Bagaimana Memilih Polisi Insuran Anda?
August 9th, 2009, by Noorizam Shah

Bagaimana Memilih Polisi Insuran Anda?

Berikut adalah tip ringkas dari seorang rakan saya yang berkerja sebagai agen insuran (insurance).

1. Kenalpasti bajet anda untuk memiliki insurans.
Anda boleh memiliki insuran serendah RM60.00 sebulan termasuk simpanan tetap anda. Ada yang lebih rendah daripada tu ke?

2. Kenalpasti jenis perlindungan yang anda kehendaki.
Kenalipasti sebab kenapa anda perlu mengambil insuran (insurance). Adakah anda berisiko untuk terlibat dengan kemalangan ditempat kerja atau jalanraya. Ataupun anda terdedah dengan penyakit kritikal kerana corak hidup dan pemakanan anda tidak seimbang? Jika anda buat kerja yang berbahaya seperti di pelantar minyak, seeloknya anda ambil insuran.

3. Kenalpasti jumlah perlindungan yang dikehendaki.
Adakah dengan mengambil polisi insuran ini, ia dapat memberi manfaat kepada anda seperti pulangan yang tinggi pada tempoh matang 3 tahun pertama atau anda memilih pulangan yang tinggi semasa anda bersara (bersara awal atau bersara wajib). Dan yang paling penting adakah ia memberi perlindungan semasa anda mendapatkan rawatan di hospital pilihan anda.

4 Kenalpasti siapakah yang patut anda lindungi.
Siapa yang anda paling sayang? Diri sendiri? Anak-anak? Atau keluarga anda? atau memang saja-saja je nak ambil insuran (insurance)?

Apa pun, buat pilihan yang bijak dengan merujuk mereka yang pakar dan bertauliah.

Sphere: Related Content

2 comments Subscribe Comments

  1. Tips #1
    …termasuk simpanan tetap ?

    Yang ni kena fikir dulu masak2. Memang kebanyakan insurans sediakan pelaburan sekali, tapi harus ingat kadar pulangannya adalah rendah dan kadar premium adalah lebih tinggi utk pelindungan + simpanan .

    Sebaiknya utk insurans, just bajet utk apa yg insurans cover utk perkara2 penting saja spt kematian & hilang upaya. Maksudnya, bayar kadar premium serendah mungkin utk cover apa yg kita perlu saja.

    Saya pun baru ambil insurans. Tak sampai RM200 utk cover saya dan 2 orang anak. Kematian,hilang upaya RM100k + penyakit kritikal RM50k/tahun. Cukup murah dan berbaloi bg saya, tapi premium akan jadi lebih mahal jika saya ambil pakej yg ada pelaburan.

    Pendapat saya, utk insurans fokuskan kpd perlindungan asas saja. Kalau nak kan pelaburan, melabur di ASB atau Unit Trust lain adalah lebih baik dr segi pulangan.

    http://misi-hidup-bebas.blogspot.com

  2. pakej ada pelaburan tidak la semahal mana

    RM200 untuk budak umur 1 tahun

    50K – pampasan kematian
    50K – pampasan kritikal illness

    medical card Pruhealth 200 dengan limit 750K seumur hidup

    dapat allowance RM250 sehari jika admit hospital

    savings?

    umur 18 ada 45K or continue umur 30 ada 110K? ok ke tak?


Add your comment