Tulis La Apa Yang Anda Ingin Tulis

Jika anda ingin memulakan aktiviti menghasilkan wang melalui blog, anda seharusnya sering menulis.
Untuk menghasilkan pendapatan yang bagus melalui blog, ia tidak cukup dengan tampal iklan kemudian klik iklan sendiri atau minta orang lain klik iklan yang kita letak dalam blog.
Untuk menjadi seorang blogger atau penulis blog yang bagus, ia tidak boleh hadir dalam sekelip mata kecuali anda memang seorang pengarang atau penulis kertas jawapan SPM gred satu!
Saya ambil contoh, jika anda ingin menjana pendapatan sebagai publisher http://www.nuffnang.com.my“>Nuffnang, anda perlu memiliki sebuah blog dan ia mestilah diisi dengan content yang baik.
Setidak-tidak post itu menceritakan seperti berikut:
Saya mempunyai seekor kucing yang cantik dan saya telah pelihara kucing ini…
dan bukan content seperti ini:
%$# VEa #4%*&% (Jy!2vMN UKig%$3
Tulislah apa juga topik yang anda rasa patut dan bukannya merapu atau hanya tinggalkan blog yang kosong tanpa isi tetapi penuh dengan iklan-iklan BUAT DUIT.
Jika anda tidak tahu untuk tulis apa, anda boleh dapatkan idea-idea menulis dengan membaca blog-blog orang lain. Tidak kesah blog itu cerita pasal ikan peliharaannya mati, kereta kancilnya berwarna pink, saham kelapa sawit merundum jatuh, ceramah politik tidak mendapat sambutan, penyanyi idola kena tipu dengan pengurus artis atau mungkin topik mengenai perniagaan internet itu bukan skim cepat kaya!
Baca kemudian dapatkan idea. Anda boleh menulis samada atas pengalaman anda sendiri atau ia sememangnya 100% ciptaan khayalan anda sahaja.
Jika anda sudah tahu memetik keyboard komputer ini, bermakna anda sudah tahu bagaimana untuk menyusun ayat dalam blog anda.
Apabila anda sentiasa dan terus menerus menulis blog, segala patah perkataan ini akan dijejak oleh enjin pencari seperti Google dan Yahoo. Besar kemungkinan topik-topik yang anda tulis itu akan berada di muka surat utama enjin pencari.
Secara tidak langsung, anda bakal perolehi pelawat tak diundang secara percuma! Tanpa perlu menggadaikan wang ringgit untuk melakukan promosi sehebat syarikat besar. Itu salah satu bagaimana anda boleh mendapatkan traffik dengan cara mudah dan berkesan tetapi menjimatkan.
Ingat, setiap apa yang anda lakukan dan lihat setiap hari itu juga boleh dijadikan topik atau cerita dalam blog anda.
Manusia itu tidak pernah jemu mencari ilmu kecuali mereka MALAS!
Jumpa lagi,
Noorizam Shah
Nota: Gambar kredit kepada Jehzlau-concepts.com
Sphere: Related Content



















































Yay. thanks for using my image and for the link back
Ya..sememangnya untuk menjadi seorang blogger kena sentiasa ada idea menarik untuk dikongsi kepada pembaca bukan merapu dalam blog sendiri. Apa gunanya blog jika kita tidak kreatif dalam penulisan. Apa2 pun terima kasih kepada sifu noorizam shah. Panduan berguan kepada semua blogger.
Faiz: saya mendapat idea menulis topik ini selepas saya baca salah satu topik dalam blog imotivasi.com
Huh.. macam tu rupanya.. terima kasih untuk idea yang sesimple ini. Perkara yang simple pun kadang-kadang kita boleh lupa sebab kekangan minda yang selalu pikir nak buat benda advance advance ni hehe.. terima kasih sekali lagi sedara noorizam!
NMD : sekarang dah dapat idea menulis?
Artikel yang menarik utk sy, muka baru dlm dunia blog ni..Thx..http://www.courfeeblend.blogspot.com