Persepsi Buruk Terhadap Anda…
July 2, 2007
Setiap orang mempunyai blog yang tersendiri. Pelbagai rupa dan cara bentuk penulisan dan bermacam-macam ragam. Apabila kita sudah mempunyai blog, kita akan berhadapan dengan pelbagai perkara yang mungkin boleh memotivasikan anda ataupun memberikan emosi yang amat buruk.
Apa yang patut anda lakukan jika sekiranya ada orang memburuk-burukkan anda dan cuba pula menjatuhkan anda?
Pasti anda pernah melaluinya bukan? Mereka memberi komen yang negatif menidakkan penulisan anda. Komen-komen di blog anda dipenuhi dengan catatan yang mencela, mencaci dan mempersendakan kemampuan anda.
Mereka ini (yang membuat caci maki) akan datang dengan pelbagai cara. Ada yang melemparkan cacian ini secara terbuka dengan memberitahu siapakah mereka, ada pula sekadar menulis secara kiasan ataupun perli dan paling kotor sekali mereka berani mencaci tetapi tidak berani menunjukkan diri siapakah mereka sebenarnya.
Namun, tujuannya tetap sama iaitu cuba memburuk-burukkan anda, tidak kira samada untuk tujuan persaingan ataupun sememangnya mereka berasa busuk hati dengan blog anda.
Bulan Jun lalu, saya sendiri pernah dicaci seseorang yang tidak dikenali. Sudahlah berani mencaci tetapi tidak berani menunjukkan diri mereka sebaliknya menggunakan nama samaran dan email samaran.
Cara saya, delete dan abaikan…
Pada saya, itu tidak mengapa kerana kebiasaannya golongan seperti ini hanya cemburu atau dengki dengan apa sahaja orang lain cuba lakukan. Maklum sahaja mungkin mereka tidak tahu menilai sesuatu ilmu itu sebaliknya hanya tahu cari mencaci sahaja. Memburukkan orang lain sebenarnya memburukkan mereka sendiri. Buat apa kita ingin menjatuhkan kredibiliti kita dengan hanya cemburu dengan kejayaan orang lain, kita pula mengambil jalan menjatuhkan mereka. Tengok orang lain maju, kita santau mereka. Orang lain pula tengok kita maju, sudahnya kita yang kena santau!
Beringatlah, sebelum orang lain menjatuhkan kredibiliti kita, pastikan anda tidak mengambil jalan dengan memburuk-burukkan orang lain. ![]()
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentSiri II Ebook Motivasi - Gerak Hati Motivasi Minda
June 21, 2007

Alhamdullilah, hari ini saya berjaya siapkan cover untuk ebook Motivasi siri ke 2. Ebook ini akan diedarkan secara percuma dan isi kandungan akan ditambah yang mana ianya akan diisi dengan kejayaan beberapa orang individu yang berjaya. Fokus akan diberikan lebih kepada rakyat Malaysia yang berjaya.
Saya akan cuba berkongsi dengan anda menjejak kejayaan individu ini, apakah formula kejayaan mereka mengecapi kekayaan. Motivasi ini penting untuk anda semua dan di harap dengan edaran ebook ini secara percuma dapat memberi panduan kepada anda untuk memahami kaedah penyelesaian masalah dengan cara berfikir seperti minda seorang jutawan.
Jika anda pernah membaca ebook motivasi saya sebelum ini, ianya banyak menyentuh mengenai motivasi terhadap jati diri, kali ini ebook ini akan diberi nafas baru dengan cara memotivasikan diri sendiri melalui kisah kejayaan orang lain. Jadi sentiasalah melawat blog saya ini untuk memperolehi ebook ini secara percuma yang akan dimaklumkan bila-bila masa sahaja.
Saya berikan anda percuma! dan anda juga boleh edarkannya!
Tunggu…
Â
p.s: Apa pendapat anda tentang kulit ebook ini? Komen sket… ![]()
Popularity: 8% [?]
Sphere: Related ContentLagi-lagi Blog… Apa itu Blog? Boleh Buat Duit Ker?
June 20, 2007
Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Bertemu lagi dalam catatan terkini dari blog NoorizamShah.com…
Alhamdullilah kerana saya masih lagi diberi peluang untuk menulis walaupun sibuk dengan pelbagai projek offline dan online. Mengenai projek itu, biarlah ianya menjadi teka-teki untuk sementara waktu, doakan semuanya akan berjalan dengan lancar seperti yang dirancang ya!
Baiklah, apa yang ingin saya tulis dan kongsi hari ini, mungkin anda sudah banyak mengetahui mengenai blog, akan tetapi masih ramai diluar sana masih lagi tidak mempraktikkan blog secara semaksimum mungkin. Malah masih ramai lagi yang tidak mengetahui betapa manfaat dan berfaedahnya jika kita mempunyai blog.
