Ramai Kerusi dari Orang… Pulak…

August 22, 2008

Nak pergi Permatang Pauh, masa tak mengizinkan. Jadi, saya buat carian di internet untuk lihat perkembangan terkini kempen pilihanraya Permatang Pauh.

Alasannya, saya tidak dapat berita yang saya mahu dalam akhbar dan media tempatan. Yang ada hanyalah kisah puji melangit pihak kerajaan dan keburukan pembangkang.

Tapi kalau nak tengok cerita yang “FEAR”, saya suka tonton Astro Awani, siaran 501. Dalam siaran ini, lebih seimbang. Kalau buruk kata buruk, kalau elok kata elok.

Tadi, saya terjumpa satu laman blog yang memaparkan proses kempen pilihanraya Parlimen Permatang Pauh dan saya tertarik pada satu topik yang bertajuk “RAMAI KERUSI DARI ORANG DI FORUM PERDANA SEMALAM

Bila lihat, saya menjadi musykil. Kemana pergi orang kampung dan orang ramai kat sana? Kalau Permatang Pauh ini majoriti nak dikatakan orang Melayu dan beragama Islam. Takkan program agama macam ni tak dapat sambutan?

Atau mereka melihat siapa penganjurnya?

Lagi bertambah musykil, bilamana seorang Menteri kerajaan hadir dan melihat kepada sambutan orang ramai yang mengecewakan pasti akan ada cerita yang tak sedap didengar.

Tak apalah, mungkin Forum Perdana ini tidak dihebahkan secara berkesan. Mungkin juga orang tidak sedar adanya Forum Perdana di sana. Mungkin juga ada program yang lebih menarik perhatian mereka sehinggakan kerusi lebih banyak dalam forum ini.

Apa komen pak menteri hal ini?

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Saiful sumpah Al-Quran… Mahukah Anwar Sahut Cabaran?

August 16, 2008


Foto dipetik dari Agendadaily.com

” Wallahi Wabillahi Watallahi ….Saya, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah bahawa saya telah diliwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim pada 26-6-08 iaitu pada tarikh tersebut Dato Seri Anwar IBrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya. Jika saya berdusta atas pengakuan ini maka saya berdusta terhadap Allah dan saya sanggup menerima azab, laknat dan kutukan daripada Allah hingga ke kiamat “

– itulah sumpah mengikut syariat Islam yang dilafazkan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan sambil mengadap kiblat di Masjid Wilayah Persekutuan,Jalan Duta Kuala Lumpur jam 6.15 petang Jumaat.

Berikut adalah sedutan video dari youtube (MalaysiaNews)

Amacam?

P.s: Saya post topik ini untuk menguji keyword dan carian pelawat di search engine ;)

Popularity: 7% [?]

Sphere: Related Content

Ada Can Ke Minyak Turun Sebelum Pilihanraya Kecil Permatang Pauh?

August 15, 2008

Semalam Perdana Menteri Malaysia telah keluarkan kenyataan seperti berikut:

“Harga minyak mentah di pasaran dunia ketika ini jatuh, oleh itu, harapan untuk menurunkan harga petrol cukup cerah. Bagaimanapun, berapa banyak yang akan dikurangkan adalah mengikut pengurangan dalam harga pasaran. Saya tidak dapat katakan berapa banyak yang akan dikurangkan.

“Lebih banyak harga minyak mentah di pasaran dunia turun, lebih baik,” katanya

Ini berlaku kerana harga minyak mentah di pasaran dunia telah turun (sepertimana jangkaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam debat lalu) dan ianya dijangka turun lagi.

Apakah pengumuman ini akan dibuat sehari sebelum hari mengundi pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh?

Tunggu lagi…

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Koleksi gambar perhimpunan bantahan oleh para pelajar UiTM di Shah Alam

August 13, 2008

Gambar-gambar berikut dipetik dari sebuah akhbar;

.

.

.

.

.

.

.

.

Dah lama tak tengok golongan pelajar turun ke jalanraya berdemontrasi jalanan! Lebih dari 5000 orang, dikatakan menyertai bantahan cadangan kemasukan kouta 10 peratus pelajar ke UiTM.

.

.

.

.

.

.

.

Saya pun kurang setuju dengan cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim ni. Biarlah UiTM untuk bangsa Melayu dan Bumiputera sahaja.


