Word-of-Mouth Punya Penangan!

.
.
.
.
.
.
Salam hormat semua,
Ini adalah satu teknik atau kaedah yang membantu anda dalam perniagaan.
Pernahkah anda mendapat pelanggan yang tidak disangka-sangka, walaupun anda tidak menjalankan sebarang promosi yang hebat?
Saya telah berkali-kali mendapat pelanggan dari penggunaan teknik Word-of-Mouth ini.
Jika anda menjaga dan menjalankan perniagaan yang baik, ia turut memberi impak kepada jualan anda.
Apabila pelanggan-pelanggan anda berpuas hati dengan setiap khidmat atau produk anda, mereka ini akan memberi syor kepada pelanggan lain supaya mendapatkan khidmat atau produk tersebut dari anda.
Anda telah pun mendapat promosi percuma!
Cara ini adalah amat efektif oleh kerana cadangan dari teman-teman mengenai sesuatu perniagaan tersebut dicadangkan oleh mereka yang dipercayai.
Untuk mengguna teknik Word-of-Mouth ini, anda perlu memberikan perkhidmatan yang tiada tolok bandingnya. Jika ada pesaing anda memberi satu bonus, anda pula boleh tambah dua bonus.
Ada seorang sahabat saya, menjalankan sebuah bisnes di internet dan memberi servis terbaik kepada pelanggannya, hasilnya beliau berjaya memperolehi pendapatan 5 angka dalam tempoh 5 hari sahaja!
Apa bentuk dan cara terbaik untuk dapatkan teknik Word-of-Mouth ini? Anda boleh fikirkan untuk perniagaan anda.
Jumpa lagi,
Noorizam Shah
Sphere: Related Content



















































Saya setuju
Media Guerilla mendapati kajian dari Intelliseek menunjukkan bahawa pengguna adalah 50% lebih tertarik dengan word-of-mouth dari rakan-rakan berbanding iklan di tv/radio.