Hantar Email Ini Kepada Prospek Yang Lawati Laman Web GDI Anda Tapi Tak Daftar Sebagai Ahli
October 12th, 2009, by Noorizam Shah

Hantar Email Ini Kepada Prospek Yang Lawati Laman Web GDI Anda Tapi Tak Daftar Sebagai Ahli

Sekiranya anda mendapat email daripada GDI yang bertajuk:

“A missed signup you should know about! . . . ”

Ini bermakna orang yang melawati laman web anda telahpun diperkenalkan dengan peluang pendapatan GDI. Cuma mereka belum daftar menjadi ahli. Jadi, apa yang perlu anda lakukan ialah teruskan komunikasi anda dengan mereka supaya mereka mengenali anda. Gunakan konsep K-S-P (Kenal – Suka – Percaya) untuk meyakinkan prospek anda yang anda adalah orang biasa seperti mereka. Dapatkan kepercayaan mereka untuk menyertai GDI di bawah anda dengan cara menjadikan mereka lebih kenal dan seterusnya suka dengan cara penyampaian bisnes ini kepada mereka. Di internet, cara yang dilakukan ialah dengan menghantar beberepa email kepada mereka dari masa ke semasa.

Di bawah ialah sampel email yang anda boleh gunakan yang saya juga gunakan untuk prospek saya. Anda boleh ubah mana yang perlu, seperti menukarkan link ke affiliate link GDI anda dan juga nama dan email anda.

************

tajuk email : Terima kasih kerana melawati laman web GDI saya!

kandungan email:

Salam hormat!

Terima kasih kerana melawati laman web affiliate
GDI saya.

Saya gembira kerana anda telahpun mengambil langkah
pertama untuk mengenali peluang pendapatan daripada
internet ini.

Sebelum itu, saya perkenalkan kepada anda siapa
saya dahulu.

Nama saya Noorizam Shah dan saya tinggal di Subang Jaya.
Seperti anda, selepas saya menonton video yang
disediakan oleh GDI, saya dapati peluang menjana
pendapatan melalui GDI merupakan cara yang paling
mudah dan murah untuk diaplikasikan untuk sesiapa
sahaja.

Jika saya menyertai GDI selepas yakin dengan video
yang disediakan, anda juga boleh meyakinkan orang
lain untuk sertai GDI pada masa akan datang.

Tetapi, terlebih dahulu, anda perlu juga mengenali
GDI dengan lebih dekat dahulu walaupun saya pasti
anda juga teruja dengan video GDI yang anda telah
tonton sebelum ini.

Jadi…

Saya galakkan anda menyertai GDI sendiri. GDI
berikan akses PERCUMA selama 7 hari kepada anda.

Pada masa ini, anda lihat sendiri potensi peluang
menjana pendapatan melalui internet ini. Orang kata

“pengalaman lebih baik daripada pelajaran
secara teori”.

Jadi, jangan lepaskan peluang ini.

Daftar sebagai ahli GDI di:

http://www.facebook.com/group.php?gid=132370351518

Saya tahu ramai yang mempromosikan bisnes internet
(ada yang kadang-kadang tu, entah betul ke tidak
bisnes yang ditawarkan).

Oleh itu, saya yakinkan kepada anda yang saya adalah
orang yang bukannya berselindung di sebalik email
sahaja untuk membina bisnes jangka masa panjang ini.

Email kepada saya di contact [at] noorizamshah.com
dan saya akan jawab sebarang soalan anda mengenai
GDI. Jika anda sudah sertai GDI, saya akan perkenalkan
lebih ramai lagi ahli GDI di dalam kumpulan saya.

Inilah baru dikatakan bisnes internet berkumpulan
sebenar.

Jangan tunggu lama lagi. Saya dan rakan-rakan GDI
yang lain sedang menunggu anda.

Sertai GDI di link di bawah:

http://www.facebook.com/group.php?gid=132370351518

Saya akan menghubungi anda sebaik sahaja anda telah
selesai mendaftar.

Semoga GDI dapat memberikan pendapatan yang lumayan
untuk anda.

ikhlas,

Noorizam Shah

ps. anda perlu ada kad debit/kredit atau PayPal
untuk sertai GDI. Jika anda belum ada kad debit,
anda boleh mohon kad debit Visa dari Public Bank,
Maybank atau Al-Rajhi Bank.

Sphere: Related Content


Add your comment