Update II - WangCyber Gathering

August 5, 2008

Sengaja saya lambatkan upload gambar-gambar dari sesi perjumpaan dengan IM di Bukit Jalil tempohari. Maklumlah sedang sibuk dengan persediaan untuk satu ‘online exam’.

Exam apa tu? Nanti saya beritahu.

So hari ini saya dah bersedia untuk paparkan gambar-gambar “Macho” mereka yang hadir di sana. Sesiapa nak gambar ini, sila minta izin dulu yea.. :P

Kartunis Ubi
Gambar ni saya ambil masa Ubi dok lepak-lepak tepi koridor. Denganya dia sedang menahan frust sebab karyanya telah diciplak oleh IM buta hak cipta! Ubi jangan terjun Ubi!


Mawardee ni baru je lancarkan produk digital di internet, di maklumkan beliau perolehi RM21,000 dalam masa 14 hari je! Cayalah!


Ada banyak benda yang kami berkongsi cerita, terutama mengenai Ebay dan Buku. Bro Zamri Nanyan, memang seorang yang tak kedekut ilmu. Ada rahsia yang didedahkan kepada saya dengan cara tidak sengaja! hehehe

Ini kali kedua saya berjumpa dengan Alang, tak sempat nak borak panjang dengan Alang pasal direktori. Mungkin kalau saya pergi beli pokok bunga kat Sungai Buloh, boleh la kita jumpa lagi! :D

Fai hari tu jadi tukang jual buku, nampak pemalu, apa pun terima kasih dengan “wish” anda.


Din Beramboi (bukan maskot majalah Ujang tu!), suka juga tegur saya dan anggap saya otai.. Din.. saya bukan otai.. kalau makan petai tu baru betul.. hehe.. Din ada juga hulurkan kertas “projek JV” dia kepada saya. InsyaAllah saya akan pertimbangkan jika dapat drafnya. Earning Nuffnang bulan ni banyak ke? ;)


Mamat ni kalau saya tegur dia.. mesti tersengih2 malu.. ohoho.. Dah dapat RM10k seminggu, nak malu-malu apa lagi? Jumpa juga si Labanon ni.. kurus dan boleh tinggi macam saya juga… makan banyak sikit dik..


Orang kuat saya (my wife) nampaknya bersemangat nak bergambar dengan Dr. Irfan Khairi. Ini lah mentor yang telah menggerakkan saya untuk berkecimpung secara serius dalam perniagaan internet sejak tahun 2005 lagi.


Turut yang ingin bergambar ialah barisan pensyarah dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Shuth dan saya. Rupa-rupanya salah seorang pensyarah ni, kawan lama saya semasa kecil di kampung. Lebih sepuluh tahun, jumpa pula di sini.


Si baju merah ni, saya lupa siapa namanya, Abooain (kali pertama jumpa di jomseminar), saya, Sabri Saifulsham (macam dah kenal lama je kita ni) dan Maizul (saya ingat orangnya tinggi dan seorang guru sekolah.. hehehe)

Saya, Irwan Dahnill dan Sabri Saifulsham. Antara kami hanya mengenali secara online sahaja. Baru masa ni dapat bersua. Tiada apa yang memeranjatkan antara kami. hehehe.. maklumlah ‘orang lama’

Gobala Krishnan ni pun bukan pertama kali saya bersua dengannya. Saya ada buat sales produk beliau di clickbank.com. :)

Yang lain-lain mungkin tak sempat nak ambil gambar secara personal. Nak saya update review penuh ke pasal Gathering ini? Ke dah cukup takat ni je?

Popularity: 6% [?]

Sphere: Related Content

Update I - WangCyber Gathering

August 4, 2008

Tengahari semlm, selesai menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat di Ampang, saya terus bertolak ke Bukit Jalil untuk sesi perjumpaan dengan ahli WangCyber.com.

