Harga Gula Naik 20 Sen Jer?
Salam hormat,
Apa yang orang kecoh-kecohkan semalam? Petang semalam saya tengok ramai sungguh orang berpusu-pusu ke kedai runcit, ke mini market, ke super market.
Tak ada lah pelik sangat. Mungkin sebab ramai yang dah dapat gaji. Jadi mereka pun keluarlah beli barang keperluan macam bulan-bulan sebelum ni.
Tapi…
Ramai yang masuk ke kedai kemudian keluar semula dengan tangan kosong dan buat muka muncung. Entahlah, saya bukan nak ambil kisah sangat.
Selang beberapa jam kemudian, bapa mertua saya beritahu gula nak naik harga tepat 1hb Januari 2010!
Owh.. patutlah ramai orang yang berpusu-pusu ke kedai. Rupanya mereka ni mencari gula.
Saat ini saya teringat masa minyak petrol nak naik harga sedikit masa lalu.
Bagi orang yang berpendapatan besar, mungkin tidak terasa. Orang kebanyakkan yang berpendapatan rendah pasti melihat kenaikan harga 20 sen ini memberi impak yang serius buat mereka.
Jika seminggu mereka guna gula dalam masakan dan minuman, pastinya sebulan tambahan sebanyak 80 sen perlu dikeluarkan.
Alasan naik harga ni sudah tak boleh nak dielakkan. Harga gula mentah dunia dah naik harga. Apapun, kalau harga gula dah naik, pengguna terpaksa juga bayar sebab gula sudah menjadi “nadi” kebanyakan orang.
Samalah macam orang yang merokok. Jika harga rokok naik tinggi mana sekali pun, jika “penggemar” tidak mahu mengelak, mereka akan membayar walaupun berapa harganya.
Janganlah nanti sebab naik 20 sen, satu undi dah bertukar tangan.
Kita sebagai pengguna, jika tak ada orang yang ingin membantu, kita sebagai empunya diri, rancanglah sesuatu. Samaada tingkatkan ekonomi keluarga atau ikat perut jangan makan gula!
Jumpa lagi,
Noorizam Shah
Sphere: Related Content



















































Kurangkan gula.. Dan bykkan minum air suam..
eh ada kena mengena tak?? huhuhuhu
cara bagus untuk jaga kesihatan tu
betul2…minum air suam je cukup…penyakit pun boleh dijauhi dengan kurangkan gula…kalau selallu mengamalkan pemakanan yang sihat maka badan pun akan sihat & otak pun cerdas….
Air suam tak sedap
rm0.20 tu yg rasmi…
ada kedai jual dgn harga rm1.70 sblm harga naik…
skg nih harga dah naik, jd agak nye brape pulak harga yg mreka jual?