Pindah Rumah, Pindah Server
Selamat berbuka puasa semua!
Selamat menunaikan terawih juga!
Saya baru sahaja balik dari Perak. Penat pun tak hilang lagi. Maklumlah pandu kereta sendiri. Bulan puasa ni, alhamdulillah rezeki tak pernah putus. Jualan di eBay pun baik dan hari ini terima bulk order produk fizikal dari Australia. Bayaran pun dah terima. InsyaAllah, esok saya akan pos barang tu.
Esok, pagi-pagi saya akan bertolak ke Kuala Lumpur. Ada program seminar anjuran MATRADE dan sudah semestinya esok adalah seminar eBay khusus untuk ahli perniagaan.
Kehadiran dijangkakan seramai 200 orang dan tempat rasanya dah penuh kot. Sepatutnya saya kena hadir ke lawatan tapak bersama team eBay dan Paypal Singapura. Memandangkan masa tak mengizinkan, saya akan hadir pada esok hari sahaja.
Selepas habis sesi di MATRADE, hari berikutnya pada 10hb dan 11hb September, sesi Personal Coaching eBay pula akan diadakan. Bagi yang belum lagi membuat tempahan, sila berbuat demikian lebih awal kerana tempat adalah terhad.
Hari raya ini mungkin saya tak sempat nak buat persiapan kerana sedang sibuk untuk berpindah ke rumah baru. Alhamdulillah, rezeki dapat juga berpindah ke rumah yang sedikit besar berbanding sekarang.
Bulan ini juga saya merancang untuk pindahkan NoorizamShah.com ke server baru. InsyaAllah server baru nanti akan ditaja sahabat saya, sifu Lan. Terima kasih sahabat!
Diharap dengan berpindah ke rumah baru dan server baru, NoorizamShah.com akan terus berkembang dan sukses dalam apa juga yang dilakukannya!
Noorizam Shah
Sphere: Related Content



















































wah dah pindah rumah baru,rezaki makin bertambah ye…tahniah norizam ..saya bila lagi nak merasa rumah baru nie…
syukur-syukur….InsyaAllah dalam masa terdekat akan saya book untuk sesi personal coaching bersama En.Noorizam….Ebay adalah target kedua yang besar dan akan sy teroka habis2…buat masa ni tgh sibuk la pulak nak siapkan website kdua 300biz…moga dapat bertemu dgn En.Noorizam secepat yg mungkin…InsyAllah..Selamat berpindah kerumah,hosting baru…
psst…baru2 nie website sy dihacked oleh matrempit hackers n bnyk lg website2 lain turut dihack oleh hackers2 luar dan menyebabkan datacenter trpksa mmbuat pertukaran ip2 server…3hari jgkla prob nk login cpanel…huhu..
patut byk beli kotak..hohoho..
anyway tahniah to en noorizam