Perkara Yang Patut Anda Elakkan Dalam Menulis Surat Jualan
Salam hormat buat semua pembaca,
Sales letter atau surat jualan merupakan cara untuk menarik perhatian pembeli.
Jika anda mempunyai website dan mempunyai surat jualan, pastikan perkataan-perkataan yang anda gunakan itu mampu mempengaruhi emosi serta mudah untuk difahami.
Kebiasaannya, penulis surat jualan akan menggunakan perkataan-perkataan yang mempunyai tarikan yang tinggi dalam setiap ayat bermula dari perenggan pertama sehingga dihujung muka surat.
Apapun, terdapat beberapa kesilapan yang tidak disedari kebanyakan penulis surat jualan antara mengguna perkataan yang tidak sesuai.
1. Menggunakan perkataan murah.
Mengguna perkataan murah seperti melambangkan sesuatu perkara atau benda yang rendah kualitinya. Jika surat jualan anda ingin menjual produk kesihatan, jangan sesekali membandingkan produk pesaing anda mahal dengan berkata produk anda, adalah produk yang murah. Sebaliknya anda boleh memberi menukar perkataan “murah” itu kepada “ekonomi”.
Jadi, pembaca surat jualan anda dapat membuat keputusan lebih bijak kerana sememangnya mereka ini ingin menjimatkan pembelanjaan mereka.
2. Jangan cerita masalah.
Jangan sesekali menambahkan lagi masalah pembaca surat jualan anda dengan masalah-masalah yang anda kongsikan. Anda harus tahu, manusia diluar sana boleh dikatakan sering berdepan dengan pelbagai masalah. sebagai seorang yang bijak dalam menulis surat jualan, pastikan anda menukar perkataan “masalah” ini kepada “cabaran” atau “halangan”.
Dengan perkataan ini, pembaca dapat mengawal emosi dari ditimpa masalah-masalah yang dilihat tetapi melihat sebagai satu motivasi positif kepada mereka.
3. Jangan memaksa mereka membeli.
Jangan jadi seorang penjual yang kejam dengan memaksa mereka membeli produk anda. Anda harus tahu, pembaca yang membaca surat jualan anda mempunyai naluri dan tanggungjawab. Mereka tidak suka membaca dalam keadaan terpaksa. Kalau boleh mereka ingin membaca surat jualan yang mampu menyelesaikan masalah mereka.
Oleh itu, jika anda menulis surat jualan dan ingin pembaca mendapatkan produk anda, elakkan menulis perkataan “beli” tetapi tukarkan perkataan ini kepada “memiliki”.
Mereka pasti lebih suka memiliki sesuatu dengan rela berbanding dipaksa. jadi gunakan emosi kuasa ke atas pemilikan sebagai satu cara untuk mempengaruhi emosi pembaca.
Jumpa lagi,
Noorizam Shah
Sphere: Related Content



















































artikel yang menarik. nampaknya saya kena edit semula web jualan saya