Anak-Anak Yang Nak Jadi Usahawan Internet, KUIS Tawarkan Diploma E-Dagang

Gambar: Bersama barisan pensyarah KUIS dan Professor dari UPM.
Salam hormat semua,
Saya ingat lagi dimana 10 tahun dulu, saya bercita-cita untuk menjalankan perniagaan di internet dan waktu itu, tidak ada satu universiti atau kolej di Malaysia yang menyediakan kursus perniagaan internet.
Yang ada waktu itu lebih kepada sains komputer dan multimedia.
Kalau ada pun, tak ramai ibu bapa yang mahu anak mereka memohon kursus ini. Mereka lebih mahu anak-anak mereka belajar sebarang kursus yang mana apabila anak-anak mereka habis belajar, mereka ini akan bekerja dalam sektor kerajaan atau swasta.
Akibatnya, begitu banyak lambakan lepasan diploma atau ijazah yang tidak mendapat pekerjaan atas alasan kekosongan jawatan telah dipenuhi dan kita melihat begitu ramai pelajar menganggur tidak mendapat pekerjaan.
Malah hari ini, kebanyakan yang bekerja swasta telah lari dari bidang yang mereka belajar semasa di IPT dan IPTS.
Kalau anda lihat di internet hari ini, ramai di antara usahawan internet ini merupakan pelajar bukan dari jurusan perniagaan internet termasuklah saya.
Tahukah anda, sebenarnya di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) menyediakan peluang kepada mereka yang ingin mengambil diploma atau ijazah dalam jurusan E-Dagang?
Hari ini, kita tengok begitu ramai anak-anak mudah memasang azam untuk menjalankan perniagaan internet mereka sendiri. Malah telah ramai yang berjaya dalam perniagaan internet mereka.
Bagi saya, peluang yang ada diberikan oleh KUIS ini seharusnya direbut oleh mereka yang bercita-cita menjadi seorang usahawan internet berjaya dan ibu bapa juga patut memberi galakan dan sokongan yang tinggi kepada anak-anak yang ingin menuntut ilmu ini.
Hari ini kita tidak boleh terlalu mengharap anak-anak kita untuk dapatkan tempat di sektor kerajaan atau swasta tetapi kita boleh jadikan kursus Diploma dan Ijazah E-Dagang ini sebagai satu platform untuk anak-anak kita memulakan perniagaan internet mereka sendiri.
Mana tahu suatu hari nanti, anak anda mencipta nama seperti jutawan-jutawan internet dunia dan tempatan yang lain?
Pada 8hb Februari yang lalu, saya telah dijemput oleh pihak KUIS sebagai panel industri dalam bengkel pemurnian silibus Diploma E-Dagang. Turut sebagai panel ialah Professor Madya Tn. Haji Hassan Selamat dari UPM.
Saya telah melihat silibus ini dan telah memberi pendapat bagaimana pemurnian silibus ini dapat memantapkan lagi bahan pembelajaran penuntut kursus Diploma E-Dagang.
Saya percaya, dengan ada kursus seperti ini, ia dapat membantu kerajaan menyediakan peluang pekerjaan dan seterusnya membantu pertumbuhan ekonomi negara.
Jika anda mempunyai anak-anak yang berbakat dalam perniagaan atau ingin mempelajari perniagaan internet, kursus ini adalah sesuai untuk mereka belajar.
Untuk maklumat kemasukan pelajar baru, anda boleh terus ke website KUIS di sini atau terus berhubung mereka yang berkenaan di talian 03-8925 4251
Jumpa lagi,
Noorizam Shah
Sphere: Related Content



















































tahniah noorizam dan KUIS kerana menyediakan peluang belajar dalam perniagaan internet. semoga ia dicontohi oleh IPT lain.
Kau tak jadi tenaga pengajar ke bro…
Terima kasih hafiz.
Shahraduan: aku belum boleh beri komitmen lagi. Lagi pun kelayakan akademik aku tak sesuai kot. Hehe. Jadi Panel Industri pun dah kira ok dah.
nampaknya mengorak langkah untuk mencipta sejarah..:D panel industri tu kira ok la tu..guidance pada mereka yang tak tahu sangat tentang dunia perniagaan internet sebenar..