anda untuk lakukan “homework” supaya anda dapat menjimat 90% masa dan modal perniagaan anda!
3: Cari masalah dan selesaikannya
=================================
Ketika bekerja makan gaji, mungkin anda ketemui beberapa masalah daripada pelanggan yang tidak dapat dipenuhi tempat kerja anda. Sering ingat apabila ingin memulakan perniagaan bahawa, “perniagaan adalah penyelesaian kepada masalah”
Pengalaman yang anda ceburi akan mendedahkan anda kepada berbagai masalah. Masalah tersebutlah yang akan menjadi satu peluang perniagaan untuk anda.
Contohnya, sekiranya anda seorang guru sekolah, mungkin anda terjumpa masalah bahawa sesetengah pelajar memerlukan cara pendekatan mengajar yang lebih unik. Anda boleh mencipta cara pendekatan mengajar tersebut dan mulakan kelas bimbingan untuk pelajar-pelajar yang memerlukannya.
4: Bootstrap
============
Kaedah memulakan perniagaan kegemaran saya adalah bootstrap- iaitu, memulakan perniagaan kecil menggunakan wang sendiri, kemudian, perbesarkan perniagaan tersebut dengan keuntungan yang diperolehi.
Anda memerlukan modal untuk memulakan perniagaan. Kerja makan gaji anda kini merupakan satu platform untuk mengumpul modal.
Apabila cukup wang, anda boleh memulakan perniagaan kecil-kecilan dahulu. Ini akan memberi pengalaman kepada anda sedikit demi sedikit dalam mengembangkan perniagaan.
Mulai sekarang, lakukan simpanan khas untuk dana memulakan perniagaan anda. Wang ini adalah bertujuan khusus untuk memulakan perniagaan, dan bukan untuk simpanan peribadi. Anda perlu sentiasa berhati-hati dan mengumpul seberapa banyak ilmu perniagaan yang boleh oleh kerana, tanpa ilmu perniagaan yang betul, bukan sahaja wang simpanan anda dari makan gaji akan rugi, tetapi juga masa yang anda telah luangkan ketika makan gaji untuk mengumpulkan wang tersebut juga akan rugi!
Hanya satu sahaja cara untuk mencapai kejayaan- iaitu mencuba. 9/10 rezeki datangnya dari perniagaan, sekiranya anda bersedia dalam semua aspek, maka, apa kata anda cuba melibatkan diri anda dalam perniagaan.
P.s: Post ini ditulis oleh Irfan Khairi dan ianya dihantar kepada saya melalui email. Post ini saya anggap adalah untuk motivasi saya sendiri dan mungkin juga untuk anda. Selamat membaca.
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related Content








