Kawal Diri, Bertindak dan Berilah Peluang Kedua
January 14th, 2010, by Noorizam Shah

Kawal Diri, Bertindak dan Berilah Peluang Kedua

Salam hormat semua,

Hari ini saya berkongsi kisah seorang pemuda jutawan berbangsa India. Anda mungkin tidak kenal atau tidak biasa mendengar nama Azim Hasham Premji. Saya pun baru tahu mengenai beliau selepas membaca senarai orang paling kaya di dunia.

Ya,

Beliau merupakan orang terkaya didunia dengan memiliki industri IT dengan nama WIPRO. Beliau adalah muslim dan berasal dari India Selatan. Menariknya mengenainya, beliau sentiasa bersikap positif dan memiliki kemampuan untuk bertindak sehingga berjaya membina empayar perniagaan yang besar di India, memiliki pekerja seramai 14,000 orang dan 10,000 daripadanya terlibat dalam pembangunan perisian dan teknologi maklumat.

Patutlah ramai kawan-kawan saya bercakap mengenai kehebatan dan kepakaran programmer India menghasilkan sistem perisian canggih di internet.

Walaupun Azim Hasham Premji menjadi antara individu yang terkaya di benua India, beliau masih hidup dalam keadaan yang sederhana. Kalau jutawan lain memandu kereta mewah seperti Ferrari atau Porshe, beliau pula lebih suka memandu kereta Ford Escort, tinggal di rumah yang sederhana dan selalu membeli tiket kelas ekonomi apabila beliau menaiki kapal terbang.

Siapa pun tak sedar yang dia ni jutawan.

Antara yang menarik lagi mengenai beliau adalah, sikap positif dan pemaaf terhadap orang lain. Pernah satu ketika, beliau tiba di lapangan terbang selepas pulang dari luar negara. Setibanya di sana, beliau mendapati bahawa pemandunya tidak datang menjemputnya di lapangan terbang.

Adakah dia marah-marah dan melepaskan geram pada semua orang?

Tidak!

Beliau mengambil tanggungjawab terhadap apa yang berlaku, dengan bersikap proaktif. Beliau terus mengambil teksi dan ke pejabat dan memulakan kerja. Beliau tidak “membuang masa” dengan menceritakan kepada semua orang bahawa pemandunya lupa mengambilnya di pejabat.

Sekarang, kita tanya semula pada diri kita.

Kita dapat memilih, sama ada marah-marah dan bengang sepanjang hari, ataupun bertindak dan teruskan hidup dengan ceria.

Nota: kisah ini rujuk dari buku bertajuk Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah.

Sphere: Related Content

2 comments Subscribe Comments

  1. Tahun 2010 aku lebih suka buat donooo jerk pasal ebay..hehehehe

    berdiam diri dan bertindak secara positif adalah lebih baik.

  2. Shahraduan: bagus juga tindakan tu, kita buat diam-diam tapi sales meletup. :)


Add your comment