Jalan raya tak la sesak sangat melainkan susur masuk ke Bulatan Kelab Lumba Kuda. Saya sampai ke Bukit Jalil Golf & Resort sedikit awal. Jam di tangan pun baru menghampir 1.30 petang, rasanya belum ada sesiapa lagi usahawan internet yang saya kenal dan perasaan di sana.

Saya ambil peluang untuk ke tandas, buat apa yang patut dahulu dan waktu tu muncul seorang lelaki berbadan agak “bagak” tersenyum kat saya. Ohhh..

Lepas cuci muka, terus saya keluar dari toilet dan terus ke tingkat atas dimana saya perlu mendaftarkan diri.

Sesampai di meja pendaftaran, tak ada seorang pun sambut melainkan seorang gadis berbangsa cina yang berdiri sendiri bersebelahan meja.

Noorizam: “Hi, ini tempat daftar ke?”

Gadis Berbangsa Cina: “Ya.. saya juga sedang menunggu kawan.  Saya Joy Ey. Saya bekerja dengan Gobala Krishnan”

Noorizam: “Oh, ya ke?”

Kami berbual dan berkenalan, bercerita pasal perniagaan dan kemudian muncul kembali seorang lelaki berbadan “bagak” yang saya jumpa di dalam toilet tadi.

Dalam hati berkata, “Apasal mamat ni follow aku ni?”

Bagak: “Assalamualaikum, Noorizam”

eh.. mamat ni kenal saya la..

Noorizam: “Waalaikumsalam, siapa ni?”

Bagak: “Saya Bagak!”

Noorizam: “Ohhh..ya Bagak.. saya tahu nama anda.. nilah Bagak tu ye?”

Kami ketawa dan terus berbual.. dan jam ditangan terus berputar, seorang demi seorang yang datang…

Antaranya, Sabri Saifulsham yang mendekati kami dengan wajah tersenyum-senyum sipu. Sihat dah si Sabri ni.. hehe

noorizamshah.com

*Gambar kredit kepada Suffaddict. Saya sedang tido pikir apa soalan saya nak kasi kat ahli panel ni!

Nanti saya update lagi untuk part II tu.. ohoho

Layannnn…

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Jumpa Saya di Bukit Jalil Golf & Country Resort?

July 29, 2008

Bagi anda yang bercita-cita untuk menjadi usahawan internet, apakata anda hadir ke gathering yang dianjurkan oleh komuniti wangcyber.com pada 3 Ogos 2008 ini.

Saya juga akan turut berada di Bukit Jalil Golf & Country Resort. Selain saya, besar kemungkinan anda bakal bersua dengan usahawan-usahawan internet Malaysia yang lain. Antaranya ialah Shuth, Sabri Saifulsham, TuahEmas, Osman Affan, Hasrul, Alang, Gobala, Ubi, Labanon, Syed Ikhwan, Zamri Nanyan, Mawardee, Galadriel dan ramai lagi

Tak lupa juga tetamu undangan khas, Dr. Irfan Khairi

Pada saya, anda tidak perlu malu-malu dengan mereka ini. Inilah peluang terbaik anda menimba pengalaman bersama mereka. Bak kata Irfan Khairi, jika kita hendak menjadi jutawan, bergaullah dengan mereka yang bergelar jutawan.

Jika kita ingin menjadi seorang usahawan internet, maka bergaullah kita dengan mereka yang bergelar usahawan internet. Mungkin inilah hari terbaik anda untuk mendapatkan idea perniagaan, mengembangkan perniagaan atau mencari rakan JV terbaik anda.

Luangkan masa anda. Keluarkan sedikit pelaburan untuk semua ini. Pengalaman yang berharga ini patut anda miliki. Jika anda yang sanggup datang dari jauh mengeluarkan belanja mencecah RM500 “flight” semata-mata untuk gathering ini, kenapa tidak anda yang berada di berhampiran Bukit Jalil Golf & Country Resort?

Maklumat lanjut sila rujuk forum wangcyber.com 

Kita jumpa nanti disana ya!

P.s: Jika saya tidak perasan siapa anda, jangan malu menegur saya ok!

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content