Formula 70/30 : Rahsia Kekayaan, Anda Buat, Anda Dapat
Salam hormat buat semua rakan pembaca,
Apa yang saya kongsikan ini adalah sebagai menyuntik diri anda supaya sedar bahawa untuk mencipta kejayaan itu ia mesti dengan tindakan.
Hanya membaca tetapi tidak bertindak, anda mungkin selangkah ke belakang. Sebab itu kenapa dalam emel-emel yang saya kirimkan kepada anda itu banyak berunsur suntikan.
Ada orang dengan hanya sekali “suntik” mereka terus sedar dari lamunan.
Ada orang dengan hanya 3 kali “suntik” baru mereka bingkas dari tempat angan-angan.
Ada orang perlu berkali-kali tambah lagi kali-kali, baru nak gerakkan badan.
Dalam topik kali ini, saya akan kongsikan dengan anda satu teknik atau formula yang biasa digunakan oleh mereka-mereka yang telah berjaya dalam hidup.
(ada diantara mereka mahu kaya secara senyap dan mereka tidak mahu kongsi dengan orang di luar sana)
Adalah sesuatu yang baik jika teknik ini dapat anda mulakan secepat mungkin dan kongsikan bersama keluarga atau teman rapat anda.
Apa dia Formula 70/30 Menjana Kekayaan?
Teknik ini membahagikan pendapatan anda kepada 2 bahagian:
70% untuk perbelanjaan hidup selama sebulan. Ini termasuk untuk bayaran rumah, kereta, makan dan shopping! Jika tidak cukup anda perlu mencari jalan untuk kurangkan perbelanjaan anda sehingga ianya mencukupi 70% daripada pendapatan anda.
Sebagai contoh jika gaji anda adalah RM2000 sebulan, anda hanya boleh berbelanja sebanyak RM1400 (70%)
sahaja pada bulan tersebut.
Baki 30% (atau RM600) akan kita gunakan untuk menjana kekayaan!
-10% pertama (RM200) anda gunakan untuk kebajikan, samada menolong orang tua, anak yatim, dan menderma ke masjid. Ingat, rezeki yang berkat akan membawa kebahagian dan digandakan!
-10% kedua (RM200) anda gunakan untuk bisnes. Tidak kira apa juga bisnes yang ingin anda ceburi, anda perlukan modal untuk permulaan. Pergi kursus, seminar, personal coaching, beli buku, program dan sebagainya. Pelajari sesuatu yang baru, buka minda anda dan anda pasti menemui sesuatu yang menguntungkan.
-10% terakhir (RM200) anda simpan untuk masa depan anda. Ini adalah kunci kepada kejayaan anda kerana
ianya bakal meledakkan akaun bank anda dalam senyap.
Nota: Jika anda menyimpan RM200 setiap bulan dengan bonus 10% setahun, simpanan anda bakal mencecah:
>> RM175,000 (selama 20 tahun)
>> RM525,000 (selama 30 tahun)
>> RM1.4Juta (selama 40 tahun)
Teknik 70/30 ini sungguh hebat dan berkesan jika anda mahu menjana kekayaan dalam hidup. Tidak kira walau berapa pun gaji anda sebulan, anda mesti gunakan teknik diatas untuk masa depan anda.
Tetapi tidak semua orang akan ikut walau betapa hebat sekalipun formula ini. Dan sebab itulah tidak ramai yang jadi kaya dan masih perlu bekerja walaupun dah pencen.
Jika anda mahu mencapai kebebasan kewangan, dengar kata saya dan ikut Formula 70/30 mulai hari ini.
Ada satu laporan percuma yang ingin saya kongsikan dengan anda, boleh download di link ini:
http://teamjutawan.com/download/sulit.zip



















































thanks ..share the info… kena buat benda nie
Nice sharing bro.. amal2 selalu..target 2010 jadi jutawan..hohoho