Lagi Student Menghasilkan Jualan Pertama di eBay

Salam hormat,
Terima kasih kerana terus melawat blog ini walaupun anda masih dalam mood berhari raya korban.
pasti seronok jika dapat jalankan ibadah korban tahun ni kan? Walaupun sesetengah teman masih lagi dilanda banjir, ia tak patahkan semangat kita untuk bersama-sama memperingati kisah Nabi Ibrahim a.s dan anak Nabi Ismail a.s.
Insya-Allah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dapat pula saya beribadah korban seekor lembu tahun hadapan.
Kembali kita kepada topik hari ini, saya ingin berkongsi pengalaman bagaimana anda boleh mendapatkan idea dan panduan untuk menghasilkan pendapatan pertama di eBay.
Jika anda seorang newbie, mungkin anda anggap dengan menjual di eBay kemudian bersaing dengan berjuta penjual pasti ia satu perkara yang amat mencabar.
Ya!
Memang ia satu cabaran bagi anda. Jika anda tidak mempunyai pengalaman menjual produk pasti anda tertanya-tanya, apakah cara terbaik untuk menghasilkan jualan?
Walaupun tanpa menggunakan software kajiselidik seperti Terapeak dan HammerTap, anda masih mampu mendapatkan maklumat-maklumat tertentu sebagai panduan semasa membuat ‘iklan’ di eBay.
Tidak kira samada anda mengguna servis dropshipping atau membungkus dan menghantar sendiri produk tersebut, anda perlukan panduan ini agar anda tahu, produk mana yang perlu diberi tumpuan.
Bukan semua produk yang diiklan atau disenaraikan mempunyai permintaan yang tinggi. Jika dibandingkan permintaan produk kerepek goreng dengan telefon bimbit iPhone 3GS, mungkin perbezaannya amat ketara.
Sebab itu kenapa saya selalu tekankan dalam Personal Coaching eBay atau Seminar yang saya jalankan agar setiap peserta perlu rajin membuat kaji selidik pasaran. Jika anda tidak suka menjalankan kaji selidik (anda seorang sibuk atau anda seorang pemalas), produk yang dijual pasti tidak akan ada permintaan atau mungkin bakal terlepas pandang.
Ada seorang bekas peserta saya menjual produk yang saya syorkan (sebuah laman web dropshipping – bukan AN ya!) Pada awalnya, beliau amat tidak yakin untuk melakukan jualan. Selepas mendapat khidmat nasihat dari saya, saya tunjukkan beberapa cara untuk beliau praktikkan semasa mengiklankan produk di eBay.
Beberapa hari kemudian, beliau menghantar mesej kepada saya di Facebook dan menyatakan kekecewaannya kerana tidak menghasil jualan tidak sampai seminggu (Mungkin beliau terlalu excited sehingga tidak sabar untuk melihat jualan pertamanya).
Saya balas semula dengan memberi beberapa tips kepadanya dan seperti yang dijangka, semakan yang saya buat, beliau telah berjaya menghasilkan jualan pertama pada 27hb November (mesej yang dihantar kepada saya itu pada 26hb November).
So, dalam apa juga yang anda ingin lakukan, pastikan anda memiliki sikap sabar. Jika anda tidak sabar dan tergopoh-gopoh, kejayaan mungkin tidak akan memihak kepada anda.
Screenshot di atas membuktikan beliau telah berjaya menghasilkan jualan pertama selepas seminggu menghadiri sesi Personal Coaching eBay (satu pencapaian yang hebat juga).
Apa pun, untuk menjadi seorang penjual yang berjaya di eBay anda seharusnya peka dengan perkembangan semasa dunia. Sebagai contoh, jika anda meminati gajet-gajet, sudah pasti anda perlu sentiasa mengikuti setiap update produk-produk terbaru di pasaran.
Nota: Jika ANDA TIDAK PERNAH MEMPUNYAI PENGALAMAN MENGHASILKAN JUALAN DI EBAY tetapi ingin mempelajarinya, anda boleh menyertai sesi Personal Coaching eBay anjuran saya bagi bulan Disember. Anda boleh sertai segera kerana harga promosi ini bakal tamat untuk tahun 2009.
Sphere: Related Content



















































Tahniah kepada ebayer-ebayer yang berjaya..
Good job semua..
macam ku kenal aja gambar listing berlatarbelakang biru bulat itu..hehehe..dropshipper best tu..
Firdaussani: dah try?
ok, not bad juga..tapi some harga x bole challenge alibaba..hehe..alibaba lagi murah..
Firdaussani: saya tak pernah ada pengalaman lagi guna servis di Alibaba.com mungkin kualiti produk di sana belum kuat menarik saya mendapatkannya.
Noorizam Shah
hehe..depend pada barang..
best nyr klau dapat buat business sendiri…nak try tp x tahu cara…hehe…kena menuntut dulu…