Jika Akaun eBay Anda Kena Suspend…
November 22nd, 2009, by Noorizam Shah

Jika Akaun eBay Anda Kena Suspend…

Selamat bertemu kembali,

Minggu ini saya amat agresif menulis topik di blog. Kali ini saya akan berkongsi panduan bagaimana untuk mendapatkan semula akaun eBay anda jika ianya disuspend.

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan tahniah kepada rakan-rakan penjual di eBay yang telah berjaya menghasilkan jualan begitu lumayan. Lebih-lebih lagi permintaan semakin tinggi di eBay.

Kepada penjual yang punya laman blog atau website, anda boleh menggunakan kaedah promosi berikut untuk membantu anda meningkatkan jualan sedia ada.

Jika anda log in masuk ke akaun Paypal, anda akan perolehi info mengenai promosi “Paypal CrazyHour“, dimana setiap bakal pembeli boleh memenangi USD$25,000 tunai.

Untuk mengetahui mengenai Paypal CrazyHour ini, anda boleh klik pada link ini untuk keterangan lanjut

http://www.paypal-apac.com/crazyhour/

Berbalik kepada topik di atas, jika anda seorang penjual di eBay tetapi akaun anda telah disuspend, mungkin ada diantara anda tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan semula akaun tersebut.

Berdasar polisi eBay, anda tidak dibenarkan untuk mendaftar kali kedua atau seterusnya menggunakan nama dan alamat yang sama. Ia memang menyalahi polisi.

Apabila akaun anda disuspend, sila baca mesej yang dihantar oleh eBay dan lihat apakah alasan sebenar akaun anda disuspend. Langkah seterusnya, pastikan anda “reply” mesej yang dihantar kepada anda dan mohon penjelasan kepada eBay bagaimana untuk mendapatkan semula akaun tersebut.

Jika anda bernasib baik, eBay akan menghantar mesej penjelasan lanjut berserta maklumat-maklumat yang diperlukan untuk anda membuka semula akaun yang telah disuspend.

Contoh maklumat atau dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

Occasionally we will take action if we feel there may be a possibility
of unlawful action. However, this is no reflection on yourself, but is
taken for the safety of all eBay members. We realise this is most
probably due to oversight or privacy concerns, but we need to take these
steps to further ensure that eBay remains a safe place to trade.

To be considered for reinstatement, you must submit all of the
following:

1. A copy of your driver’s license or other government issued ID, with
your name and address clearly visible.

2. Documentation clearly showing your current address. This can be one
of the following:

- a copy of a recent credit card statement (a copy of the actual credit
card is not acceptable)

- a copy of a recent bank statement

- a copy of a recent utility bill (mobile phone bills are not
acceptable)

3. Proof of merchandise for any items you may have listed on eBay
previously. This can be an invoice from your supplier, a tax invoice or
any other documentation that indicates ownership of the items.

Jika anda telah lengkapkan kesemua dokumen di atas, sila faxkan kepada nombor yang telah diberikan di dalam mesej berkenaan dan sila tunggu 3-5 hari untuk terima respon dari eBay.

Kalau bernasib baik, akaun anda boleh diguna semula. Pastikan selepas ini anda sentiasa peka dengan polisi-polisi eBay antaranya:

1. Tidak menjual produk tiruan di eBay
2. Tidak menjual produk berbahaya di eBay
3. Tidak memanipulasi maklumbalas

Dan sebagainya.

Sebelum saya terlupa, sepanjang akaun anda disuspend, anda tidak dibenarkan mendaftar akaun baru atas nama yang sama. Jika anda log in pada akaun suspend tersebut, anda hanya boleh membaca mesej-mesej yang dihantar oleh pelanggan dan eBay. Juga anda boleh membayar sebarang bayaran tertunggak di eBay.

Di harap info ini dapat membantu anda.

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Sphere: Related Content


Add your comment