Add Fund Paypal Dari Account Bank
December 1st, 2009, by Noorizam Shah

Add Fund Paypal Dari Account Bank


Salam hormat semua,

Hari ini saya ingin berkongsi infomasi dengan anda berkaitan penggunaan akaun Paypal. Kita sedia maklum hari ini kita semakin mudah menggunakan Paypal untuk menjalankan sebarang transaksi sama ada menerima atau menghantar wang kepada orang lain.

Pada bulan Oktober lalu, ramai juga telah mengetahui pengguna Paypal kini boleh keluarkan segala fund/duit yang ada dalam akaun mereka terus ke akaun bank tempatan. Kini anda sudah mempunyai pilihan samada mengeluarkan (withdraw) ke debit kad/kredit kad atau terus ke local bank.

Bagi anda yang baru sahaja mengetahui apa itu Paypal, pasti tertanya-tanya bagaimana untuk menambah fund ke akaun Paypal?

Jika anda mempunyai akaun Paypal, anda boleh login masuk ke akaun anda dan lihat pada link Add Fund. Buat masa ini anda tidak boleh add fund terus dari local bank sebaliknya anda boleh berbuat demikian dengan menambah nilai wang di dalam kad debit (jika anda guna kad kredit, anda tidak perlu tambah nilai kerana wang sudah sedia ada – jika kad dah di block, itu lain cerita. hehe)

Katakan anda ingin membeli sesuatu produk di eBay yang bernilai USD100.00 tetapi anda tidak memiliki sebarang fund di dalam akaun Paypal, anda perlu tambah nilai wang di dalam kad debit supaya ia mencukupi atau sama nilai dengan USD100.00.

Anda boleh terus membuat bayaran melalui akaun Paypal dan wang tersebut pula akan ditolak dari kad debit yang telah anda linkkan dengan akaun Paypal.

Itu satu kaedah.

Kaedah lain pula, jika anda tidak memiliki sebarang kad debit (ini kerana anda verify akaun paypal menggunakan VCC yang dibeli dari orang lain), anda boleh menambah fund/duit dalam akaun Paypal dengan membeli fund tersebut dari orang lain.

Katakanlah ada seseorang yang memiliki fund sebanyak USD100 dan anda ingin membelinya, urusan jual beli boleh dilakukan antara anda dengan penjual berkenaan. Anda boleh berkompromi untuk mendapatkan nilai tukaran yang terbaik seperti USD100 bersamaan RM340.00 dan jika masing-masing bersetuju, anda perlu memindahkan wang RM340.00 tersebut kepada penjual manakala penjual akan meminta email Paypal anda untuk mengirim fund bernilai USD100.00

Sebagai peringatan, anda tidak digalakkan menjalankan urusan jual beli ini kerana ia boleh melanggar polisi Paypal dan risiko penipuan juga boleh berlaku jika anda berurusan dengan seorang penjual yang tidak jujur.

Kaedah yang paling saya syorkan adalah seperti yang awal saya nyatakan di atas.

Di harap infomasi saya ini dapat membantu anda dan menambah satu lagi ilmu di dada. Praktikkan ilmu berkenaan dengan sebaik mungkin.

Jika anda suka dengan infomasi-infomasi yang saya kongsikan ini, hebah-hebahkan kewujudan blog ini kepada rakan-rakan anda. Semoga kita semua mendapat kebaikan dari perkongsian ini.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Nota: Gambar kredit kepada auctioncope.com

Sphere: Related Content

10 comments Subscribe Comments

  1. rasanya nak add fund dari local bank ke Paypal takleh lagi kan?cuma boleh withdraw je dari paypal

  2. Reezluv: Setakat ni masih belum boleh. InsyaAllah, mungkin akan datang. :)

  3. Cik Noorizamshah.agak-agak bila boleh add fund dari local bank ea…??

  4. Norizwan: Kena rajin-rajin jenguk akaun paypal. Bila? Itu saya tak dapat beri jawapan. Sama-sama kita nantikan.

  5. Salam. Saya baru tahu boleh add dari debit kad. Terima kasih.

  6. selamat praktik! :)

  7. Saya ada cuba nk add fund drpd debit card tp kuar add fund not availabe..mcm mana plak tu? Xjmpa option utk add fund dari debit card

  8. btol tu.. saya pun nak add funds dr debit card.. tapi macam mana ye?? ada tutorials x?

  9. sir kalau saya nak tambah nilai ke paypal bagaimana yaa.. contohnya dari bank maybank ke paypal… boleh sifu tolong tunjukkan tak..


Add your comment