Blog bukan sahaja tempat kita meluahkan perasaan mengenai isu semasa, politik, ekonomi, penulisan karya, sastera, koleksi-koleksi gambar dan grafik, gossip, review produk dan lain-lain… malah jika anda memaksimakan penggunaan blog, ianya boleh mendatangkan sesuatu yang menguntungkan. Ini termasuklah memperolehi pendapatan secara online, populariti, membina jenama dan sebagainya.
Apa itu blog?
Jika anda seorang pembaca blog saya yang setia tetapi anda tidak mengetahui apakah nama tempat saya menulis ini, hari ini saya ingin sekali beritahu anda… inilah blog. Blog ialah sebutan ringkas bagi Weblog. Blog boleh kita katakan sebagai sebuah laman web, tetapi ianya dibina menggunakan perisian yang telah siap atau sudah diformat bagi membolehkan anda atau sesiapa sahaja membinanya walaupun tanpa memiliki pengetahuan teknikal yang mendalam.
Pengalaman saya menggunakan blog bermula dari blogdrive.com, kemudian saya beralih kepada blogspot.com, seterusnya kepada blog myspace.com, blog 360.yahoo.com dan akhirnya saya memiliki tapak sendiri, membina blog dari perisian berformat dari wordpress.com.
Blog yang dibina kebanyakan mengandungi maklumat yang memberi gambaran mengenai minat, pemikiran dan pendapatan individu. Gambaran ini tidak semestinya datang dari individu tersebut. Kemungkinan ianya datang dari pandangan pelbagai pihak. Dengan cara membina blog, anda dapat memberikan kelainan atau alternatif kepada bentuk penulisan selain dari diari dan buku nota. Melalui blog, ianya menjadi semakin unik kerana ia ibarat dairi elektronik dan anda bebas menulis memberi pandangan anda mengenai apa sahaja topik. Ini memberi peluang lebih besar untuk orang lain menelaah atau menerima pendapat anda.
Dari sistem atau format blog ini, segala apa yang anda tulis mudah dikemaskini, malah setiap maklumat disimpan mengikut kronologi dengan lebih tersusun. Jadi ianya mudah untuk anda atau sesiapa sahaja mendapatkan rujukan atau mencapai maklumat-maklumat yang tersimpan di dalam blog anda.
Sebagai contoh blog ini memberi atau berkongsi maklumat mengenai beberapa panduan yang boleh diaplikasi oleh pelbagai pihak untuk kegunaan peribadi atau kumpulan. Secara tak langsung, dengan memberi maklumat ia sedikit sebanyak membantu carian yang diperlukan. Secara tidak langsung, saya menarik pelawat untuk melawat blog ini.
Anda mungkin nampak ianya adalah perkara biasa dan “tidak ada apa-apa manfaat” yang diperolehi dengan hanya menulis blog. Percaya atau tidak saya memiliki pendapatan sampingan hampir 30% datang melalui blog. Selebihnya dari web perniagaan. Tidak perlu saya tulis disini berapa saya perolehi, tetapi cukup dengan menyatakan saya bersyukur dengan apa yang saya perolehi hari ini.
Nampak gayanya anda kena tunggu lagi la tulisan berikut dari saya.. sebab projek saya sedang menanti ni (projek ebook lagi).. saya akan tulis lagi mengenai blog dan blogger pada post yang akan datang.. tunggu..
P.s: Sebagai recommend saya, jika anda berminat untuk membina blog sendiri, apakata try dapatkan ebook ini. ![]()
Popularity: 5% [?]
Sphere: Related ContentAdakah anda yakin anda boleh jadi kaya?
June 16, 2007
Hi semua,
Sebenarnya, ramai di antara kita yang tidak begitu yakin apabila memperkatakan soal menjadi kaya. Pelbagai alasan akan diberikan apabila kita mula memikirkannya. Anda sebagai pembaca blog saya, mungkin hanya selesa dengan sesuatu keadaan biarpun dalam hati anda selalu memikirkan banyak perkara.
Seingat saya dahulu, ketika saya berumur 7 tahun dan pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah, saya mula belajar dengan pelbagai bentuk kemahiran seperti mengira dan menulis serta membaca (sehinggakan kini saya amat minat membaca dan menulis). Selepas saya habis mengambil peperiksaan UPSR, saya melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah pula sehinggalah ke peringkat mengambil diploma. Kesemua yang saya lakukan selama hampir 20 tahun lalu adalah menuntut kemahiran supaya ianya dapat digunapakai apabila mendapat kerja. Seperti mana saya, anda juga mungkin terpaksa menghabiskan banyak masa bagi membolehkan anda diiktiraf memiliki kemahiran tertentu.
