Strategi Untuk Tingkatkan Kedudukan Blog Di Enjin Pencari
November 24th, 2009, by Noorizam Shah

Strategi Untuk Tingkatkan Kedudukan Blog Di Enjin Pencari

Salam hormat semua,

Sebelum saya teruskan topik hari ini, saya ingin jemput kepada mereka yang melawat blog ini tetapi tidak mahu ketinggalan update dari saya, anda boleh “subscribe” blog ini dan anda boleh bookmark laman ini dengan klik pada link berikut:

http://www.noorizamshah.com/feed

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda, bagaimana strategi yang berkesan untuk meningkatkan semula kedudukan anda di dalam enjin pencari seperti Google, Yahoo dan MSN.

Untuk pengetahuan anda, laman blog saya pernah memperolehi Pagerank 5 di Google dan blog saya sering berada ditangga utama laman search engine melalui keyword-keyword popular tertentu.

Antara sebab saya berjaya memperolehi kedudukan baik ini adalah saya mempraktikkan 5 strategi tersebut. Malangnya atas kesibukan saya beberapa bulan lalu, menyebabkan saya jarang update blog dan pagerank blog saya jatuh kepada pagerank 3.

Kini saya sedang berusaha untuk naikkan semula pagerank blog ini serta memastikan keyword-keyword tertentu (yang popular) membantu blog saya berada di kedudukan utama dalam search engine.

1. Kandungan Blog Berkualiti.
Kenapa ada blogger yang menggunakan blog seperti blogspot.com (platform percuma) juga mampu menduduki tempat utama dalam enjin pencari?

Jawapannya, blogger ini sentiasa mengisi dan menulis maklumat-maklumat yang segar dan berkualiti. Semasa mereka menulis kandungan-kandungan ini, blogger akan pautkan blog ini dengan mana-mana blog yang mempunyai kaitan kandungannya.

Saya ambil contoh blog saudara Shuth. Beliau telah menulis satu topik yang amat berguna untuk pembaca yang melawat blognya. Semasa beliau menulis post berkenaan, beliau telah memautkan link blog saya. Impaknya, ia meninggalkan backlink kepada blog saya.

Katakan blog saya mempunyai nilai Pagerank yang baik, ia juga dapat membantu blog saudara Shuth berada di kedudukan yang baik dalam enjin pencari.

Jika anda menulis sesuatu topik, pastikan anda pautkan link atau blog berkaitan dengan isi kandungan yang ditulis.

2. Fokus Kepada Topik Khusus

Blog saya tidak mempunyai suatu topik yang khusus. Jika anda ingin mendapatkan kedudukan lebih baik dalam enjin pencari, blog anda perlu mempunyai satu topik yang khusus.

Walaupun blog saya ini banyak bercerita mengenai pelbagai topik, tetapi saya sering atau cuba memperbanyakkan topik-topik tertentu. Tujuannya adalah untuk terus mendapatkan kedudukan baik dalam enjin pencari.

Sebagai contoh, saya menulis seberapa kerap mengenai eBay. Semakin banyak keyword atau kata kunci mengenai eBay, semakin konsisten blog saya di enjin pencari. Kini disebabkan saya jarang menggunanya keyword eBay, blog saya telah berada di page yang ke-enam dalam enjin pencari google. :p

(Blog Matzis yang menggunakan tema utama mengenai eBay pun berada ditangga ke 4 carian di Google)

3. Peranan Kategori
Jika anda menulis blog, pastikan anda menyimpan sesuatu topik itu dalam kategori tertentu. Selaraskan topik-topik anda dengan kategori yang berkaitan.

Tujuannya untuk memberikan nilai kepadatan sesuatu kata kunci itu di dalam sesebuah blog. Jika anda menulis topik mengenai panduan eBay, pastikan topik-topik berkenaan berada di dalam kategori “eBay”

Ia juga memudahkan pelawat atau pembaca yang ingin mencari sesuatu topik di blog anda dan tidak perlu untuk menyelak dari satu muka surat ke muka surat yang lain.

4. Mencipta backlink sendiri.
Apabila kita menulis blog, jangan lupa untuk berikan pautan link blog ke blog sendiri. Jika anda menulis sekali lagi mengenai topik eBay, anda boleh patutkan kembali mana-mana topik berkaitan eBay sebagai rujukan.

Dengan itu, kata kunci tadi dapat diulang banyak kali di dalam blog. Contoh anda boleh rujuk pada “Antara Artikel Berkaitan” dibawah ini.

5. Tulis atau update blog sekerap mungkin.
Strategi terakhir ini antara cara terbaik untuk anda praktikkan sebagai seorang blogger. Antara pesanan beberapa pro blogger, tulislah artikel atau topik sekerapnya mungkin. Ia mampu membantu blog anda dipaparkan di dalam enjin pencari setiap masa. Gunakan kata kunci yang berkualiti dan pautkan ke link-link yang berkaitan dengan kata kunci.

Insya-Allah, blog anda akan menjadi sebuah blog yang bagus untuk dilawati dan memudahkan pelawat menjejak blog anda di laman-laman enjin pencari.

Selamat mempraktik!

Noorizam Shah

Nota: Gambar kredit kepada lclibs.org

Sphere: Related Content

4 comments Subscribe Comments

  1. Tima kasih utk info yg sgt berguna ni…

    Mungkin kadang2 tu terlepas pandang pd teknik2 yg agak basic.
    Thanks bro…great post.

  2. Hadinur: Saya juga kena menulis supaya saya tidak lupa strategi ni. Sebagai ingatan untuk diri saya juga. :)

  3. Baru semak semula, permainan keyword eBay telah menjadi. Ada peningkatan. SEO memang bijak!

  4. blog saye x dek niche khusus.. huhu.. anyway thanks bro.. nice entry


Add your comment