Bisnes Ebay & DropShipping - Hasilkan Produk Sendiri

September 19, 2008

Kepada yang telah membaca emel yang saya hantar semalam, pasti telah membaca infomasi terkini mengenai rahsia SENSITIF tersebut.

Bagi yang membaca maklumat yang saya kongsikan di dalam emel tetapi masih lagi tidak mengambil tindakan, mereka juga tidak mengetahui rahsia SENSITIF ini.

Pembaca sekelian,

Sebenarnya saya ingin memaklumkan kepada anda yang berminat berbisnes di laman web ebay tetapi masih lagi tidak mempunyai produk sendiri. Nak cari produk kat sekeliling pun susah, inikan pula nak cari pembekal produk.

Sekarang, saya ingin memberi anda pilihan. Samada anda terus mencari pembekal diluar sana atau anda luangkan masa di depan komputer melihat produk-produk fizikal dari dropshipper ini, kemudian gunakan idea anda untuk jadikan produk-produk ini sebagai produk anda sendiri.

Rahsia dropshipping ini rasanya, belum lagi didedahkan di dalam mana-mana ebook berbahasa Melayu, termasuklah dalam ebook saya sendiri di kuasalelong.com

Ebook ini mensasarkan mereka yang ingin mencari jalan mudah tanpa memikirkan bekalan stok, menggunakan stok-stok yang terdapat di dalam stor dropshipper ini, menjual di laman web ebay, kemudian anda dapat keuntungan!

Tapi.. ada tetapinya…

Rahsia ini bukan untuk didedahkan kepada semua. Rahsia ini hanya untuk mereka yang bersungguh-sungguh untuk belajar mengenai perniagaan di Ebay.

Jangan buang masa anda, jika anda tidak berminat dengan perniagaan ebay. Tetapi, jika anda berpendapat bahawa ebay memang boleh memberikan anda pendapatan yang amat lumayan, maka ilmu ini amat-amat-amat sesuai untuk anda praktikkan.

Saya percaya, dengan pembongkaran ini, anda akan lebih faham dan mudah bagaimana untuk menghasilkan pendapatan menggunakan laman web ebay dan jadikan laman ini sebagai lubuk emas anda memperolehi pendapatan lumayan!

Sebagai habuan.. saya ingin berikan kupon ISTIMEWA ini khas kepada 50 orang pembaca blog noorizamshah.com yang terawal mengambil tindakan.

Saya tidak dapat memberi jaminan, jika kupon ini tidak lagi sah dan kemudian anda kecewa kerana terpaksa membayar harga yang tinggi untuk mendapatkan RAHSIA berharga ini!

Baik.. tanpa bercoret panjang, sila ambil KUPON ini dan ikut arahan yang diberikan.

Kupon: CODE-KUASALELONG

Salin kupon di atas dan klik pada link yang saya berikan ini:

http://ebay.rahsiasifu.com/index.php?ref=offer

Bila anda masuk ke laman tawaran, sila klik pada butang berwarna merah dan dan jika bersetuju anda akan mendapat harga tawaran sementara ia masih SAH!

Saya doakan anda berjaya seperti kami dan usahawan Ebay yang lain!

Jumpa lagi,

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

Adakah Pos Daftar Selamat Dipraktikkan?

September 18, 2008

Hari ini saya ingin menyentuh mengenai bisnes ebay. Walaubagaimana pun, topik ini juga sesuai untuk mereka yang kerap menghantar produk fizikal ke luar negara.

Jika anda menjual produk yang kecil dan ringan, apakah perkhidmatan penghantaran yang biasa anda gunakan?

Adakah anda memilih perkhidmatan kurier seperti DHL atau Fedex?

Atau anda hanya menggunakan perkhidmatan pos Malaysia.

Dari pengalaman saya sendiri, saya kerap menghantar produk-produk kecil ke luar negara menggunakan pos Malaysia sahaja. Jika pembeli anda tidak ada masalah untuk menunggu masa penerimaan barang, saya syorkan anda menggunakan servis pos daftar.

Memang diakui, menggunakan pos daftar mengambil masa yang lama antara 10 hari hingga 15 hari mengikut lokasi-lokasi tertentu. Akan tetapi, kosnya lebih murah dari anda menggunakan khidmat kurier lain.

Contohnya anda ingin menghantar stem-stem lama kepada pembeli di negara Canada. Dengan menggunakan pos daftar, pelanggan anda akan diberikan “tracking number” bagi memudahkan mereka mengetahui status terkini penghantaran tersebut.

