Seminar, Personal Coaching dan Workshop eBay
Salam hormat semua,
Nampaknya bulan Oktober ini saya lebih sibuk dengan aktiviti di luar terutamanya sesi seminar, workshop dan personal coaching.
Akaun eBay saya pula kini diuruskan oleh isteri saya dan untuk membungkus produk saya kini mengupah 2 orang pekerja untuk membantu. Kini saya rasa selesa bekerja dari rumah tanpa memiliki pejabat di luar. Lebih senang rasanya menjalankan perniagaan dari rumah. Cukuplah pengalaman pertama menjalankan perniagaan dengan rakan kongsi yang tidak menjadi. Akibatnya memakan diri.
Mungkin saya dan isteri serasi bekerjasama berbanding membuka perniagaan dengan orang lain. Sebab kadang-kadang rakan kongsi ini susah nak faham perangai, maklumlah cakap kadang kala tak serupa bikin. Hari ini cakap A, esok cakap B
Saya berbesar hati sekali lagi dapat bekerjasama dengan ES team di eBay OnRamp Workshop di Matrade khamis lalu dan sekali lagi insyaAllah workshop tersebut akan disambung pada hari Jumaat depan.
Bermula minggu depan juga, saya mula memberi Personal Coaching kepada individu-individu yang berminat dan peluang yang datang pasti tidak akan disia-siakan bagi mereka yang ingin mengecapi kejayaan dalam perniagaan di eBay.
Saya juga dalam perancangan untuk memiliki website khusus untuk seminar dan workshop eBay. Saya akan maklumkan apabila ia siap nanti.
Jumpa lagi.
NS
Sphere: Related Content



















































Betul,rasanya lagi mudah bekerjasama dengan family members dr org luar tp ade pro and con jugala..Nampaknya bizz sifu semakin hari semakin berkembang,all the best..wish me luck too for ebay bizz,ebook dah baca n praktis..Ada hajat tuk join ebay workshop or personal coaching utk tambah lg ilmu didada tp belum berkesempatan..