Beberapa Cara Untuk Tangani Stress
December 5th, 2009, by Noorizam Shah

Beberapa Cara Untuk Tangani Stress

Salam hormat semua,

Saya mendapat idea menulis topik ni selepas saya makan beberapa keping coklat. Kemudian saya teringat dengan kata-kata ini, “Jika kau dalam keadaan tertekan atau stress, cuba kau makan coklat. Ia boleh kurang dan hilangkan stress kau tu”. Itu kata-kata seorang rakan saya masa suatu ketika dulu.

Benarkah dengan memakan coklat, stress seseorang itu boleh reda dengan kadar segera? Mungkin anda boleh komen pendapat ini.

Untuk topik kali ini saya akan kongsikan dengan anda beberapa cara yang saya tahu untuk meredakan stress. Bagi kawan-kawan yang jalankan perniagaan internet terutama di eBay mungkin berhadapan dengan tekanan dan cabaran. Bukan senang nak jadi orang yang berjaya. Sesekali anda perlu luangkan masa berbuat sesuatu dan tinggalkan seketika masalah dalam perniagaan internet.

Apakata anda cuba beberapa panduan dibawah dan mana tahu mungkin ia mampu mereda stress anda sekarang ini?

1. Lemparkan senyuman.

Kebanyakan kita apabila berhadapan dengan sesuatu masalah pasti kita akan tarik muka. Jika tidak, anda pasti mengeluh dan sumpah seranah sorang-sorang. Lagi bertambah angin kalau akaun eBay kena suspend atau item kena remove. Sudahlah buat listing beribu-ribu sekali akaun kena block. Siapa yang tak tertekan kan?

Jika anda berhadapan stress, cuba anda lemparkan senyuman, pasti tekanan anda akan sedikit reda. Boleh tak senyum? :D

2. Duduk bersendirian.
Saya kalau nak dapatkan mood menulis, paling mudah jika saya duduk bersendirian. Tenang tanpa sebarang ganggungan. Stress terjadi bila anda berada di dalam keadaan yang sibuk, bising atau suasana yang tidak memberi anda fokus. Dimana tempat sesuai untuk bersendirian? Contoh tempat peranginan, kampung yang jauh dari kesibukan kota, bilik studio ataupun kubur masjid.

3. Bertenang.
Salah satu perkara yang kita tak sedar bila kita sedang stress, kita tidak mampu bertenang. Ada diantara kita, apabila mereka berada dalam tekanan, diri mereka jadi kelam kabut, fikiran jadi kusut, kepala berserabut malah akan cepat ada perasaan GIVE UP. Andai anda lakukan sesuatu itu tetapi tidak berjaya, jangan mudah stress. Cuba tarik nafas dalam-dalam dan hembuskan nafas anda secara perlahan-lahan.

Cuba elakkan dari terus berfikir dan berfikir. Ambil sedikit masa untuk tenangkan perasaan dan lupakan sekejap masalah yang sedang dilalui. Ingat, setiap tekanan itu ada penyelesaiannya. Jadilah orang yang sentiasa tenang dan bijak merancang keputusan.

4. Berbuat baiklah pada orang lain.

Yang ini bagi kes yang selalu cari pasal atau suka rasa tak puas hati dengan orang lain. Jika anda mendapati seseorang itu selalu sahaja beri tekanan kepada anda, adalah lebih baik anda abaikan orang seperti ini. Dalam perniagaan internet, jika anda berhadapan dengan pelanggan atau mereka yang bermasalah (yang suka kondem orang), anda perlu bijak untuk menanganinya. Anda boleh mendiamkan diri atau buat-buat pekak telinga atau lebih bagus anda jawab dengan kata-kata paling berhemah walaupun pedih untuk berkata-kata.

Ada seorang guru agama berpesan kepada saya. Jika ada seseorang yang bencikan kita, apa yang boleh kita buat, kita sedekahkan al-fatihah kerana “musuh-musuh” kita akan ia dapat melembutkan hati mereka.

