Siapa Sangka Pengemis Itu Orang Kaya
October 11, 2008
Seingat saya lagi, ketika bulan Ramadhan, saya sering ke bazar-bazar juadah yang menjual makanan dan minuman. Bila memerhatikan orang yang datang berpusu-pusu membimbit pelbagai juadah di tangan dan kiri, bersyukur rasanya melihat masyarakat kita masih lagi boleh menikmati bermacam-macam juadah. Pilih sahaja yang selera. Bayar.
Siapa kata rakyat kita tak cukup makan?
Nampaknya masih ada mereka yang tak cukup makan. Ke mana sahaja lokasi bazar yang saya pergi, pastikan akan bersua pelbagai jenis pengemis jalanan. Adakah mereka ini tidak cukup makan? Tiada wang untuk beli makanan?
Yang kudung kaki.
Yang kudung tangan.
Yang mengendong anak.
Bapa tua merintih mengangkat tangan.
Si ibu dan anak mengharapkan belas ihsan.
Si anak, tidak tahu apa juga mahukan wang.
Dari mana mereka datang? Siapa mereka? Kenapa mereka mengemis? Apakah kerajaan tidak membantu? Atau mengemis adalah satu pekerjaan yang mudah untuk mendapatkan wang?
Dalam topik lalu, saya pernah sentuh hal mengemis dan kali ini, kisah itu muncul lagi.
Baca ini.
Percaya atau tidak, seorang pengemis wanita yang ditahan dalam satu operasi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan di sini baru-baru ini memiliki wang tunai di tangan sebanyak RM9,786.
Lebih memeranjatkan selepas diperiksa, akaun bank wanita berusia 64 tahun itu mempunyai simpanan RM15,000 hasil daripada kegiatan mengemis di bandar ini.
Dalam operasi yang sama, anggotanya turut menahan seorang pengemis lelaki berusia 54 tahun dan terdapat wang tunai RM1,100 di tangannya
Jabatan itu turut menahan empat pengemis Myanmar dan ketika ditahan ada di antara mereka sudah memperoleh pendapatan harian RM423
JKM turut menahan beberapa pengemis dari China yang mampu memperoleh pendapatan RM300 sehari dan duduk di hotel
Jika mereka mahu wang, banyak cara lain yang lebih elok dari mengemis.
Sekarang anda tanya diri sendiri. Jika anda terjumpa mereka yang seperti ini, adakah anda juga akan hulurkan wang?
Popularity: 1% [?]
Sphere: Related ContentDua biras hadapi tuduhan pengubahan wang haram RM61j
October 10, 2008
Dua biras yang juga rakan kongsi syarikat Hitech Objective Enterprise, hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan pengubahan wang haram, masing-masing berjumlah lebih RM45 juta dan RM16 juta.
Mohd Riezuan Jalil, 28, menghadapi 162 tuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM45,026,063 manakala Basri Samsudin, 35, dengan 60 tuduhan sama berjumlah RM16,133,009.
Mereka didakwa mengikut Subseksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, yang boleh dihukum penjara lima tahun atau denda RM1 juta atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Kedua-dua tertuduh yang juga pengarah syarikat itu turut menghadapi tuduhan di mahkamah sama kerana menerima deposit daripada pendeposit tanpa memegang suatu lesen yang sah mengikut Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989.
Mohd Riezuan dan Basri dari Felda Palong, Gemas, Negeri Sembilan masing-masing didakwa melakukan kesalahan itu di Naza Hotel, Jalan Tun Ali di sini, antara 13 September 2006 hingga 19 September 2007.
Tuduhan mengikut Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 itu membawa hukuman penjara 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.
Hakim Zamri Bakar menetapkan 12 November ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin sebanyak RM1 juta bagi kedua-dua kes dengan seorang penjamin dan dokumen perjalanan mereka diserahkan kepada mahkamah
P.s: Ada juga orang Felda yang jadi jutawan ya?
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentMampukah Teori RAHMAN Menjadi Kenyataan?
October 9, 2008
Bapa Kemerdekaan Malaysia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pernah mengetengahkan teori RAHMAN. Menurut Almarhu, Perdana Menteri Malaysia nombor satu hingga enam boleh diramalkan dengan menggunakan huruf pangkal nama mereka. Walaupun ramalan tidak dibenarkan dalam Islam, ramai pemimpin UMNO taksub dengan telahan ini, sungguhpun Almarhum Tunku cuma berseloroh.
Kononnya:
R ialah Rahman Putra, iaitu Tunku sendiri, Perdana Menteri Malaysia yang pertama (Feb. 1955- 20 September 1970) A ialah Abdul Razak Hussain, iaitu Tun Razak, yang menjadi Perdana Menteri kedua (21 Sep 1970 - 14 Januari 1976) H ialah Tun Hussein Onn, iaitu Perdana Menteri ketiga (15 Januari 1976 - 17 Julai 1981) M ialah Tun Mahathir Mohammad, Perdana Menteri keempat (17 Julai 1981 - 2003), A ialah Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi, Perdana Menteri kelima (2003 hingga Mac 2009) dan N Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri keenam (2009 hingga ….)
Berikut adalah petikan kenyataan dari PM Paklah semalam;
“Saya harap Datuk Seri Najib… anda tahu mengapa saya kata ‘harap’? Sebab beliau perlu bertanding dalam pemilihan dahulu.
“Beliau perlu tanding dalam pemilihan sebagai Presiden Umno dahulu, tapi saya percaya beliau boleh lakukannya…saya harap beliau jadi Presiden,” kata beliau pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini.
Siapa yang nak halang Datuk Seri Najib jadi Perdana Menteri?
Sila buka panggung
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentMereka Umpama Haiwan Yang Tiada Otak!
September 17, 2008
Tergamak sungguh mereka! Memang tidak berperikemanusian. Tidak kira sama ada mereka orang tua atau orang muda, bila dah tak ada otak, mereka sama juga macam haiwan!

