Teknik Money On Demand Hasilkan Pendapatan Lumayan!
Salam hormat semua,
Saya ingatlah masa tahun 2005 saya mula berjinak-jinak dengan perniagaan internet (waktu tu masih lagi bekerja makan gaji), saya bukanlah memiliki ilmu perniagaan internet yang hebat.
Saya bayangkan dengan hanya dapatkan produk dan letakkan di dalam web saya, kemudian minta orang lain beli itu adalah cara yang paling mudah untuk berjaya. Yelah, ramai usahawan internet ketika itu berkata, internet ini mempunyai ramai pengguna.
Jika 10 orang dari 1 juta pengguna internet ketika itu membeli produk saya pun dah kira cukup berbaloi. Rupanya saya lakukan kesilapan. Ya! Satu kesilapan yang besar.
Sebenarnya saya lupa untuk belajar bagaimana untuk menjalankan promosi (pemasaran) di internet. Walaupun saya memiliki satu produk yang hebat ketika itu, jika saya tidak tahu bagaimana untuk jalankan promosi, tidak akan ada seorang pun yang mungkin akan membeli produk saya.
Ini lah perkara paling berharga buat saya semasa membina bisnes di internet iaitu saya telah belajar bagaimana untuk memasarkan produk di internet.
Saya ada seorang rakan juga memberikan pendapat yang sama. Beliau juga percaya dengan mempelajari ilmu pemasaran internet, seseorang itu mampu menjual sesuatu produk dengan mudah. Sebab itu lah beliau nyatakan “tidak apa yang lebih berharga dari pelajaran lain selain belajar mempromosikan produk di internet”
Kenapa beliau boleh berkata begitu?
Katanya lagi, “jika saya tahu bagaimana caranya mendapatkan orang melawati laman web saya, saya boleh jadikan mereka pembeli sesuatu produk”
Tetapi, setiap produk yang dijual mungkin ia mempunyai golongan sasaran yang berbeza. Walaupun saya mempunyai produk sendiri tetapi tidak tahu bagaimana untuk menarik pelawat supaya hadir ke laman web saya untuk lihat apa yang saya jual, bermakna usaha saya hanya sia-sia sahaja kerana tidak ada siapa yang mahukan produk saya itu apatah lagi untuk membelinya.
Dalam perniagaan internet, produk yang dihasilkan telah jatuh nombor dua dan menjalankan promosi sudah menjadi satu perkara utama atau nombor satu! Bagi anda yang ingin menghasilkan pendapatan dengan menjual produk, syor saya sebelum anda mencipta produk anda sendiri untuk dijual, sebaiknya anda belajar bagaimana untuk mempromosi sesuatu produk itu terutama sekali produk orang lain.
Jika anda merupakan penjual di eBay yang menggunakan dropshipping, ia sama juga kaitannya dengan anda menjadi penjual untuk produk orang lain di internet (jadi affiliate).
Selepas saya tahu dan belajar kaedah promosi pada tahun 2005, anda produk pertama yang mula saya jual ialah produk dari sahabat saya iaitu produk maskahwin.com. Saya mula menghasilkan pendapatan awal bukan dari produk saya sendiri tetapi hasil dari produk orang lain. Ini bermaksud saya menghasilkan pendapatan tanpa menjual sebarang produk pun…
1. Anda tidak perlu jual produk sendiri untuk jana pendapatan di internet
2. Anda boleh jual produk orang lain dan kaut komisyen jualan tersebut.
Ha… garu kepala ke?
Ya! tak semestinya untuk menjalankan bisnes di internet, anda perlukan produk sendiri. TIDAK SEMESTINYA!
Jika anda ingin berjaya menghasilkan komisyen hasil dari produk anda lagi, anda perlu belajar kaedah promosi berkesan dan selepas anda sudah mahir, selepas anda dapat melihat keberkesanannya, barulah anda aplikasikannya dalam perniagaan internet.
Kebanyakan orang gagal menghasilkan pendapatan di internet adalah kerana mereka masih tercari-cari apakah produk hangat yang mereka nak jual, sedangkan sepatutnya mereka cari ialah bagaimana sebenarnya saya boleh mempelajari kaedah promosi yang berkesan di internet sehingga ia mampu memberi pendapatan.
