Listing Sehingga 100 Item Percuma Setiap Bulan di eBay.
April 7th, 2010, by Noorizam Shah

Listing Sehingga 100 Item Percuma Setiap Bulan di eBay.

Salam hormat,

Jika anda senaraikan item sebanyak 100 listing setiap bulan dan harga lelongan bermula di bawah US$1.00, anda tidak perlu membayar kos insertion fee seperti sebelum ini.

Berikut adalah jadual kadar caj yang dikenakan bagi penjual yang menggunakan format auction style.

Anda tidak akan dicaj insertion, jika anda meletak harga permulaan untuk produk anda pada harga $0.01 hingga $0.99.

Perubahan baru juga dalam insertion fee ialah, harga produk yang bermula pada harga $200.00 ke atas akan di caj $2.00. Disini ada sedikit perubahan berbanding insertion fee $4.00 untuk produk bernilai $500.00 ke atas.

Jimat $2.00.

Untuk final value fee pun ada juga perubahan dan kali ini 1 kadar sahaja ditetapkan iaitu 9.0% daripada harga yang terjual. Paling maksimum pun akan kena caj sebanyak $50.00. Oklah tu. Kalau harga atas $1000.00 kena caj final value fee tak sampai 10%. Cuma mungkin nampak sedikit besar cajnya bila harga terjual bawah $25.00.

Haha.. yang ini ada sedikit peningkatan. Patutlah hari ini masa buat listing, saya tertanya-tanya juga kenapa caj Fixed Price format sedikit naik. Biasanya caj standard dalam $0.30. Kali ini caj dah naik $0.20. Sekarang kalau nak list dalam format fixed price, anda akan dicaj $0.50 jer…..

Kat atas ni pula jadual kiraan caj yang dikenakan jika barang anda terjual. Rujuk-rujuklah ya.

Dan untuk pengetahuan anda, bermula 30hb Mac hari tu, siapa yang subscribe store, insertion fee bukan lagi $0.03 tetapi akan diselaraskan sama seperti insertion fee menggunakan format fixed price ($0.50).

Apa-apa pun perubahan yang berlaku, pastikan anda merangka dengan bijak semasa menentukan harga untuk jualan.

Nota: Anda boleh gunakan link berikut untuk membantu anda mengira fee eBay.
http://rolbe.com/ebay.htm

Noorizam Shah

Sphere: Related Content

2 comments Subscribe Comments

  1. salam. sekadar tambahan, kalau subscribe store US dan kemudian listing as store inventory, still dapat harga rendah.. kalau premium store 0.05 USD, anchor 0.03 USD basic 0.20 USD listing fee.

    kalau subscribe store Malaysia. kena harga fixed price.


Add your comment