Jika Malas Tapi Nak Kaya Macamana?

Nampaknya idea menulis semakin menjadi-jadi. Selepas sifu-lan “meniru” post saya, kini saya pula “ambil” idea dia menulis post.
Nampaknya idea menulis semakin menjadi-jadi. Selepas sifu-lan “meniru” post saya, kini saya pula “ambil” idea dia menulis post.
HAHA
Kenapa suka menjadi MALAS? Bukankah itu satu sikap yang negatif? Malas selalu dianggap sebagai satu sikap orang yang tidak suka berusaha. Mereka ini hanya tahu disuap, dimandikan, ditidurkan malah dipakaikan pakaian setiap hari.
Hari ini, adakah sikap MALAS itu hanya sesuai untuk perkara-perkara negatif sahaja? Itu persoalannya.
Jika blog anda tidak dikemaskini, ia mungkin bukan sebab MALAS, tetapi anda mungkin kehabisan idea untuk menulis. Tetapi jika anda MALAS + KEHABISAN IDEA, ia sama dengan = IDEA BLOCK!
Topik mengenai “Jika Malas Tapi Nak Kaya Macamana?” selalu menjadi rebutan orang. Semua orang mahukan satu jalan mudah tetapi menjamin hidup sehingga 7 keturunan.
Jika kita lihat di internet, banyak laman-laman web perniagaan samada menjual produk fizikal atau digital, program internet, perniagaan internet atau M-L-M menggunakan ayat seperti berikut:
“Ketahui bagaimana orang MALAS seperti saya menjana pendapatan hanya dari komputer riba”
“Ketahui bagaimana orang MALAS seperti saya menjana wang dari bilik tidur”
“ketahui bagaimana orang MALAS seperti saya menjadikan mesin duit ketika saya nyenyak tidur”
dan macam-macam lagi…
Dulu masa saya dalam usia remaja belasan tahun, ayah dan emak saya selalu marah kalau saya bangun lambat (tidur sampai matahari terpacak).
Ayah saya selalu cakap macam ni “MENTERI TU DAH BANGUN KE BELUM? DAH NAK TENGAHARI NI, KERJA TAK, APA TAK, NAK JADI PEMALAS KE APA? ESOK KAU KAWEN KAU TAHU LA MACAM MANA NAK TANGGUNG ANAK BINI?”
Sekarang?
Perkara MALAS tu masih lagi menghantui diri saya. Kini masa saya banyak dihabiskan di rumah, bukan di tempat kerja (bukan ke tak pergi kerja tu orang pemalas?).
Ya, memang saya malas nak berhadapan dengan traffik jem dan tekanan kerja dari majikan. Sebab itu saya bekerja dari rumah.
Sewaktu “zaman” saya bekerja dengan orang lain, saya selalu berfikir kenapa ramai pelancong asing datang ke Malaysia dan mereka menghabiskan cuti terlalu lama keluar dari negara mereka.
Adakah mereka ini pemalas dan suka habiskan masa buang wang ringgit macam tu je?
Sejak itu saya sering tertanya-tanya dan kini barulah saya dapat jawapannya.
Salah satu sebabnya mereka mempunyai beberapa pendapatan PASIF INCOME. Pendapatan ini telah menyebabkan mereka menjadi “MALAS” dimata umum, sebaliknya mereka menjadi kaya dengannya.
Di internet, sama juga. Saya melihat dan menjumpai ramai kawan-kawan yang cuba memendekkan masa bekerja. Jika boleh mereka yang mahu bekerja 2 jam sahaja dari 8-5 jam.
Selebihnya mereka inginkan KEBEBASAN MASA.
Masa untuk bersama keluarga
Masa untuk beriadah
Masa untuk beribadah
Masa untuk berkebajikan
dan sebagainya…
Contohnya saya mempunyai wang tetapi saya tidak mahu menulis ebook mengenai kewangan tetapi saya mengupah orang menulis dan membina laman web jualan. Web ini juga disertakan sekali dengan sistem autopilot pemasaran.
Selepas ebook ini siap. Saya pun melancarkan ebook ini di internet. Oleh kerana saya telah melantik ramai agen-agen (affiliate) untuk mempromosikan ebook ini. Saya bakal mendapat jualan secara automatik dan wang bakal masuk ke dalam akaun saya berterusan tanpa henti.
Sebab itulah kenapa ada beberapa usahawan internet menulis banyak ebook yang berbayar kemudian mampu tersenyum dari depan komputer ribanya (walaupun dia sedang nyenyak tidur).
Anda boleh menjadi MALAS tetapi perlulah menjadi seorang yang BIJAK untuk menjadi KAYA.
Itu salah satu caranya. Ada banyak lagi cara untuk mencipta PASIF INCOME anda AUTOPILOT INCOME.
Sudah dapat gambaran apa yang ingin saya tulis?
Sphere: Related Content



















































bro punya e-book dah kat pasaran ke?
skrg ni bnyk org tipu,jual e-book tapi hapah satu tak menjadi…plz e-mail sy.
Apa pun, kau lebih rajin berkebun dari aku.. Hahahaha.
antiskema: rujuk http://kuasalelong.com
lan: berkebun tu untuk kecerdasan minda selepas penat bekerja.
Alamak…aku ketiduran dlm kegelapan..
ya, betul bro, kita bisnes online guna buang malas..kalo tak sampai bila pun susah
Shahraduan: jgn tidur lama-lama. nanti sakit kepala.
Zaman telah berubah.. Pemalas menjadi jutawan.
(Smart work is better than hard work)