3 Mitos Kekayaan Yang Perlu DiBuang
July 30th, 2009, by Noorizam Shah

3 Mitos Kekayaan Yang Perlu DiBuang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semua orang berimpikan menjadi orang kaya. Memiliki tanah, rumah besar dan kenderaan mewah, itu semua adalah gambaran kekayaan. Bagi sesetengah mereka yang belum lagi mengecapi kekayaan atau sedang menuju ke arah itu, seringkali mereka ini diselubungi mitos-mitos yang salah berkenaan kekayaan.

Mitos ini bukan dicipta oleh mereka yang telah memiliki harta yang banyak sebaliknya ia dicipta oleh golongan-golongan yang pernah gagal atau tidak berjaya dalam menuju kekayaan. Ia juga mungkin datang dari mereka yang telah selesa dengan “kedudukan” mereka atau musuh-musuh yang tidak nampak yang tidak mahu kita berjaya dan menjadi kaya dalam hidup.

Oleh itu, mitos-mitos ini terus menghantui dan menjadi batu penghalang kepada setiap perilaku dan pekerjaan mereka untuk mencapai impian yang dihasratkan.

1. Mitos mengenai kekayaan adalah takdir ataupun nasib.

Ramai dikalangan mereka di luar sana menyalahkan takdir dan nasib yang sentiasa tidak berpihak kepada mereka. Mereka menjadikan setiap kegagalan demi kegagalan itu sebagai penghalang dan ia terus menjadi mitos warisan yang tak berkesudahan.

Sebab itu mereka tidak membebaskan diri mereka. Mitos ini telah melekat kuat dan sebati di dalam darah mereka sehingga menghalang kepada kejayaan.

2. Mitos menjadi kaya perlu modal yang besar

Benarkah?

Boleh dikatakan ramai juga guna pakai mitos ini untuk membantutkan hasrat memulakan kejayaan. Apabila diberi contoh nama-nama jutawan, mereka meletakkan minda mereka bahawa kekayaan yang dikumpulkan oleh jutawan melalui perniagaan yang jelas telah pun berkembang luas. Tahukah anda, kebanyakan jutawan yang lahir di Malaysia memulakan langkah membina kekayaan mereka daripada kecil-kecilan malah ada yang bermula dari sifar!

3. Mitos menjadi kaya adalah dari keturunan

Untung kepada mereka yang dilahirkan dari golongan hartawan dan jutawan. Amat beruntung bagi mereka yang lahir dari keturunan yang memiliki harta tak akan habis dimakan oleh tujuh generasi.

Tetapi tahukah anda berapa ramai anak orang kaya dan berharta menjadi muflis akibat sikap mereka yang hanya tahu menghabiskan harta dan kekayaan yang dibina oleh keluarga mereka.

Kegagalan ibu bapa mendidik minda mengakibatkan mereka hanya tahu bagaimana menghabiskan kekayaan keluarga sahaja. Mereka mempunyai mentaliti membelanjakan wang kerana tidak dilatih menjaga aset mereka dengan baik.

Apabila ibu bapa mengajar salah satu rahsia kewangan kepada mereka, mereka pasti dapat menambah kekayaan keluarga mereka.

Jika anda ingin bina kekayaan, mulakan dari sikap berfikir secara positif.

Setuju?


Sphere: Related Content

3 comments Subscribe Comments

  1. Salam,

    Benar, saya dah lam dari dulu impikan nak berbisnes dari rumah, tak nak makan gaji. Segalanya terdetik 7 tahun dulu, sejak tu selalu saya terfikir2.. dan kini, saya dah mulakan bisnes eBay baru 6 bulan, rezeki pun semakin lebat. Syukur..

    Mungkinkah saya berada di tahap ni jika 7 tahun dulu saya tak berfikiran positif tentang bisnes Internet ? Bg saya, dengan sikap positiflah yang telah menarik pelbagai peluang datang kepada saya sehinggalah saya mengenali peluang bisnes di eBay seperti sekarang.
    Saya setuju dgn bro, nak kaya kena ada fikiran yg positif!

    http://misi-hidup-bebas.blogspot.com

  2. Hidup ni kalau nak berjaya kena ada usaha..jadikan sesuatu itu raliti..bukan angan kosong ja..

  3. btol bro…..sokong giler2 ar bab ne….
    kdg2 rase beruntung hidup dlm seba sdarhana…
    wlaupon x kecapi kmwahan spti owg lain,tp tulah pmangkin smangt,tngga utuk kite mnuju ke arah kejayaan…
    rerjin lah ye usha page gua…
    bruk blaja dan on the way menuju tngga kjayaan…
    heheheh…. :-)


Add your comment