Stairway to Heaven - Drama Popular Korea kat Astro Prima
July 19, 2007
“Abang… abang… abang tulislah review mengenai cerita Stairway to Heaven kat astro prima tu…” pinta isteriku.
Adeh.. tak pernah lagi saya buat review pasal drama Televisyen kat blog nih… alih-alih dapat pula permintaan dari orang tersayang. Maklumlah, baru jer tengok gazet kat Astro Channel 8 (Prima) terus minta review. Cerita baru masuk episod ke-2 takkan dah nak review?
Oklah, bagi tidak menghampakan isteriku dan juga semua peminat-peminat drama Korea, ini Noorizam Shah dot com nak review sket cerita Stairway to Heaven.. kehkehkeh..
Bagi peminat drama korea, nama seperti Choi ji Woo (berlakon dalam cerita Winter Ballad/Beautiful Days), Kwon Sang Woo (Mamat nih popular dalam cerita Delicious Proposal dan Into the Sun) adalah dua watak utama dalam cerita nih. Watak-watak dalam cerita ini pula adalah Cha Song-ju (Kwon Sang woo), Han Jung-suh (Choi Ji Woo), Han Tae-hwa, Han Yuri dan ramai lagi… takkan saya nak sebut semua nama pulak? cukupla beberapa nama sahaja.
Drama ini telah ditayangkan bermula kelmarin pada 18hb Julai 2007 di Astro 8 pukul 6.00 petang setiap hari.
Sinopsis
Song-ju adalah seorang anak lelaki tunggal dalam sebuah keluarga. Jung-suh pula ada seorang kawan sejak zaman kanak-kanak lagi dan mereka amat rapat sehingga masing-masing kehilangan seorang ayah dan seorang mak. Memang dari zaman kanak-kanak lagi mereka berdua berkawan rapat bermain dan berkongsi suka dan duka bersama.
Bila mana ayah Jung-suh berkahwin dengan seorang artis popular bernama Tae Mira, Tae Mira membawa dua orang anaknya seorang lelaki dan seorang perempuan hasil dari perkahwinan pertamanya tinggal di rumah Jung-Suh. Ini telah menamatkah hari-hari bahagia Jung-Suh. Mana tak nya, Yuri jeles apabila melihat apa yang dimiliki Jung-Suh dan Yuri bertekad untuk memiliki apa sahaja yang ada daripada Jung-Suh termasuklah Song-Ju.
Sewaktu Song-Ju ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara, dia telah memberikan Jung-Suh seutas rantai sebagai tanda cintanya kepada Jung-Suh. Nak tau lagi pasal sinopsis cerita ini.. ada.. tapi elok la tengok jer cerita tu sendiri.. nanti tak suprise.. so barulah feel macam isteri saya dok menangis sorang-sorang depan TV.. hehehehehe…
Udah-udah la tu buang air mata tu… apakata sesekali tengok rancangan uji minda ker? atau rancangan Donald Trump ker? tak pun pergi bengkel CashFlow 101 baru la tajam sket minda..
tak gitu pakdi?
Nota kaki: Banyak sangat cerita cinta kat TV.. agaknya penonton suka tengok cerita kisah keluarga agaknya kot? Macam cerita Natasha 2, Manjalara, Durani dan bla.. bla.. bla…
=====================
Popularity: 21% [?]
Sphere: Related Content