Jadi, adakah anda sedar apakah tujuan anda selama ini? Memerah keringat mendapatkan segulung diploma atau ijazah. Adakah anda melakukan semua ini semata-mata hanya bagi mendapatkan pekerjaan? Adakah anda bermatlamat apabila anda memiliki kesemua kemahiran yang dituntut, ianya harus digemblengkan dengan menjadi pekerja kepada seorang majikan sahaja?
Pembaca sekelian,
Melalui pengalaman saya sendiri, kebanyakan tujuan semua ini adalah bagi mendapatkan pulangan kewangan, pendapatan ataupun dalam bahasa mudahnya ingin cari duit untuk tampung hidup. Dan ramai hari ini, apabila mereka memaksimumkan segala kemahiran yang dimiliki, namun mereka masih juga gagal mendapatkan kekayaan dengan mudah sedangkan mereka telah menghabiskan tempoh yang begitu lama untuk mendalami setiap kemahiran yang dipelajarinya.
Mari kita berfikir sejenak, kenapa … kenapa tidak kita pelajari sahaja kemahiran untuk mendapatkan wang ataupun mendapatkan kekayaan sedangkan anda setiap hari memikirkan soal cabaran hidup hari ini. Dari pembacaan yang saya lakukan, sebenarnya untuk mendapatkan kekayaan ianya harus mempunyai sistem, formula atau sesuatu kemahiran yang boleh dipelajari.
Bagi mereka yang sudah lama berjaya seperti Dr. Irfan Khairi atau Sdr. Shamsul Kamal Shak Ali, sistem dan formula sering digunapakai untuk mengecapi kejayaan. Bukan sesuatu yang mudah untuk berjaya kerana ianya mempunyai banyak modul untuk dijadikan pelajaran dan pengajaran malah ianya memiliki tempoh sama ada pendek atau panjang. Jadi jangan pula anda menjadi begitu hairan apabila melihat orang lain yang kaya dan terus menjadi kaya.
Menyentuh soal “egois” dalam post yang lalu, hari ini kita masih lihat ramai antaranya diluar sana tidak berjaya membebaskan diri daripada masalah kewangan ataupun sukar mengecapi kejayaan dalam bidang yang mereka ceburi. Kalau saya berikan contoh yang baik kepada anda, pasti anda terkejut apabila saya mengatakan ada seorang remaja belasan tahun kini sudah mula menjana pendapatan sedangkan beliau masih lagi di bangku sekolah! Remaja ini merebut peluang untuk memahirkan diri manakala anda pula diluar sana tidak memiliki kemahiran malah tidak pernah ingin belajar memiliki kemahiran itu.
Anda sibuk membaca blog atau mesej yang disampaikan tetapi tidak melihat sesuatu yang amat bermanfaat di dalam isi kandungannya. Anda tidak ingin bermula dan bertindak. Orang lain sibuk buat duit, anda pula sibuk buat alasan. Sebab itulah ramai yang pasti tercari-cari apakah rahsia mencapai kejayaan dan kekayaan.
Terdapat pelbagai buku atau ebook motivasi yang menceritakan kejayaan dan kekayaan yang dikecapi oleh orang ramai. Saya sendiri pernah menulis sebuah ebook motivasi bertajuk “Gerak Hati Motivasi Minda” dan yang pasti sudah ramai membuka mata dan menunjukkan kesedaran selepas membaca ebook ini. Malah terdapat juga tip yang mengajar kita bagaimana untuk berjaya dalam bidang perniagaan khususnya di internet. Ebook ini boleh dikatakan banyak diterbit dan diedarkan di internet. Anda boleh membuat carian sendiri. Itupun jika ada kemahuan untuk menuntut kemahiran. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Sebagai pembuka rencah sebelum meletakkan intipati yang penuh sarat, biarlah saya berhenti menulis di sini dahulu. Saya minta anda berfikir sejenak, adakah sebenarnya anda layak untuk menjadi kaya atau anda hanya layak untuk terus hidup dalam keadaan cukup-cukup makan sahaja… Nantikan penulisan saya lagi selepas ini..
Jumpa lagi…
P.s: Anda sudah dapatkan Ebook “Rahsia Dalang Skim Cepat Kaya & Pelaburan Haram Internet dibongkar” hari ini? Jika belum, sila dapatkannya disini. Harga pengenalan hanya RM15.00 sahaja dan ianya akan tamat sehingga 30hb Jun 2007 ini! Jadi tunggu apa lagi?
P.p.s: Hari ini adalah majlis perasmian butik andaman dan kecantikan Pesona Anggun (Butik makcik saya). Saya akan hadir petang ini, jadi kepada yang mengenali Butik Pesona Anggun, meh la datang jamu nasi ayam. ![]()
Popularity: 6% [?]
Sphere: Related Content








