Betul ke BuluhMas Ni?
October 8, 2008
Ramai juga yang menghantar emel kepada saya bertanyakan program-program yang dianjurkan rakyat Malaysia. Adakah ia mendapat kelulusan pihak berkuasa atau sebaliknya.
Antara pertanyaan yang sering diajukan kepada saya adalah mengenai program pengiklanan bergerak dari BuluhMas.
Untuk pengetahuan anda, saya belum ada masa untuk review program ini kerana pertamanya, saya tidak menyertai dan kedua saya tidak lagi nampak iklan-iklan yang dipaparkan dari BuluhMas.
Selalu juga saya nampak stiker BuluhMas ini di kenderaan persendirian. Masa saya memandu pulang berhari raya ke Perak minggu lalu, banyak juga kenderaan yang memasang stiker ni. Yang saya nampak cuma perkataan BuluhMas sahaja. Tak ada iklan dari mana-mana syarikat seperti mana yang dimaklumkan pengirim emel kepada saya.
Mungkin ada kawan-kawan lain yang tahu kaedah pengiklanan sebenar dari BuluhMas dan jika ada yang menyertainya, boleh juga kongsi-kongsikan dengan pembaca blog ini.
Ada beberapa versi yang saya dengar mengenai BuluhMas.
1. Tiada pun iklan dari syarikat-syarikat besar, sebaliknya, ahli menjana pendapatan dari rekrut ahli.
2. Ada yang kata ini skim cepat kaya. Ada juga kata ia adalah program yang sah dan bukan taja menaja.
3. Ahli bakal menerima “pencen” sampai bila-bila, setelah menyertai program ini.
Terlalu awal untuk saya kupas mengenai BuluhMas.
Cuba try baca post ini http://earncent.com/blog/2008/07/09/edisi-siasat-buat-duit-dengan-buluhmas/
P.s: Test main keyword BuluhMas
Popularity: 7% [?]
Sphere: Related ContentSepintas Lalu.. Make Money
October 6, 2008
Ini kiranya update pantas.
1. Hari ini hantar 11 barang ke luar negara antaranya ke Cyprus, Greenland, Thailand, Russia, United States, Bulgaria, France
2. Dari jam 10.30 pagi sampai 4.00 petang saya telah adakan sesi Personal Coaching eBay secara one to one. Aktiviti lebih santai. Diadakan di Starbucks, Sunway Pyramid. (Sesiapa yang berminat untuk dapatkan Personal Coaching eBay secara personal, boleh hubungi saya disini http://noorizamshah.com/contact-me )
Nota: Saya ada Education Specialist Trained by Ebay yang memiliki certificate untuk mengajar.
3. Hari ini masih lagi mencari kueh raya, dari Maiden Mall USJ hinggalah ke Kompleks PKNS Shah Alam masih tak jumpa.
4. Ada lagi sales eBay yang nak masuk.
5. Kuasalelong.com versi update akan dilancarkan pada 15hb Oktober (jika tiada sebarang pindaan). So nak kena “pecah kepala” minggu ni.
6. Contest Dotcomsecret baru sahaja cecah angka USD30. Masih jauh nak “berkejar” lagi.
7. Bulan Oktober, bulan buat duit. Raya-raya juga, cari duit jangan lupa. ![]()
Popularity: 2% [?]
Sphere: Related ContentSelamat Hari Raya Aidilfitri
September 30, 2008
Selamat hari raya, maaf zahir dan batin andai ada tersalah silap terkasar bahasa semasa saya menulis blog ini, atau semasa kita bersua, saya harap tiada yang simpan di dalam hati.
Saya pun manusia kerdil yang tak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Mungkin dalam tanpa sedar, ada bahasa yang saya gunakan mengguris hati pembaca sekelian. Maafkan saya sekali lagi yea.
Buat teman-teman usahawan internet, Shuth, Dr. Irfan Khairi, Yusri, Labanon, Ammar Zahar, Abooain, Syed Ikhwan, Alang, Zhafran, Amirol, Catzer, Irwan Dahnill, Sifu Lan, Matzis, Shahraduan, Titanium Hijau, Farid, Sabri Saifulsham, Smartusaha dan ramai lagi.
Kalau nak sebut memang ramai. Jadi jom lah kita bermaaf-maafan.
Ikhlas dari,
Noorizam Shah & nor Shalina
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentIklan Raya Petronas 2008 - Untuk My Wife
September 29, 2008
Hari ini saya sibuk sangat kerja. Wife saya di kampung. Sekarang hujan lebat sangat. Handphone saya tertinggal dalam kereta. Tak sedar rupa-rupanya ada 9 miss call. Ada 4 sms tak berjawab.