Saya menggunakan sampul surat yang disertakan “bubble wrap” di dalamnya.

Seperti mana yang saya praktikkan, belum ada sebarang kegagalan atau barang tidak sampai. Pelanggan saya tetap berpuashati dengan servis ini.

Jika anda pengalaman barang tak sampai, mungkin boleh kongsikan di ruangan komen.

Nota: Info ini mungkin tidak sesuai bagi penghantaran produk yang kecil tetapi berharga (melainkan ada insurans).

Popularity: 5% [?]

Sphere: Related Content

Barang Apa Yang Paling Best Jual di Ebay?

September 11, 2008

Ok, hari ini tips ringkas untuk anda. Jika anda bercadang untuk menjual produk di laman web ebay, pastikan anda mengambil kira 2 perkara penting ini:

1. Buat kajian di laman web Ebay dan lihat produk apa yang paling ramai penjual. Jika anda lihat terlalu ramai penjual tetapi jualan kurang, ELAKKAN anda menjual produk yang sama.

2. Sentiasa rajin membuat kajian dan lihat produk apakah yang menghasilkan keuntungan yang tinggi. Apabila anda mengetahuinya, carilah pembekal produk tersebut dan dapatkan pada harga yang murah untuk dijual semula di eBay.

Apakah produk-produk tersebut?

Anda boleh guna “advance search untuk membuat perbandingan.

P.s: Kepada penjual kain pasang, baju melayu, baju kurung, cadar bilik tidur, barang hiasan dalaman dan apa juga produk berkaitan dengan hari raya Aidilfitri, inilah masa yang sesuai untuk anda menjual dan mempromosikan produk anda di laman web ebay.

Mula menjual pada kos minima RM00.00!*

*Anda boleh membuat listing secara percuma di laman web eBay Malaysia

Popularity: 8% [?]

Sphere: Related Content

Nak Tahu Di Mana Nak Cari Pembekal (Tawar Harga Murah?)

September 3, 2008

Saya ada terima beberapa emel yang ingin mendapatkan maklumat bagaimanakah mereka boleh mendapatkan pembekal pada harga borong.

Saya tidak dapat memberitahu setiap nama syarikat pembekal tersebut, akan tetapi anda boleh mempraktikkan cara yang sering digunapakai atau dipraktikkan oleh penjual lain. Saya juga menggunakan kaedah ini untuk mendapatkan bekalan-bekalan stok untuk dipasarkan di laman web eBay.

Ada pembekal kita temui secara temujanji dan ada juga kita mendapat pembekal secara tidak sengaja. Jika anda berminat untuk menjual produk fizikal di internet, pastikan anda mengenalpasti apakah produk yang ingin dijual.

Apabila anda sudah tahu, produk yang ingin dijual, anda bolehlah mula mengenalpasti siapakah mereka yang boleh membekalkan produk tersebut kepada anda.

Sebagai contoh, anda ingin menjual telefon bimbit di internet. Suatu hari, anda telah meluangkan masa untuk ke pameran telefon di PWTC dan disana anda telah berminat dengan booth yang menjual telefon bimbit jenama Nokia.

Anda mula berkenal-kenalan dengan peniaga tersebut dan menyatakan minat untuk menjual produk mereka di internet. Akan tetapi, mereka tidak mahu bekerjasama dengan anda kerana mereka juga penjual seperti anda. Disinilah kepakaran anda diuji. Anda perlu bijak untuk mendapatkan maklumat pembekal dari penjual.

Jangan takut untuk bertanya, jika bernasib baik, anda akan dapat maklumat tersebut dan jangan bimbang jika anda gagal mendapatkan maklumat pembekal kerana di pameran itu berpuluh-puluh booth yang boleh anda kunjungi dan dapatkan lebih banyak maklumat.

Ini hanyalah contoh, mungkin anda boleh praktikkan kaedah ini dengan mendapatkan maklumat dalam buku-buku perniagaan seperti Superpages atau White Pages.

Saya pula lebih suka keluar meluangkan masa ke pusat membeli belah, ke pasar-pasar jualan atau ke expo-expo perniagaan. Di sana saya akan melihat produk yang berpotensi untuk dijual dan kemudian membuat carian lanjut di internet.

Kaedah yang seterusnya adalah membuat carian melalui internet. Anda boleh mencari maklumat-maklumat ini seperti di laman-laman forum, blog, laman web jualan atau di enjin pencari.

Contoh carian seperti wedding comforter wholesaler, baby stroller suppliers, USD vacuum suppliers dan lain-lain.

