Malaysia Internet Summit (MIS) 21 Februari 2010

Satu lagi perhimpunan besar-besarkan di kalangan usahawan internet bakal diadakan pada bulan Februari ini.
Pada bulan Januari lalu, satu konvensyen Dari Kosong Sampai Jutawan (DKSJ) telah berlansung dan saya berkesempatan hadir, kali ini insya-Allah, jika diberi kesihatan yang baik dan kelapangan waktu, saya juga ingin hadir ke Malaysia Internet Summit (MIS).
Pernahkah anda mendengar Malaysia Internet Summit (MIS)? Hari ini, heboh dikalangan usahawan internet Malaysia mengenainya dan jika dilihat di facebook, forum dan blog ramai yang membincangkannya.
Sebenarnya buat julung-julung kalinya, MIS akan diadakan kali pertama pada tahun ini. Usahawan-usahawan internet dari pelbagai kepakaran akan berkumpul dan berkongsi teknik-teknik rahsia mereka serta membincangkan arah tuju keusahawanan internet Malaysia.
Bagi anda yang menjalankan perniagaan internet secara kecil-kecilan, sederhana dan besar, inilah masa terbaik untuk anda sertai program besar ini dan pastikan perhimpunan ini bukan selalu diadakan.
Inilah waktu terbaik untuk anda mencari rakan kongsi, rakan projek, memperkenalkan produk atau bertukar-tukar kad bisnes anda.
Jika sebelum ini, tidak ramai yang mengambil peduli mengenai usaha usahawan-usahawan internet tempatan dan diharap dengan perhimpunan seperti ini dapat membuka mata pelbagai pihak mengenai kemampuan kami semua membantu menjana perkembangan ekonomi Malaysia.
Bila program ini akan diadakan?
Berikut adalah butiran ringkas MIS:
Tarikh: 21 Februari 2010 (Ahad)
Lokasi: PWTC, KL
Speaker: Dr. Irfan Khairi, Mohd Suhaimy (shuth), Mohd Zulfadli (smartzul), Gobala Krishnan dan lain2..
Ada beberapa lagi panel jemputan akan berkongsi kisah mereka di atas pentas dan diharap dengan perkongsian ilmu ini, ia mampu memberi suntikan baru kepada anda memajukan lagi perniagaan internet sedia ada.
Saya tidak mahu menulis panjang lebar di dalam post ini. Jika anda amat berminat untuk menyertainya, boleh la membaca detailnya disini.
Diharap info ini dapat memberi manfaat kepada anda.
Jumpa lagi,
Noorizam Shah
Sphere: Related Content



















































Dah masuk Internet Summit, Bonus paling gila di beri pada peserta! Memang betul hebat. Kalau tak pergi memang sesal gilalah! Ini macam buat selalu pun orang puas hati siap ada sesi networking dengan bisnesman lagi!
Thanks bro, aku copypaste emel kat member aku! Mesti dia gila punya.