.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

“Jangan politikkan UiTM kerana universiti ini telah termaktub dalam Perkara 153 yang ditubuhkan untuk bumiputera demi membantu menaikkan taraf ekonomi mereka.

“Kami akan buat susulan fasa kedua dan ketiga dan kami akan minta sendiri daripada Yang Dipertuan Agong supaya baginda menitahkan UiTM tidak dibincangkan lagi di mana-mana,” ujar Luqman Nulhakim Mohamad Idris


.

.

.

.


.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Kelihatan pelajar bersorak gembira menyertai bantahan ini.  Yeaaaaa!!!

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Selepas Aksi Lucah “Budak Jolai”, Lagi gambar lucah anak peneroka diedar…

July 9, 2008

Macam-macam yang orang dok cari kat internet ni. Masih ada juga yang ‘ketagih’ mencari koleksi gambar dan video 3gp aksi-aksi terlampau remaja.

Kali ini, Felda Pemanis kat Johor pula “panas” dengan aksi terlampau remaja.

Lagi gambar lucah anak peneroka diedar. Belum lagi sejuk cerita rakaman aksi lucah ‘Budak Jolai’ membabitkan pasangan remaja Felda Jelai, Negeri Sembilan, masyarakat Felda Pemanis di sini, digemparkan dengan pengedaran rakaman gambar aksi lucah pasangan remaja anak peneroka yang dilakukan di sebuah ladang kelapa sawit baru-baru ini.

Rakaman aksi itu yang dibuat melalui kamera telefon bimbit diedar kepada penduduk tertentu di penempatan berkenaan melalui khidmat pesanan multimedia (MMS) beberapa hari lalu.

Selain pasangan itu yang berusia antara 19 hingga 22 tahun bertindak sebagai ‘pelakon’ dalam rakaman berkenaan, dipercayai seorang lagi bertindak sebagai jurukamera merakam aksi menjijikkan itu.

Kehadiran orang ketiga itu berdasarkan kepada hasil rakaman yang dibuat pelbagai sudut, antaranya posisi bahagian belakang tubuh kedua-dua ‘pelakon’ berkenaan.

Remaja wanita itu yang dipercayai sudah berumah tangga lengkap memakai baju kurung dan bertudung ketika melakukan adegan lucah bersama lelaki yang hanya memakai kemeja-T.

Perlakuan pasangan itu bersebelahan motosikal, dipercayai dilakukan di sebuah ladang kelapa sawit milik seorang peneroka Felda Pemanis.

Setakat ini, difahamkan belum ada lagi pihak yang membuat laporan berhubung penerimaan MMS di balai polis berdekatan.

Dari Anda mencari-cari gambar lucah ini, elok tengok video ni.. layan Syahdu jap.

Popularity: 43% [?]

Sphere: Related Content

Perlukah Ganjaran RM1 Juta Kepada Atlet Negara?

July 4, 2008

Sukan Olimpik Beijing tak lama je lagi. Dalam heboh kisah harga barang naik, harga minyak naik, kerajaan telah umumkan mengenai ganjaran RM1 juta kepada atlet yang berjaya bawa pulang pingat emas di sukan Olimpik. Wajarkah duit sebanyak ini dilaburkan kerajaan Malaysia kepada setiap atlet sukan ini?

Kerajaan wajar mengkaji semula keputusan untuk memberikan insentif RM1 juta kepada atlet negara yang berjaya memperoleh pingat emas pada Sukan Olimpik di Beijing, bulan depan kerana ia boleh menimbulkan kesan tidak baik termasuk melahirkan atlet materialistik, kata seorang anggota Parlimen di sini, hari ini.

Raime Unggi (BN-Tenom) berkata ganjaran besar itu juga boleh memesongkan matlamat asal penyertaan atlet dalam sukan kerana dikhuatiri atlet hanya berusaha demi mendapatkan habuan diri sendiri semata-mata.

“Matlamat asal penganjuran (acara) sukan, (termasuk) Olimpik ialah untuk melahirkan atlet yang boleh mengharumkan negara yang diwakili.

“Tetapi jika ada ganjaran yang besar, hanya akan melahirkan atlet yang materialistik dan usaha yang dibuat hanya untuk dapatkan wang, bukannya semangat demi negara,” katanya ketika membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di sini, hari ini.

Apa Pendapat anda? Ok ke tak nih?

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

« Muka SebelumnyaMuka Seterusnya »