Dalam laporan yang diterbitkan rakan saya iaitu Zamri Nanyan telah menunjukkan kaedah pemasaran yang paling efektif bagaimana beliau sendiri menjalankan promosi untuk produk orang lain kemudian menghasilkan income yang lumayan.
Saya telah pun melihat modul-modul tersebut dan kebanyakkannya telah saya praktikkan dan dari usaha saya itu, saya telah menghasilkan beribu ringgit hasil dari mempromosi produk orang lain.
Ya, benar!
Modul ini amat-amat membantu saya memantapkan skill menjalankan promosi secara berkesan. Terutama dalam menghasilkan pendapatan dari program affiliate ternama seperti GDI dan sebagainya.
Saya syorkan kepada anda! Jika anda mampu mempelajari sesuatu yang baik, dapatkan infomasi dan ilmu berharga dari seorang guru yang baik.
Modul #1 – Video Asas Pemasaran Affiliate
Modul ini memang menarik minat terutama mereka yang tidak faham langsung apa itu pemasaran internet tanpa produk sendiri.
Dalam modul ini sahaja ada 5 video yang disediakan supaya ianya lebih mudah untuk anda belajar. Jika tak faham boleh ulang video dan tonton semula.
Modul #2 – Lima Kaedah Pemasaran Yang Terbukti Berkesan
Video ini sahaja telah membuktikan keberkesanan semasa menjalankan promosi di internet. Malah anda boleh mempelbagaikan kaedah pemasaran online anda berpanduan video-video ini. Hebat!
Saya sendiri telah praktikan 4 daripada 5 kaedah pemasaran ini dan impaknya memang menyeronokkan. Senjata pemasaran ini banyak digunakan oleh usahawan-usahawan internet yang lain untuk menjana lebih 4 angka sebulan.
Modul #3 – Teknik “Money-On-Demand”
Untuk pengetahuan anda, teknik ini merupakan antara teknik yang paling saya suka. Telah berkali-kali saya praktiskan teknik ini dan hasilnya umpama mesin duit yang mengalir semasa kita nyenyak tidur! Jika anda tanya usahawan internet seperti Razif Yusof, Labanon, Ammar Zahar, Mawardee atau Smartzul, mereka juga pasti akan bercakap benda yang sama.
Mereka akan hantar email sebelum tidur, kemudian pada esok harinya mereka semak akaun affiliate dan mendapati mereka berjaya menghasilkan komisyen jualan!
Jika anda ingin menguasai teknik ini, anda amat perlu dapatkan modul ini. Saya hanya mampu kata anda KERUGIAN jika tidak merebut peluang memiliki modul ini.
Itu cerita pasal modul-modul yang banyak membantu saya. Mungkin anda rasa tak cukup dengan modul tersebut. Hari ini berita baik untuk anda yang bertindak pantas. Anda boleh mempelajari lebih banyak lagi jika anda menyertai seminar PERCUMA mengenai semua rahsia ini apabila anda mendapatkan kesemua modul-modul yang saya maksudkan di atas.
Untuk menyertai seminar ini anda perlu keluarkan modal RM1,299. Anda boleh bayar yuran penyertaan ini jika anda mampu. Tetapi jika anda ingin jimatkan wang anda dan sertai seminar ini PERCUMA, caranya dapatkan modul tersebut melalui link ini.
Di seminar itu nanti, anda bukan sahaja bakal berjumpa dengan Zamri Nanyan! Besar kemungkinan anda akan jumpa nama-nama hebat lagi seperti Razif Yusof, Mawardee, Ammar Zahar, Labanon atau mungkin Noorizam Shah juga
Anda bukan berjumpa dengan seorang pakar, mungkin anda bakal menjumpai ramai pakar-pakar lain!
P.s: Siapa yang dapat modul diatas melalui link yang saya berikan ini, anda akan saya jemput minum sepetang bersama dan saya akan sharekan tips berharga eBay yang ramai orang tidak tahu.




















































Produk keluaran Zamri kali ini memang hebat. Ditambah lagi dengan bonus percuma ke seminar untuk bertemu dengan otai-otai IM macam Noorizam sendiri. jangan lepaskan peluang.