Jika Si Kecil Tidak Bersamamu Lagi…

Sepi… sedih.. hiba.
Mungkin itu perasaan adik Siti Amynur atau nama penuhnya Siti Amynur Ain Putri Mohd Ameen Azaly.
Sebagai seorang manusia, saya pasti faham dengan perasaannya ketika ini. Siapa sangka dalam usia semuda ini, beliau telah kehilangan ibu dan sebelum itu ayah tersayang.
Kisahnya bakal memberi banyak pengajaran kepada kita yang masih punya keluarga.
1. Kanak-kanak ini memperolehi keputusan 5A dalam peperiksaan UPSR.
2. Ibunya meninggal semasa keputusan UPSR keluar.
3. Ibunya hanyalah seorang pencuci di hotel bajet murah.
4. Bapanya meninggal semasa beliau kecil.
5. Dia kini anak yatim piatu
Takdir menentukan beliau harus membesar tanpa kasih sayang dari mak dan ayah. Kadang-kadang kita terfikir juga, kanak-kanak seperti ini mampu memberi jiwa dan rasa, perasaan dan cita-citanya untuk menjadi seorang yang berjaya walaupun kisah hidupnya tidak seindah mereka yang hidup dalam kemewahan.
Kisah kejayaan memiliki keputusan cemerlang ini harus kita banggakan. Ia seharus menjadi satu motivasi berterusan untuk mereka yang ingin menjadi insan yang berjaya. Mungkin ia terlalu awal untuk mengatakan adik Siti Amynur mencipta nama sebagai seorang graduan yang cemerlang di universiti tetapi jika ada pihak yang mampu membantu pembelajaran adik ini, insya-Allah kejayaan demi kejayaan bakal diukir.
Pasti ramai lagi kanak-kanak yang senasib dengan adik Siti Amynur diluar sana. Tidak kira samada mereka anak yatim piatu atau miskin. Seharusnya kisah ini tidak mematah semangat anak-anak untuk berjaya.
Cuma kadang-kadang kita sedih juga. Ada sesetengah ibu bapa yang langsung tidak kisahkan pendidikan anak-anak. Tidak kira samada mereka kaya atau miskin. Bagi yang kaya, mereka hanya ada alasan sibuk dengan kerja. Tidak punya masa untuk pantau pembelajaran anak-anak. Bagi yang miskin pula punya alasan tidak mampu untuk berikan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak kerana tidak cukup wang.
Malah menjadi suatu kisah yang malang apabila mendapati ada juga bapa yang miskin ini tidak menghantar anak ke sekolah tetapi meminta sedekah di pasar-pasar malam. Atas alasan apa, si peminta sedekah sahaja yang tahu.
Kisah diatas mungkin bukan satu kisah yang MENAKJUBKAN buat anda.
tetapi…
Jika sekecil tidak bersamamu lagi… apa yang anda tinggalkan?




















































Are you a professional journalist? You write very well.
Baguslah kerajaan Negeri Sembilan prihatin dengan nasib adik ni.