Itu pun saya perasan bila dia mesej saya di YM. ohhh… maafkan abg bukan sengaja. Sibuk sampai tak sedar handphone tak ada di sisi.
Tengok video tu.
Maaf ya. Abang sayang ayang. ![]()
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentMajalahIM Edisi 7 Lambat Sampai Tapi Panas
September 15, 2008
![]()
Ingin dapat MajalahIM (majalah usahawan internet) Edisi terbaru? Jangan lupa baca artikel saya di muka surat 19. Banyak ilmu-ilmu bermanfaat dikongsikan bersama usahawan-usahawan internet yang lain.
Untuk edisi akan datang, insya-Allah, saya akan berkongsi info mengenai menjual hartanah secara online! Tunggu..
>>Klik sini untuk download percuma!<<
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentBagaimana Jika Idea Anda Ditiru?
September 9, 2008
Tahun lepas, sewaktu anda balik dari solat terawih di Masjid, anda telah singgah di sebuah gerai untuk minum secawan teh panas.
Sambil menunggu air minuman anda siap, anda termenung dan leka memerhatikan gelagat tukang pembancuh air menyediakan teh yang anda minta.
Kemudian anda mendapat idea untuk menulis kisah seorang pembancuh air di gerai menjana pendapatan sampingan yang lumayan.
Anda yakin, tidak ada lagi penulis yang menulis mengenai kisah pembancuh air teh dan menjana pendapatan hasil menulis kisah ini.
Anda mula berbangga dengan idea anda dan beranggapan inilah idea yang terbaik dari anda yang mungkin menghasilkan kekayaan dengan menjual kisah ini. Kisah-kisah pembancuh air teh ini anda simpan di dalam diari anda. Cukup setahun anda mengumpul maklumat serta gambar aktiviti seorang pembancuh air teh dan tibalah masanya kesemua idea ini diterjemahkan menjadi sebuah buku.
Apabila anda mula hendak menghasilkan sebuah karya, anda telah terlihat telah ada karya baru yang masuk dipasaran dan karya tersebut juga menceritakan kisah seorang pembacuh air teh. Semangat anda mula luntur pabila melihat karya yang anda hendak tulis, telah pun ditulis oleh orang lain.
Umpama anda melihat idea anda telah ditiru.
Anda sudah ada idea, tetapi sedikit lewat untuk keluarkan idea anda itu. Maka idea anda itu telah pun digunapakai oleh orang lain. Malah mereka lebih pantas dari anda.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Di atas mungkin sedikit kisah yang pernah dialami oleh segelintir penulis.
Sebenarnya idea hanya satu cetusan rasa yang TIDAK AKAN mengubah apa-apa sekiranya idea tersebut tadi tidak digilap, diperkembangkan dan yang paling penting DILAKSANAKAN!
Banyak idea-idea yang hebat, terhenti di pertengahan jalan akibat tidak digilap dan dikembangkan pada awalnya dan tentunya banyak idea yang HANYA hebat di minda kerana kegagalan untuk melakukannya DENGAN BETUL.
Jika anda berada dalam situasi ini, jangan takut sekiranya idea anda diciplak orang. Sekiranya anda benar-benar rasakan idea anda bernas, kembangkan idea tersebut. Bila kita bercerita tentang idea kita kepada orang lain, mereka akan memberi pendapat walaupun akan ada segelintir yang akan mentertawakan kita.
Gunakan pendapat-pendapat bernas dari mereka yang memberi komen yang positif. Pendapat inilah sebenarnya yang berguna untuk memperhebatkan idea kita.
Sebenarnya, bila kita rasa idea kita mudah diciplak orang, kita akan terus berfikir dengan kreatif, dan akhirnya idea kita akan terus berkembang, berkembang dan berkembang!
Kita akan cuba mengubah idea-idea yang sedia ada menjadi lebih baik dan cantik.
Jangan takut untuk memberi idea! Jangan kedekut!
Idea yang hebat hanya akan menghasilkan perniagaan yang hebat sekiranya orang yang memberikan idea tadi tidak henti-henti mengembangkan idea tersebut. Menjana idea sebenarnya elok untuk minda kerana sedar atau tidak, itulah sebenarnya kegunaan sebenar otak kita iaitu menghasilkan idea-idea baru yang bernas.
Tengok Aznil Hj. Nawawi, nampak awet muda sebab selalu mencari idea-idea baru. Orang kata, otak yang selalu digunakan akan melambatkan proses penuaan kita. Wallahualam.
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related Content











