Hidup Ini Umpama Perjuangan
January 19th, 2010, by Noorizam Shah

Hidup Ini Umpama Perjuangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kehidupan ini memang perlukan perjuangan. Kita tak perlu angkat senjata untuk berjuang. Ada banyak cara untuk berjuang.

Menjaga keharmonian dengan bertoleransi sesama kaum juga itu adalah perjuangan.

Kadang-kadang saya sedih kenapa ada orang-orang tertentu yang suka mengapi-apikan sesuatu isu. Kalau mengapi-apikan untuk kebaikan tak apa juga, tetapi ini cuba meledakan lagi kemarahan orang.

Di Malaysia ini, kita bukan duduk dalam satu kaum sahaja. Kita kena fikir ada berpuluh-puluh kaum yang menetap di tanah air tercinta ini.

Kita sama-sama cari makan. Tengoklah macam mana pemandu teksi berjuang mencari sesuap nasi?

Tengoklah ibu tunggal berjuang berniaga nasi lemak di tepi jalan.

Lihatlah semua itu.

Mereka berjuang untuk terus hidup dengan mencari sesuap nasi. Pelanggan-pelanggan mereka bukan datang dari satu warna kulit, bahasa, agama dan bangsa.

Kau berjuang untuk memecahkan perpaduan kaum, memang kau jenis yang tak ada otak!

Saya berjuang untuk mencari nafkah hidup. Walaupun saya berjuang dari rumah, saya tidak boleh jadi orang yang malas.

Saya perlu sedar perjuangan tidak akan habis selagi hayat dikandung badan.

Mendidik orang, membimbing orang, memberi panduan kepada orang, itu juga adalah perjuangan. Perjuangan mengangkat ekonomi anak bangsa!

Saya tidak mahu lihat orang yang tidak mahu berjuang.
Saya tidak mahu lihat mereka yang lambat bertindak dan membiarkan
orang lain meneruskan perjuangan.

Orang yang selalu gagal juga sering berjuang untuk mencapai kejayaan.

Cukuplah.

Noorizam Shah

Sphere: Related Content

One comment so far Subscribe Comments

  1. Oleh itu utk hidup perjuangan harus diteruskan….


Add your comment