5. Jadi seorang yang pemaaf.
Kita bukanlah insan yang maksum. Setiap orang sentiasa melakukan kesalahan dan kesilapan. Jika anda marahkan seseorang, janganlah sampai simpan di dalam hati sehingga sanggup bermusuhan bertahun-tahun lamanya. Berselisih pendapat mungkin menyebabkan kita berhadapan dengan stress, tetapi jika kita mudah memaafkan seseorang, tekanan yang ada dalam diri kita pasti dapat dikurang atau dihilangkan.

Nota: Jika saya ada buat sebarang kesalahan dengan pembaca blog ini, harap maafkan saya. :)

6. Beri Pelukan.
Owh.. Yang ini hanya praktikal untuk sesama jantina atau mereka yang muhrim sahaja. Jika anda bukan muhrim, tak payahlah nak praktikkan langkah ni, kang bertambah pula dosa-dosa kecil dan dosa-dosa besar. hehe.

Kalau tak percaya try la peluk memeluk. haha.

7. Lavender.
Saya suka bau wangian ini. Serius! Ia mampu beri kelegaan kepada stress yang saya alami. Sekarang ni pun banyak produk aroma terapi yang guna wangian lavender ni. Di pasaran pun, kita boleh beli minyak wangi, sabun mandi, shampoo, losyen dan sebagainya. Anda boleh pilih apa juga wangian yang boleh memberi anda ketenangan. Ini pun salah satu cara untuk redakan stress.

8. Kasih sayang.
Jika anda telah mempunyai anak, bermanja-manja dengan mereka juga merupakan satu terapi yang bagus untuk melegakan stress. Bagi anda yang belum berkahwin atau tidak punyai sebarang anak, anda boleh tunjukkan kasih sayang anda kepada hidupan lain seperti kucing, bunga dan alam semulajadi.

Kekuatan dalaman wujud apabila anda mencurahkan kasih-sayang anda kepada orang lain. Sebab tu ada yang kata dengan melihat telatah anak-anak kecil dirumah selepas pulang dari tempat kerja dapat meredakan tekanan mereka. Setuju?

9. Allah.
Nombor sembilan ini, bagi mereka yang mentaati perintah dan mengikuti suruhanNya, kepadaNya kita bermohon dan berdoa untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan.

10. Ceria.
Buat apa yang anda suka. Lari sebentar dari apa juga tekanan yang anda alami. Gembirakan hati dan diri anda.
Jangan musnahkan diri anda disebabkan anda berhadapan dengan STRESS. Inilah waktu untuk anda ceria!

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Gambar kredit kepada i.ehow.com

Nota: Jika anda suka info dan kandungan blog ini, pautkan link blog ini di blog atau website anda. Hebah-hebahkan kepada rakan anda yang lain, agar mereka juga dapat manfaat bersama.

Sphere: Related Content

6 comments Subscribe Comments

  1. salam noorizam, suka dengan artikel ni..
    memang sesuai ngan student macam sy ni..
    betul ke pernah belajar kat KYM? Dulu sy
    pun belajar sana…2 tahun je…program
    jejak rakan pla..hehe…anyway..nice blog..;)

  2. Memang betul apa yang saudara utarakan di atas…. Satu lagi untuk menangani stress ialah rajin rajin lah ambil air sembahyang.

    Doa doakan yang baik baik untuk musuh kita atau orang yang kita rasa menaniayakan kita. Secara kita tidak sedari , rezeki kita akan bertambah.

  3. Warnie: wasalam. saya student awal KYM tahun 1997/1998.

  4. Azhar: api lawannya air. Air sembahyang salah satu cara meredakan kemarahan dan ketegangan. Terima kasih dengan komen anda. :)

  5. oh..senior sy rupanya…sy batch 2001..
    good luck to you…:)

  6. Some specialists tell that mortgage loans aid people to live their own way, because they can feel free to buy needed goods. Furthermore, banks offer bank loan for young and old people.


Add your comment