Ramai Yang Suka Buat Alasan Dari Membuat Azam
Salam hormat semua,
Alhamdulillah, hari ini cek yang saya perolehi dari salah satu sumber pendapatan saya di internet berjaya ditunaikan.
Inilah pendapatan besar pernah saya terima sepanjang saya menyertai program affiliate di internet.

Selepas saya membaca sebuah buku yang berbicara mengenai topik menetapkan azam dan membuat keputusan, terus saya bersetuju dengan topik yang dikongsikan kepada saya.
Saya bersetuju dengan topik ramai yang suka buat alasan dari membuat azam. Ia adalah antara perbezaan utama orang yang biasa-biasa dengan orang yang berjaya.
Orang yang berjaya sentiasa membuat azam, tekad dan keputusan. Orang yang berjaya, kebiasaannya mereka menentukan sesuatu yang perlu mereka lakukan bagi mengatasi sesuatu situasi.
Tahukah anda,
Orang yang biasa-biasa berfikir sebab dan musabab mengapa mereka tidak mendapat seperti orang yang berjaya. Perasan atau tidak, ada kalanya sebab-sebab itu benar dan ada kalanya ia sengaja dibuat-buat.
Anda boleh contoh orang yang selalu buat alasan?
Sphere: Related Content



















































wow!! lumayan…jgn beralasan lagi
wah..banyaknyer??ni check hasil projek sms ke bro??
Dimana ada kemahuan di situ ada jalan,kalau nak berjaya kene USAHA..& AZAM itu sebagai arah misi untuk berjaya..:-)