Miliki Sekeping VCD Cetak Rompak Akan Dikenakan Tindakan
Salam hormat semua,
Hari ini media melaporkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ingin meminda Akta Hak Cipta.
Bagi anda yang suka membeli DVD atau CD cetak rompak, berwaspadalah, jika ditangkap dan didapati anda memiliki walaupun sekeping VCD atau DVD cetak rompak, anda boleh didakwa.
Buat masa ini, di bawah Akta Hak Cipta (sedia ada), menjual menjadi satu kesalahan, tetapi jika anda membeli walaupun sekeping DVD atau VCD cetak rompak, anda tidak disabitkan kesalahan. Sepatutnya di dalam Akta ini harus menyebut, menjual dan membeli atau memiliki juga salah.
Selain itu, bagi pemilik premis perniagaan produk cetak rompak ini juga bakal dikenakan tindakan apabila cadangan pindaan akta ini diluluskan.
Macam mana bentuk tindakan itu, kementerian masih lagi dalam proses perincian.
Jika pindaan akta ini dibentangkan di Dewan Rakyat dan majoriti meluluskan, maka bersediakan mereka untuk melupuskan kesemua bahan-bahan cetak rompak.
Anda sebagai rakyat dan pengguna, selepas ini, jika mahu menonton DVD atau VCD, sila keluarkan sejumlah wang untuk dapatkan yang asli.
Jumpa lagi,
Noorizam Shah
Sphere: Related Content



















































hoho..bahaya nih..
mesti banyak stok dalam simpanan kan? hehe
hohohoho..dari dulu lagi tak habis2 pasal cetak rompak..
hmmm..vcd n Dvd ori lambat sangat kluar…mmg ramai yg ambil kesempatan utk beli yg cetak rompak selain tgk wayang :p
alahh….jangan beli la cd ker dvd cetak rompak
…download jer dari internet..lagi jimat…huhuhuh
Bley habis ke cetak rompak ni ? lalala…
aku tak benar beli cd atau dvd dari kedai atau pun tepi jalan orengenaol ker atau pun cetak rompak.
kerana aku belum boleh habis tenkok movie internet ler.mana boleh habis, di sini satu dunia punya wayang ada.clik jer hujung dunia kat hujung dunia boleh sampai. kalau nak douwnlod dalam cd/dvd pun mukin boleh penuh sebuah negara kot hahahahahaha….
Tip: Hah tanya ni kalau penjual cetak rompak punya orang, tak dapat jual cd, mukin mereka akan rompak orang atau pun di mana-aman pula, apa akan jadi lepas ini. kerana saya faham kan kebanyak kan penjual ini gen-gen genester,along,berompak,penjenayak,
makkian,bohsia,bohjan,sebagainya.
apa jawapan anda.? soalan ini.
sebelum terjadi apa-apa, kita ada hak beri padankan, komen , suara kepada semua pihak.
tq.
salman khan.