Gambar mangsa culik, bunuh dan bakar, Lai Yin Xing (16 tahun)
Lepas kes main tikam-tikam, hari ini kita digemparkan dengan kisah tragis pabila seorang remaja telah diculik kemudian mangsa dibunuh dan dibakar sehingga rentung.
Ini bukan kes culik main-main. Yang pelaku pula bukannya orang dewasa sebaliknya sekumpulan remaja berusia belasan tahun.
Lepas bakar, budak-budak ni boleh pula minta wang tebusan RM33,000 dengan keluarga mangsa. Keselamatan kita tidak dapat dijamin kerana jenayah boleh berlaku dimana-mana sahaja.
Siapa pelakunya? Sesiapa sahaja boleh melakukannya!
Jaga keselamatan anak-anak anda!
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentPabila Mufti Perlis Bersuara Mengenai ISA
September 15, 2008
Sekejap tadi saya menjenguk sebuah laman berita portal internet dan satu tajuk telah menarik minat saya untuk membaca.
Saya kongsikan sedikit kepada anda.
Tajuk: Mufti Perlis: ISA tidak diperlukan untuk bela ajaran Islam
Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin hari ini menegur tindakan kerajaan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam isu agama dan mengheret pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok yang masih ditahan di bawah peruntukan akta itu.
Ketika ditemui di Damansara Kim sebentar tadi, Dr Asri berkata, Islam dibina dari hujah dan dasar yang jelas, dan Islam juga tidak memerlukan ISA untuk membela ajarannya.
“Jadi tidak ada alasan untuk menahan orang dengan tidak memberi peluang membela diri. Ini adalah satu tindakan yang salah. Sekiranya orang itu mempunyai kesalahan dari segi hukum agama, buktikan dari segi dalil-dalil agama.
“Cara kita tangkap orang guna ISA atas kesalahan agama tidak akan menghilangkan salahfaham terhadap Islam. Seharusnya diperjelaskan dulu apa kesalahan itu. Kalau misalnya orang itu menghina Islam atau menyeleweng, buktikan dulu berdasarkan Quran dan hadis.
“Perlu diperdengarkan pertuduhan itu kepada orang yang dituduh itu. Mungkin juga, ia hanya satu salah faham. Yang penting perdengarkan dulu hujahnya,” kata Mufti yang terkenal dengan kelantangannya mengeluarkan idea yang berani dan telus itu.
Kata Dr Asri lagi, “Islam bukan agama yang bacul. Perbuatan ISA kerana kesalahan agama seolah-olah menggambarkan orang Islam tidak mampu berhujah, terus tangkap orang. Mereka akan kata mereka benar kerana kita takut berhujah dengan dia.”
Beliau juga turut mengingatkan betapa bahayanya tindakan ISA.
“Sekiranya ada aliran-aliran tertentu dalam kerajaan yang tidak setuju dengan pendapat satu aliran yang lain, adakah ruang ISA juga akan digunakan? Pernah berlaku dalam kerajaan Abbasiyah yang berpegang pada aliran Muktazilah ketika itu. Dia menghukum orang daripada aliran lain termasuk Imam-imam besar seperti Imam Ahmad juga turut dihukum.
“Kalau di zaman ini, mereka yang kendalikan agama itu dari aliran lain maka mereka yang dari aliran lain itu akan dihukum tanpa memberi peluang membela diri. Ini juga tidak sejajar dengan konsep keadilan dalam Islam,” kata Dr Asri lagi.
Dari segi politik Islam atau siasah, kata beliau, kerajaan berhak menahan orang dan beri tempoh siasatan (14 hingga 30 hari) bergantung pada keperluan. Tapi kita tidak boleh hukum 2 tahun tanpa diadili. Ini zalim.
“Tuhan yang Maha Adil pun buat mahkamah di akhirat untuk setiap orang dibicarakan. Keadilan ditegakkan di dunia dan di akhirat. Tuhan yang Maha Adil pun memberi peluang untuk kita jawab kesalahan sedangkan Tuhan berhak buat apa saja. Jadi macam mana kita boleh tangkap orang tanpa memberi peluang mereka membela diri?,” jelas beliau.
Kata Dr Asri, isu agama turut membabitkan sensitiviti agama lain. Tapi dari segi mempersoalkan identiti Islam seperti laungan azan, itu tidak boleh.
“Namun jika ada sungutan tentang bacaan-bacaan yang panjang sehingga menganggu orang awam, ulamak Islam juga tidak benarkan. Bacaan yang kuat tanpa keperluan atau kuliah agama dengan menggunakan pembesar suara sehingga menganggu ketenteraman awam, itu tidak perlu. Itu sudah diputuskan oleh ulamak-ulamak dari dulu lagi.
“Agama itu terhad. Azan itu azan. Begitu juga kuliah agama untuk diperdengarkan di pembesar suara, berpada untuk sidang yang mendengar sahaja,” jelasnya.
Lagi kenyataan Mufti Perlis >>disini<<
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

