Isteri Itu Pendorong Kejayaan?
November 23rd, 2009, by Noorizam Shah

Isteri Itu Pendorong Kejayaan?

Bagi saya yang telah berkahwin, saya akui bahawa peranan isteri ini banyak membantu setiap langkah kejayaan yang saya kecapi sekarang.

Realiti hidup saya sebelum berkahwin tidak seperti sekarang. Mungkin ada kebenaran kata-kata orang, Allah akan tambahkan rezeki sebaik kita menikahi seseorang.

Saya ingat lagi, masa mula mengenali diri Nana pada tahun 2005, kehidupan saya bukanlah berkemampuan sangat. Sebenarnya, jika ditanya pada saya saat itu, adakah saya sudah memiliki wang yang cukup untuk berkahwin, jawapan saya adalah TIADA LANGSUNG duit simpanan.

Jika ada pun, itu hanyalah baki duit yang saya perolehi selepas gaji (dah ditolak dengan komitmen-komitmen lain).

HAHA.

Sejak saya mula berkahwin dan tinggal sebumbung dengannya, baru saya tahu tanggungjawab sebenar ketua keluarga. Dalam usia 27 tahun ketika itu, tanpa sebarang bantuan kewangan dari keluarga, saya mampu buktikan kepada isteri, dua belah keluarga yang saya ini boleh menjaga seorang isteri dengan baik.

Semasa kami mula nak hidup berdua, isteri saya terpaksa berhenti kerja di Perak dan tempoh 3 bulan pertama perkahwinan, isteri saya tidak bekerja. Dengan mengharapkan gaji sebagai seorang pekerja (yang makan gaji dan saya bukanlah berjawatan besar), ia tidak cukup selesa untuk kami berdua.

Jika saya ingin tingkatkan taraf hidup dengan lebih stabil, kami perlu memikirkan jalan terbaik untuk melakukannya. Akhirnya isteri saya ambil keputusan untuk mencari kerja dan rezeki amat menyebelahinya dengan satu temuduga beliau berjaya mendapat pekerjaan.

Tetapi menjadi satu masalah buat kami kerana tempat kerja yang diterima adalah jauh dari tempat tinggal kami. Demi memudahkan isteri saya berulang alik ke tempat kerja, kami mengambil keputusan untuk berpindah rumah.

Sejak kami berpindah, rezeki kami semakin lama semakin baik. Atas sokongan dan dorongan isteri, saya mula memberi tumpuan untuk menjalankan perniagaan di internet secara sampingan. Sehinggalah hari ini, banyak kejayaan demi kejayaan yang saya kecapi dan insya-Allah banyak lagi kejayaan besar bakal menyusul selepas ini.

Syukur kehadrat illahi kerana saya diberikan isteri yang amat memahami dan banyak memberi sokongan. Saya amat menghargai pengorbanan isteri saya. Kepada si suami yang tidak pernah mengiktiraf atau tidak bersetuju bahawa isteri itu menjadi pendorong kepada kejayaan mereka, mulai hari ini buang sahaja perasaan ego kita jauh-jauh.

1. Kalau ada masalah, kita pasti akan meminta idea/pendapat isteri.
2. Kalau kita nak zuriat, kita mesti mencari isteri.

Haha.

Untuk pengetahuan pembaca, saya menulis topik ini bukan setakat ingin menghargai isteri saya, malah topik ini saya tulis untuk menunjukkan rasa cinta saya kepada isteri. Sempena hari ulang tahun kelahirannya pada 23hb November setiap tahun, maka tarikh ini pasti menjadi tarikh WAJIB untuk saya ingati selagi hayat dikandung badan. :)

Jika anda tidak pernah menulis topik pasal isteri anda, sila mulakan hari ini!

Untuk isteri saya, Nana, SELAMAT HARI ULANG TAHUN KE-28. Semoga panjang umur, sihat selalu, bahagia bersama abang dan Zarra.

p.s: Jangan Jeles! :p

Noorizam Shah

Sphere: Related Content

3 comments Subscribe Comments

  1. Nama anak tuan Noorizam Zarra ye ? ;-) nama anak saya Zara :) .. memang betul, bila fikir ttg pengorbanan si isteri menyokong suami .. tak larat kita buat oo..

  2. Saya setuju. Sayangilah isteri kita yang sentiasa menyokong kita dari belakang. Behind every successful man, lies a woman. Yg bujang tu, cepat2 lah kawin. He he….

  3. Omecool20: Yea, nama anak saya Zarra Nur Syakira. Panggilan manja Zarra.

    Zul: Terima kasih kerana bersetuju dengan pendapat saya. :)


Add your comment