Menjadi Publisher Program Pengiklanan

Salam hormat semua,
Ramai orang mempunyai sebab tersendiri kenapa mereka membina blog. Blog adalah platform buat seseorang itu menyampaikan maklumat dan cerita mengikut persepsi penulis itu sendiri.
Ada yang menggunakan blog platform percuma seperti wordpress.com atau blogger.com dan ada juga yang sanggup membeli webhosting kemudian membina blog di hosting sendiri.
Saya tidak mempunyai data yang tepat untuk mengira berapa banyak laman web blog kepunyaan individu di Malaysia. Malahan pecahan blog niche tertentu juga begitu besar sehinggakan setiap hari ada sahaja blog-blog baru diwujudkan.
Ada blog yang bertemakan politik, agama, hobi, hiburan, peribadi, perniagaan, motivasi dan macam-macam lagi. Bagi blog yang menarik, ia pasti akan memiliki kelompok pembaca mereka yang tersendiri malahan mempunyai peminat-peminat senyap yang tidak bersuara tetapi sentiasa membaca setiap kali post baru di tulis di blog berkenaan.
Contoh blog politik antara yang popular di Malaysia ialah blog bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ada banyak lagi contoh blog-blog popular di Malaysia dan kebanyakan blog yang popular pasti menyediakan ruang iklan di laman blog mereka. Blogger-blogger ini akan menghasilkan pendapatan dengan memasang iklan-iklan di blog mereka.
Selain dari membuka ruang iklan kepada program-program affiliate, blog-blog popular juga turut memasang iklan dari program-program pengiklanan yang lain.
Antara program pengiklanan yang popular di Malaysia ialah google adsense, bidvertiser dan nuffnang. Setiap pengguna program ini dikenali sebagai publisher.
Bagi memberi kefahaman kepada pembaca baru, program pengiklanan yang saya sebutkan tadi merupakan sebuah program percuma. Maksudnya, untuk mendaftar di laman program ini, anda tidak perlu membuat sebarang bayaran.
Program pengiklanan ini biasanya menghubungkan antara “pihak yang ingin menerbitkan iklan” dengan “pihak yang ingin memaparkan iklan”. Nilai bayaran kepada publisher berdasarkan kriteria seperti jumlah bilangan klik, bilangan paparan ataupun mengikut tempoh yang ditetapkan.
Nilai ini juga bergantung kepada berapa banyak pelaburan “penerbit iklan” di dalam sesebuah program pengiklanan itu. Seperti program pengiklanan di Nuffnang, ada juga publisher yang menerima bayaran untuk satu iklan dipaparkan di blog berjumlah RM5,000.

Ini semua bergantung kepada kualiti isi kandungan blog dan jumlah traffik yang masuk ke blog setiap hari. Sebab itu, jika blog anda popular dari sudut traffik, ia boleh membantu anda menghasilkan pendapatan yang bagus melalui program pengiklanan seperti ini.
Berapa income anda sebulan hasil dari program pengiklanan di blog?
Nota: Gambar cek kredit kepada 5xmom.com
Sphere: Related Content



















































aku pun baru wujudkan blog aku sendri. tapi hanya utk berkongsi pengalaman dan info yang aku dapat
aku buat blog pada mulanya untuk kongsi cerita sukan tempatan yang happening….tetapi kadang2 tidak dapat mengikuti perkembangan semasa kerana sibuk dengan kerja….boleh bagi tips ke bagaimana nak maintain content blog kita agar sentiasa segar dan tetap di gemari.