Kenapa Anda Perlukan Program Affiliate
November 14th, 2009, by Noorizam Shah

Kenapa Anda Perlukan Program Affiliate

Mempromosikan produk affiliate merupakan satu cara termudah untuk menjana pendapatan pertama anda di internet. Ini kerana anda tidak perlu mencipta produk anda sendiri dan kebanyakan program affiliate sudahpun menyediakan bahan promosi yang anda boleh guna terus. Ini semestinya menjadikan hidup anda mudah.

Sekiranya anda ingin mencipta produk untuk dijual, mungkin anda boleh lakukannya apabila
anda sudah mempunyai sedikit pengalaman di dalam pemasaran affiliate.

Kenapa?

Kerana sekiranya anda mempunyai produk sendiri, anda juga perlu mempunyai kemahiran mempromosikan produk. Sekiranya anda gagal mempromosikan produk anda, tak kiralah sehebat
mana pun produk anda, anda mungkin akan gagal menjana sebarang pendapatan atau jualan.

Itulah sebabnya saya katakan bahawa bermula dengan mempromosikan produk orang lain dan
mendapat komisyen jualan daripada produk tersebut adalah salah satu cara terbaik untuk
mendapat wang pertama anda di internet. Selepas anda menjadi affiliate, terpulang kepada
anda untuk mencipta produk anda sendiri kerana pada masa ini, anda sudahpun tahu bagaimana untuk mempromosikan produk anda (berdasarkan pengalaman anda mempromosikan produk orang lain).

Jadi, sekiranya anda ingin menimba pengalaman menjadi affiliate, anda perlu serba sedikit
tahu jenis-jenis program affiliate yang terdapat di internet. Ini penting kerana anda mungkin
perlukan strategi yang berbeza sekiranya anda mempromosikan produk affiliate yang lain jenisnya.

Secara ringkasnya, terdapat 3 jenis program affiliate.

1. Pay-Per-Sale (Dibayar berdasarkan jualan)
2. Pay-Per-Lead (Dibayar berdasarkan jumlah pelawat ke laman web)
3. Pay-Per-Click (Dibayar berdasarkan klik ke laman web yang diiklankan di laman web anda)

Selepas anda kenali jenis program yang anda ingin sertai, barulah anda mula menyusun strategi untuk mempromosikan produk affiliate tersebut.

Sebagai contoh, anda perlukan laman web untuk mempromosikan program pay-per-click tetapi untuk program pay-per-sale, adalah lebih efektif untuk anda menggunakan pemasaran email untuk mendapatkan hasil yang optimum.

Artikel ini ditulis oleh: Zamri Nanyan

Sphere: Related Content

2 comments Subscribe Comments

  1. terima kasih,nasihat yang bagus xde-la org baru baru nak terus buat product dan xtau nak buat pemasaran…

    TQ:.noorizamshah

  2. izani: sama-sama kembali. :)


Add your comment