Top 25 Facebook Games Untuk Bulan Oktober, 2009
November 18th, 2009, by Noorizam Shah

Top 25 Facebook Games Untuk Bulan Oktober, 2009

Bagi anda yang suka melayari laman sosial Facebook seringkali anda akan dipelawa oleh rakan-rakan anda untuk menyertai atau bermain permainan online. Bagi mereka yang menggemari permainan online, kebanyakan games yang ada di Facebook adalah percuma dan anda boleh memilih siapa rakan/jiran untuk bermain bersama-sama.

Saya bukanlah seorang yang begitu serius bermain permainan online. Pada awalnya saya langsung tidak menghiraukan pelawaan rakan-rakan di Facebook tetapi apabila melihat ada rakan-rakan yang saya kenal juga bermain permainan ini, barulah saya teruja untuk ketahui bagaimana untuk menggunakan aplikasi permainan ini.

Kebanyakan permainan online di Facebook menggunakan grafik yang tinggi. Jika komputer atau laptop anda tidak mempunyai grafik kad yang cukup untuk menampung permainan ini, ia pasti amat menghampakan anda.

Anda pasti akan bertambah teruja, kebanyakan karektor permainan online ini adalah “hidup” dan “live”. Sebab itu kenapa saya juga “terjebak” dalam permainan game Farmville!

Sekarang ini kalau saya pergi ke mana-mana dan jika melihat seseorang menggunakan komputer atau laptop di kedai-kedai jualan, pasti saya akan melihat mereka ini leka bermain permainan online di Facebook! Entah-entah, anda juga sedang bermain games kan? ;)

Jika anda lihat pada carta yang dipaparkan di atas (anda boleh rujuk web InsideSocialGames.com untuk review selanjutnya) antara permainan online yang popular sehingga bulan Oktober 2009, Farmville berada di tangga yang pertama dengan mencatat penambahan penyertaan sebanyak 18,015,035 ahli. Ia diikuti Mafia Wars hampir 7 juta tambahan penyertaan.

Bagi anda yang pertama kali memiliki akaun Facebook dan ingin menambah keseronokan masa lapang, menghilangkan tekanan, meredakan kebosanan, permainan online di Facebook mungkin boleh membantu anda!

Apa pun, pastikan ia tidak meningkatkan sikap cuai anda dalam menjalankan tugas dan mengabaikan tanggungjawab anda kepada keluarga!

Jumpa lagi,

Noorizam Shah

Nota: Jika anda ada akaun facebook dan ingin menjadikan saya sebagai rakan anda, sila add saya di http://www.facebook.com/noorizam

Sphere: Related Content

2 comments Subscribe Comments

  1. Mula-mula main games macam best. Dah lama-lama rasa macam bosan pula. Maklumlah dah level tinggi, makin banyak nak kena jaga!

    :)

  2. main mafia wars aje. Hehe..


Add your comment