Rebut Peluang Personal Coaching eBay bersama saya di Melaka!
September 3rd, 2009, by Noorizam Shah

Rebut Peluang Personal Coaching eBay bersama saya di Melaka!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Alhamdulillah, beberapa hari lagi dah nak masuk setengah bulan umat islam berpuasa. Sedar tak sedar tak lama nak berhari raya. Saya pula tengah sibuk mengemas rumah. Orang lain sibuk nak persiapan hari raya, saya pula sibuk nak pindah masuk ke rumah baru. Banyak barang yang nak kena pindahkan. Owh. Kalau tak sempat, kena la masuk ke rumah baru selepas raya.

Semalam ada seorang bekas peserta sesi personal coaching eBay yang ikut sesi minggu lepas dah kirimkan berita gembira. Beliau berjaya perolehi jualan pertama beliau di eBay. Masalahnya dia tak tau macam mana nak hantar maklumat bayaran kepada pelanggan.

Untuk makluman semua,

Sistem di eBay boleh mengautomasikan maklumat bayaran dan setiap kali adanya jualan, penjual tidak perlu menghantar maklumat bayaran atau kaedah bayaran kerana sistem di eBay boleh melakukannya. Jadi, anda perlu semak dalam akaun paypal dan bank anda jika terdapat sebarang transaksi wang masuk. Ataupun semak sahaja email kerana mesej transaksi juga akan dikirimkan ke email anda.

Mudah kan?

Berbalik kepada topik di atas,

Untuk makluman rakan yang berada di Melaka atau disekitarnya, jika anda berminat untuk menyertai sesi Personal Coaching eBay di Melaka, inilah peluang keemasan anda kerana saya akan berada di Melaka pada 5hb 09 2009 iaitu pada hari Sabtu ini!

Fee Sesi personal coaching terkini ialah RM999.00 dan hanya diadakan di Lembah Klang. Seperti biasa, sesi bulan lepas full seat!

Berita baik untuk mereka yang berada di sekitar Melaka, jika anda ingin sertai sesi pada Sabtu ini, anda LAYAK untuk mendapat harga ISTIMEWA (bukan RM999.00 ya!) malah anda akan perolehi bimbingan berterusan sehingga berjaya menghasilkan jualan di ebay.

Berapa harga sesi ini? Sila hubungi saya segera dengan klik sini. Butiran lanjut akan saya maklumkan melalui emel atau panggilan telefon.

Sebelum itu…

Sesi ini dibuka kepada mereka yang betul-betul berminat dan bersungguh-sungguh untuk menghasilkanpendapatan di eBay sahaja.

Ini bukan sesi pelaburan haram, skim cepat kaya, skim piramid atau skim labur duit kemudian duduk diam dapat duit.

Jika berminat, hubungi saya segera kerana tempat terhad kepada 3 orang sahaja! (KOUTA MUNGKIN PENUH BILA-BILA MASA SAHAJA DARI SEKARANG)

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 4hb 09 2009 jam 11.00 malam!

Jumpa anda disana!

Noorizam Shah

Sphere: Related Content

5 comments Subscribe Comments

  1. Masih tak da rezeki untk ikut serta PC saudara Noorizam..agaknya boleh tak Saudara Noorizam bagi pembayang sedikit tentang apa yang ada pada PC..kalau setakat basic eBay agaknya masih boleh blja dri pembcaan..

  2. ingat nak cuba juga bisnes ebay ni,tapi belum ada masa lg…coming soon

  3. ekha: kalau ada basic boleh belajar dari pembacaan atau praktik melalui pengalaman sendiri. :) Sesi ini fokus kepada mereka yang ingin pelajari lebih byk info dan maklumat yang mungkin tidak dapat dalam pembacaan ebook dan buku.

  4. -tempat penuh-

  5. InsyaAllah saudara Noorizam..saya akan cuba sertai PC saudara..just masa & wang yang menentukan..


Add your comment