Tidak Ada Istilah GAGAL Dalam Kamus Hidup Saya!
January 31st, 2010, by Noorizam Shah

Tidak Ada Istilah GAGAL Dalam Kamus Hidup Saya!

Itulah prinsip hidup pengasas RZAC Cosmetic, Kamaliah Abdul Halim. RZAC Cosmetics adalah sebuah syarikat pengeluar barangan kosmetik yang dipasarkan ke peringkat antarabangsa. Bermula dengan empat jenis produk, kini syarikat Kamaliah mempunya 48 produk penjagaan kulit termasuk gincu bibir dan terkini mula memasarkan produk SPA.

Mempunyai kilang pembungkusan produk kosmetik sendiri bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) di kawasan Perindustrian Ringan Prai, Pulau Pinang. Kejayaannya sesuatu yang patut menjadi teladan kita semua.

Pada peringkat awal bisnes, semua kerja dilakukan sendiri seperti pembungkusan produk, pemasaran, khidmat pelanggan dan sebagainya, menjadi rutin komitmen Puan Kamaliah, bahkan hingga ke larut malam. Cabarannya bukan setakat itu sahaja, produknya pernah digelar sebagai produk backyard ataupun produk ciplak.

Tidak ada bank yang ingin memberikannya kredit semasa beliau memerlukan suntikan modal, bahkan produknya yang bernilai ratusan ribu ringgit pernah tersadai di pelabuhan, hanya kerana masalah birokrasi. Itu adalah antara dugaan yang dihadapinya dalam perniagaan.

Adakah beliau rasa putus asa? Apabila ditanya, dengan tenang beliau berkata, antara prinsip utama yang dia pegang adalah tidak ada istilah GAGAL dalam kamus hidup beliau. Apabila melakukan sesuatu, beliau fokus kepada kejayaan.

Jika tidak berjaya, dia mencari kaedah lain demi mencapainya. Yang utama, gagal bukanlah ‘pilihannya’. Dia tidak membiarkan dirinya ‘dikuasai’ oleh nasib. Dia yang tahu bahawa dia tidak akan gagal. Bagaimana dia tahu? Kerana tidak ada istilah ‘gagal’ dalam hidupnya!

Rupa-rupanya orang yang berjaya dapat memilih sama ada mengikut nasib ataupun menentukan nasib. Hebat bukan? Adakah ia dapat dilakukan oleh anda? Sudah tentu!

Sumber dipetik: Buku bertajuk Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah.

Sphere: Related Content

One comment so far Subscribe Comments

  1. By Nurin on February 4th 2010

    Untuk harga emas jongkong dan lain-lain yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com.

    Harga lagi murah daripada Habib, Poh Kong dan dealer2 lain. Bekalan antarabangsa.

    Rebat tunai segera RM 1,000 hingga RM 1, 500.

    Terima kasih.


Add your comment