Bagaimana Jika Idea Anda Ditiru?
September 9, 2008
Tahun lepas, sewaktu anda balik dari solat terawih di Masjid, anda telah singgah di sebuah gerai untuk minum secawan teh panas.
Sambil menunggu air minuman anda siap, anda termenung dan leka memerhatikan gelagat tukang pembancuh air menyediakan teh yang anda minta.
Kemudian anda mendapat idea untuk menulis kisah seorang pembancuh air di gerai menjana pendapatan sampingan yang lumayan.
Anda yakin, tidak ada lagi penulis yang menulis mengenai kisah pembancuh air teh dan menjana pendapatan hasil menulis kisah ini.
Anda mula berbangga dengan idea anda dan beranggapan inilah idea yang terbaik dari anda yang mungkin menghasilkan kekayaan dengan menjual kisah ini. Kisah-kisah pembancuh air teh ini anda simpan di dalam diari anda. Cukup setahun anda mengumpul maklumat serta gambar aktiviti seorang pembancuh air teh dan tibalah masanya kesemua idea ini diterjemahkan menjadi sebuah buku.
Apabila anda mula hendak menghasilkan sebuah karya, anda telah terlihat telah ada karya baru yang masuk dipasaran dan karya tersebut juga menceritakan kisah seorang pembacuh air teh. Semangat anda mula luntur pabila melihat karya yang anda hendak tulis, telah pun ditulis oleh orang lain.
Umpama anda melihat idea anda telah ditiru.
Anda sudah ada idea, tetapi sedikit lewat untuk keluarkan idea anda itu. Maka idea anda itu telah pun digunapakai oleh orang lain. Malah mereka lebih pantas dari anda.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Di atas mungkin sedikit kisah yang pernah dialami oleh segelintir penulis.
Sebenarnya idea hanya satu cetusan rasa yang TIDAK AKAN mengubah apa-apa sekiranya idea tersebut tadi tidak digilap, diperkembangkan dan yang paling penting DILAKSANAKAN!
Banyak idea-idea yang hebat, terhenti di pertengahan jalan akibat tidak digilap dan dikembangkan pada awalnya dan tentunya banyak idea yang HANYA hebat di minda kerana kegagalan untuk melakukannya DENGAN BETUL.
Jika anda berada dalam situasi ini, jangan takut sekiranya idea anda diciplak orang. Sekiranya anda benar-benar rasakan idea anda bernas, kembangkan idea tersebut. Bila kita bercerita tentang idea kita kepada orang lain, mereka akan memberi pendapat walaupun akan ada segelintir yang akan mentertawakan kita.
Gunakan pendapat-pendapat bernas dari mereka yang memberi komen yang positif. Pendapat inilah sebenarnya yang berguna untuk memperhebatkan idea kita.
Sebenarnya, bila kita rasa idea kita mudah diciplak orang, kita akan terus berfikir dengan kreatif, dan akhirnya idea kita akan terus berkembang, berkembang dan berkembang!
Kita akan cuba mengubah idea-idea yang sedia ada menjadi lebih baik dan cantik.
Jangan takut untuk memberi idea! Jangan kedekut!
Idea yang hebat hanya akan menghasilkan perniagaan yang hebat sekiranya orang yang memberikan idea tadi tidak henti-henti mengembangkan idea tersebut. Menjana idea sebenarnya elok untuk minda kerana sedar atau tidak, itulah sebenarnya kegunaan sebenar otak kita iaitu menghasilkan idea-idea baru yang bernas.
Tengok Aznil Hj. Nawawi, nampak awet muda sebab selalu mencari idea-idea baru. Orang kata, otak yang selalu digunakan akan melambatkan proses penuaan kita. Wallahualam.
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentRamadhan Super Brand Sales di Sogo!
September 7, 2008

Kelmarin saya telah ke Sogo, Kuala Lumpur dan dimaklumkan memang Sogo sedang buat sale besar-besaran dan kali ini jualan sempena bulan Ramadhan.
Kebetulan, sewaktu saya nak pergi ambil stok produk eBay saya di Kuala Lumpur, saya, isteri dan kakak ipar singgah sebentar di Sogo. Pada 5 haribulan lalu, pusat membeli belah ini telah mengadakan preview sales, potongan harga sehingga 80%. Sales bermula pada 5hb hingga 17hb September ini.
Contoh seluar jeans Diesel yang berharga RM99++ hanya dijual pada harga RM22++ sahaja. Baju Polo Authentic yang berharga RM130++ dijual pada harga RM40++ sahaja.
Bagi penjual-penjual pakaian di laman web eBay, inilah peluang anda mendapatkan stok-stok pakaian dari jenama terkenal pada harga rendah dan kaut keuntungan semula dengan menjualnya di pasaran antarabangsa!
P.s: Sambil-sambil kepala berfikir pasal bisnes internet, sempat juga membeli-belah pakaian sendiri untuk hari raya. ![]()
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentSelamat Menyambut Hari Merdeka Ke-51
August 31, 2008

