Tribute To Yasmin Binti Ahmad at Majalah 3
August 2nd, 2009, by Noorizam Shah

Tribute To Yasmin Binti Ahmad at Majalah 3

Malam tadi sempat tengok edisi khas Majalah 3 tribute untuk Allahyarhamah Yasmin binti Ahmad, pengarah filem dan iklan terkenal.

Terharu tatkala menonton luahan seorang ibu, mengenai budi pekerti seorang anak yang sentiasa mendahulukan ibu daripada keluarga lain. Sentiasa merendah diri dan menghormati orang tua malah amat menyayangi kedua ibubapanya.

Sehingga hayatnya di usia 51 tahun, Yasmin Ahmad tidak pernah melupakan ibu bapanya walaupun ke mana sahaja dia pergi.

Malam tadi kita dapat gambaran walaupun Yasmin Ahmad pernah dikritik dan diselubungi kontroversi dalam karya semasa hidupnya, tetapi beliau berjaya menghasilkan sesuatu yang menggambarkan mengenai kasih sayang, kekeluargaan dan perpaduan berbilang bangsa rakyat Malaysia.

Yang tak berkesempatan menonton Majalah 3 malam semalam, boleh ikuti antara sedutan tribute khas untuk Yasmin Ahmad di youtube.com

Sphere: Related Content


Add your comment