Bagaimana Untuk Membeli Belah Di eBay
September 27th, 2009, by Noorizam Shah

Bagaimana Untuk Membeli Belah Di eBay

Hari ini semakin ramai pengguna di internet berpengalaman membeli belah di laman web online. Antara laman yang paling popular untuk membeli belah ialah eBay. Antara laman web eBay yang popular ialah eBay.com, eBay.com.au, eBay.co.uk dan eBay.ca. Di Malaysia juga mempunyai laman web eBay untuk pasaran tempatan iaitu eBay.com.my.

Ketika tahun 1995, waktu eBay mula diperkenalkan kepada umum, banyak produk-produk yang sukar dijumpai banyak dijual di laman web eBay. Ada yang menjual pen, DVD, pakaian, aksesori perhiasan sehinggalah kepada kenderaan.

Berdasarkan fakta dari eBay, sebanyak 6.1 juta produk disenaraikan setiap hari dan ini menggambarkan betapa banyaknya produk dijual di laman web eBay di seluruh dunia.

Bagi anda yang tidak pernah berpengalaman melayari laman web eBay, ini berita baik untuk anda membacanya disini. Untuk melihat produk-produk yang disenaraikan di laman web eBay dari seluruh dunia, anda tidak perlu membuka sebarang akaun disana.

Hanya lawat mana-mana laman web eBay dan terus membuat carian produk yang ingin anda cari. Maklumat-maklumat produk akan dipaparkan kepada anda secara terkini. Anda boleh melihat produk yang baru disenaraikan, yang bakal tamat tempoh senaraian, produk yang berharga rendah dan sebagainya.

Andaikan anda menjumpai produk yang anda inginkan, jika anda mahu membelinya maka perlu anda mendaftar di web eBay untuk mendapatkannya. Untuk mendaftar sebagai pembeli, anda boleh mendaftar dimana-mana laman web eBay. Menggunakan satu ID pengguna, anda boleh masuk ke mana-mana laman web eBay yang lain tanpa sebarang masalah.

Saya mengambil contoh bagaimana proses untuk membuat pembelian di laman web eBay. Katakan anda merupakan pengumpul stem dan anda ingin mencari dan membeli stem-stem samaada terpakai atau pun yang baru, mungkin tiada lagi dalam simpanan koleksi anda.

Anda melayari laman web eBay Malaysia dan mula mencari dan memilih stem-stem yang menjadi pilihan. Katakan ada seorang penjual bernama Osman ada membuat senaraian stem-stem dari Hong Kong dan Amerika Syarikat dan anda menemui stem-stem yang dijual oleh Osman di eBay Malaysia.

Dari senaraian tersebut, Osman memilih format lelongan dan terdapat beberapa orang membida stem milik Osman termasuklah anda. Selepas tamat tempoh lelongan, anda diumumkan sebagai pemenang bidaan dan anda menerima emel dari eBay memaklumkan anda sebagai pemenang untuk stem-stem tersebut dan disertakan juga maklumat kaedah untuk membuat bayaran kepada Osman.

Osman juga turut menerima emel dari eBay menyatakan bahawa anda telah memenangi stem-stem miliknya. Selepas anda membuat bayaran kepada Osman, beliau pula membungkus stem dengan baik dan menghantar pesanan tersebut kepada alamat yang anda kirimkan kepada Osman.

Anda dan Osman saling berhubung di emel memaklumkan status penghantaran tersebut. Selang beberapa hari, anda telah terima stem yang anda beli di eBay dengan selamat.

Begitulah gambaran kasar bagaimana anda ingin membuat pembelian di laman web eBay. Diharap anda dapat satu pengalaman baru dengan mencuba laman web eBay hari ini!

Jumpa lagi!

Sphere: Related Content

6 comments Subscribe Comments

  1. Salam, untuk register sebagai seller di ebay Malaysia. Saya ada diminta untuk mengisi maklumat akaun bank dan saya menggunakan Maybank. Cuma saya tak pasti tentang SWIFT code untuk maybank. Macam mana nak dapat maklumat pasal code tu?

  2. dazz: jika maybank KL, swift code ialah MBBEMYKL

  3. sekarang ini pun, ebay nak upgrade
    pelbagai polisi
    dengan harapan dapat kurangkan kes scam
    dalam jual beli di ebay terutamanya
    terhadap buyer dari ebay sendiri

  4. kalau barang elektronik
    saya banyak shopping kat lelong banding kat ebay

  5. http://www.mySVR2u.net/0127945628

    Dimensi baru dunia membeli belah telah tiba..

    shopping sambil menjana pendapatan

  6. betul tu berita semasa.Kdg2 cust nie ade yg betul2 jujur n tak..pastu kita pulak dah kompius pastu x tau sape yg betul2 jujur n tak..tgk nasib,mujur kdg2 jer berlaku..


Add your comment