Akhir sekali, anda boleh terus mendapatkan maklumat dari laman-laman direktori pembekal luar negara seperti www.alibaba.com, www.salehoo.com, www.mkenterprise.com

P.s: Bijak tawar-menawar, bijak membuat keputusan, anda boleh mendapatkan harga yang murah untuk produk anda.

Popularity: 8% [?]

Sphere: Related Content

Bagaimana Untuk Berunding Dengan Pembekal

August 30, 2008

Selamat berhujung minggu. Esok saya akan adakan kelas one-to-one Ebay. Maklumat lanjut boleh rujuk disini.

Bagi anda yang telah pun mempunyai pembekal untuk dijual di laman web eBay, anda boleh menggunakan strategi rundingan untuk mendapatkan harga yang minima.

Lakukan perbincangan dengan pihak pembekal setelah anda mendapati potensi jualan produk tersebut tinggi.

Saya ambil satu contoh,

Anda ingin menjual gelang kesihatan yang diperbuat dari Tungsten. Sebagai permulaan anda boleh membeli 2-3 unit sahaja. Ia bertujuan untuk melihat, adakah produk ini mendapat sambutan di laman web eBay.

Sekiranya, anda mendapati produk ini mendapat permintaan dan terjual, barulah anda membuat keputusan untuk membeli stok yang lebih.

Menyentuh soal rundingan dengan pembekal, anda boleh berkomunikasi dengan mereka, berbincang untuk mendapatkan harga yang lebih murah, andai anda mengambil stok yang besar. Anda perlu sedar bahawa, tidak semua pembekal mampu memberi anda pada harga yang minima melainkan anda mengambil stok yang banyak dari mereka.

Jika anda hanya membeli 2 atau tiga unit sahaja, agak sukar pembekal mahu menurunkan harga dan memberikan anda pada harga yang lebih rendah. Mereka juga mahu untung dalam perniagaan.

Apa yang perlu anda lakukan adalah, skill berbincang perlu dikuasai sepenuhnya. Anda perlu berani untuk berjumpa dengan pembekal dan membuat tawar-menawar. Anda perlu berani dalam hal ini, kerana pembekal juga memikirkan keuntungan perniagaan. Jika anda gagal mendapat keputusan (harga terbaik), anda wajar meninggalkan meja rundingan.

Jangan hanya tumpukan kepada satu meja rundingan sahaja. Banyak lagi peluang lain yang masih ada untuk anda cuba.

Apa yang lebih penting dalam rundingan perniagaan ini, anda perlulah mencari keputusan win-win situation dimana, tidak ada pihak yang mengalami kerugian. Pastikan anda mendapat harga yang minima dan pembekal pula dapat keuntungan hasil dari meja rundingan itu. Apabila pembekal bersetuju, mungkin pada masa akan datang anda dapat bekerjasama dengan baik atau mungkin boleh menjadikan pembekal ini sebagai rakan perniagaan anda.

Tiada yang mustahil dalam meja rundingan!

Jumpa lagi!

Popularity: 7% [?]

Sphere: Related Content

Bagaimana Laman Web Ebay Bermula?

August 26, 2008

Mungkin ada juga tertanya-tanya apakah itu ebay dan bagaimana laman web ebay boleh menjadi laman web lelongan paling popular di internet.

Saya akan terangkan secara ringkas sahaja. Selebihnya anda boleh rujuk disini:

http://en.wikipedia.org/wiki/EBay

Laman web ebay telah diasaskan pada bulan September 2005 dan kini laman web ebay adalah antara destinasi laman membeli belah paling popular di internet.

1. Pada tahun 1995 Pierre Omidyar telah melancarkan laman web Ebay.
2. Pada tahun 1998, Meg Whitman telah menyertai dan dilantik menjadi CEO yang pertama.
3. Pada tahun itu juga, laman web Ebay telah dilancarkan kepada umum dan pengguna internet dapat memasuki laman web ni sepenuhnya.
4. Memandangkan sambutan yang luar biasa pengguna internet, Ebay telah melancarkan laman untuk menjual kenderaan yang lebih dikenali sebagai Ebay Motors. Pelancaran ini dilakukan pada tahun 1999.
5. Dan pada tahun 2001, Ebay telah melancarkan laman web store khusus untuk penjual yang ingin memiliki kedai sendiri di laman web ebay dengan mengenakan caj yang berpatutan.

Anda boleh dapatkan lebih infomasi mengenai Ebay disini:

http://en.wikipedia.org/wiki/EBay

Popularity: 4% [?]

Sphere: Related Content

« Muka SebelumnyaMuka Seterusnya »