Beriklan di Yellowpages

Apa itu white pages?
Apabila saya membuat carian di internet, white pages itu membawa maksud direktori simpanan maklumat-maklumat individu atau syarikat seperti nama, alamat dan nombor telefon.
Di Malaysia juga kita mempunyai panduan direktori yang dikenali sebagai buku Yellowpages.
Yellowpages atau whitepages ini boleh didapati di kedai-kedai TM Point secara percuma. Buku ini amat berguna kepada anda untuk mencari infomasi-infomasi yang anda inginkan bermula dari keperluan rumah sehinggalah keperluan industri besar.
Bagi anda yang tidak memiliki buku ini anda juga boleh mendapatkan maklumat Yellowpages di internet dengan melayari web http://www.yellowpages.com.my
Ia lebih mudah untuk anda mendapatkan maklumat kerana terdapat beribu-ribu maklumat penting perniagaan boleh diperolehi disini.
Katakan anda menjalankan bisnes di eBay, laman web ini amat berguna kepada anda kerana terdapat banyak syarikat pembuatan dan pengeluar mengiklankan maklumat mereka di Yellowpages.
Jika anda seorang pemilik perniagaan, Yellowpages adalah laman yang paling sesuai untuk anda beriklan kerana website ini dilayari lebih dari 500,000 pelawat setiap bulan.
Dengan promosi berterusan, laman web Yellowpages terus dikenali dan semakin ramai yang melayarinya kerana ia merupakan satu laman direktori terbesar di Malaysia dan berjaya.
Info terbaru, Yellowpages telah menambah tiga ruangan khas untuk mereka yang menjalankan perniagaan dalam industri Halal (Makanan dan produk), industri makanan (restoran, kedai makan, cafe,) dan industri perlancongan (hotel atau resort)
Kepada anda yang berminat untuk melanggan iklan di Yellowpages, sila rujuk link ini.
Sphere: Related Content


















