LETAK JAWATAN… Setelah enam bulan dilantik menganggotai Kabinet persekutuan, Senator Datuk Zaid Ibrahim mengemukakan surat letak jawatan hari ini. Beliau mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara pada 18 Mac lalu
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Saya juga berpendapat adakah wajar menahan mereka-mereka ini (bukan pengganas bersenjata) ke dalam ISA?
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content2 Penulis Blog, Seorang Wartawan Di Tahan ISA
September 13, 2008
Huh! Selepas berbuka puasa dengan 2 orang pelanggan berbangsa Cina di sebuah hotel malam semalam, kami sempat berbual mengenai isu semasa.

Dalam perbualan kami pada malam itu juga menyentuh kisah Raja Petra Kamarudin (RPK), seorang penulis laman web yang mendapat 1 juta hit sehari. Kini Raja Petra dikhabarkan telah ditahan ISA atas tulisan artikel yang menyentuh sensetiviti agama islam.

Pagi ini, dikhabarkan seorang wartawan, Tan Hoon Cheng dari Sin Chew Daily telah ditahan kerana menulis berita bahawa Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang menyentuh sensetiviti kaum Cina.

Kemudian seorang penulis blog, Teressa Kok (exco kerajaan negeri Selangor) ditahan kerana menulis artikel menyentuh sensetiviti agama islam.
Kesemua penahanan ini berlaku dalam tempoh 12 jam sejak tengah hari semalam.
Difahamkan kira-kira 100 pemimpin dan penyokong parti politik termasuk MCA, Gerakan dan DAP berkumpul di luar perkarangan IPK sambil menyalakan lilin sebagai tanda membantah penahanan wartawan itu.
Nota: Walaupun macam-macam kisah dalam negara hari ini, saya tidak nampak hubungan saya dengan pelanggan saya berbangsa Cina ini terjejas dan kami boleh makan, duduk semasa dan bergelak ketawa bersama.
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related Content