Foto kredit kepada: Hanagraphy
Sempena hari ulang tahun kemerdekaan tanahair kali ke-51 ini, saya telah berjaya untuk mencapai matlamat menjadi seorang “Ebay Education Specialist Trained By Ebay”.
Untuk soalan kawan-kawan yang tanya saya, apakah exam yang saya sedang ambil. Ha.. inilah examnya. Dan hari ini, jam 10.00 pagi saya akan ke Klang, Selangor untuk mulakan workshop saya yang pertama. Tapi yang ini lebih kepada one-to-one personal coach istimewa dari saya!
Doakan semuanya sukses!
Malam ini, kita yang beragama islam, akan tunaikan solat sunat terawih dan bermula malam ini, kita akan pasang niat untuk berpuasa sebulan. Sempena kedatangan bulan Ramadhan ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada rakan-rakan yang beragama islam dan selamat menunaikan terawih.
Juga buat rakan-rakan usahawan yang sedang sibuk buat persiapan untuk berniaga di bazar ramadhan, saya doakan rezeki kalian melimpah ruah dan berkat. Jangan lupa bayar zakat.
Selamat hari merdeka dan Selamat Menyambut Puasa!
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentMacam Ni La Baru Kena Pak Lah..
August 22, 2008
Pabila Pak Lah turun padang, tengok keadaan rakyat dibawah, baru Pak Lah tahu bagaimana susahnya rakyat nak gunakan perkhidmatan awam.
Pak Lah sendiri rasa tak puas hati. Itu juga luahan hati ramai pihak yang gunakan perkhidmatan awam ni. Sejak minyak naik harga, mereka yang tinggal dibandar dah lama guna perkhidmatan keretapi, komuter, LRT, bas, teksi.
Kalau Pak Lah turun padang selalu sejak tahun 2004 lagi, pasti rakyat puji. Tak adalah jadi masa situasi politik sekarang ni.
Harap, Pak Lah kotakan janji. Harapan rakyat nak tengok bulan September ni, harga minyak turun. Jika Pak Lah prihatin masalah rakyat, dah lama rakyat sayang kat Pak Lah.
Persoalan untuk rakan-rakan, apa pandangan anda dengan tindakan Pak Lah buat tinjauan mengejut ni? Masa yang tepat atau dah terlambat?
Komen ya! ![]()
Popularity: 3% [?]
Sphere: Related ContentDah Baca Laporan Percuma 7 Rahsia Usahawan Internet?
August 17, 2008
Mungkin ada dikalangan anda sudah mengetahui nama-nama mereka ini:
* smartzul
* shuth
* abooain
* yusry
* mohd amirol
* eruwan gerry
Mereka adalah individu yang benar-benar menjalankan perniagaan internet.
Dipendekkan cerita saya ingin maklumkan kepada anda, seorang rakan saya telah melancarkan satu laporan percuma mendedahkan rahsia kejayaan mereka ini.
Rakan saya ini teramatlah baik hati! Dia ingin berikan anda income, jika anda membantu beliau menyebarkan laporan ini kepada rakan-rakan anda.
Dapat ilmu percuma + pendapatan sampingan percuma!
http://www.perniagaaninternet.com/rahsiaIM/index.php?ref=muaturun
Oklah, saya ada kerja nak siapkan. Ada produk yang perlu dibungkus dan perlu dihantar ke Amerika Syarikat esok! Nanti lama pula pelanggan saya dari ebay tu tunggu.
Jumpa lagi!
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related ContentI Heart Saving With New Digi PostPaid Plan!
July 14, 2008
Siapa kat sini yang guna handphone? Siapa yang guna talian Digi 016? Prepaid ke postpaid? Saya ingat lagi, waktu tahun 1997, saya mula dapat memegang telefon bimbit. Telefon yang berbentuk seperti botol minuman budak-budak sekolah tu, bukanlah berharga murah.
Dan untuk melanggan talian perkhidmatan pula memerlukan bayaran yang mahal juga. Sebagai seorang penuntut di IPTS, saya bukanlah dikategorikan sebagai seorang yang mampu melanggannya.
Dengan yuran pelajaran dan kos sara hidup di kolej menyebabkan saya tidak bersedia untuk melanggan talian pasca bayar.
Dulu, kita pernah dengar talian 010, 011 dan 017. Sekarang dah tak ada dah. Dulu kita pernah dengar nama seperti ADAM, TM Touch tetapi sekarang yang tinggal hanya Maxis, Digi dan Celcom.
Peredaran zaman teknologi semakin pantas, syarikat penyedia perkhidmatan semakin hari semakin berlumba-lumba bersaing mendapatkan pelanggan sehinggakan caj panggilan semakin lama semakin murah dan menjimatkan.
Yang untung ialah pengguna. Mereka semakin bijak memilih servis mana yang terbaik dan menjimatkan mereka.
Tawaran terbaru dari Digi pula ialah Plan “I Heart Savings“. Bagi pengguna yang berminat untuk menggunakan talian pasca bayar dari Digi, anda boleh membuat panggilan suara dan sms percuma kemana-mana network berbeza, jika anda memilih pelan DG250.
Tidak kira samada anda memilih plan DG20, DG50, DG150 atau DG250, anda tetap mendapat 5 faedah iaitu:
1. Panggilan serendah RM0.10 seminit ke semua panggilan tetap atau telefon bimbit.
2. Kadar sama rata ke panggilan seluruh dunia untuk panggilan, sms atau mms
3. Panggilan percuma ke DIGI Customer Services
4. Tiada deposit untuk membuka pendaftaran.
5. Panggilan Percuma dan SMS talian domestik*
Pelan ini boleh dilihat dengan melayari laman web www.digi.com.my
Sekarang ni hanya wife saya yang guna servis dari Digi. Untuk berhubung dengan keluarga memang menjimatkan.

*Ini adalah iklan advertorial*
Popularity: 4% [?]
Sphere: Related Content












