Masa Kini Pantas Berlalu…


Bila saya lihat gambar-gambar di atas, masa semakin berlalu dan berlalu. Tanpa sedar, kini saya telah pun memiliki cahayamata berusia 5 bulan. 23hb ini, Zarra genap 6 bulan.
Siapa sangka, ketika dahulu, kehidupan peribadi (sebelum berkahwin) saya uruskan diri sendiri. Saya hanya tau jaga makan untuk diri sendiri sahaja. Tetapi kini, kehidupan saya dilengkapkan dengan seorang isteri dan anak, dan sudah pasti saya perlu menjaga diri orang lain pula.
Alhamdulillah, berkat usaha sepanjang saya berkecimpung dalam perniagaan internet, bekerja sendiri tidak lagi makan gaji, kehidupan kami bahagia seperti orang lain. Bekerja sendiri, saya dapat meluangkan banyak masa bersama keluarga, bercuti dan bersiar-siar. Lihatlah gambar diatas, belaian dan kasih sayang yang diterima oleh Zarra. Anak mana yang tak seronok kan?
Mungkin Zarra tidak tahu yang daddy nya semasa kecil tidak pun pernah merasai apa yang dia lalui hari ini. Yang pasti, saya memang mahu anak saya membesar dalam keluarga yang bahagia, senang dan ceria seperti gambar di atas!
Setiap aksinya memberikan saya lebih inspirasi!
Zarra Nur Syakira binti Noorizam Shah! Daddy sayang Zarra!
P.s: Syok oh kahwin!
Sphere: Related Content



















































waa, bro… hrp2 bapa borek, anak rintik.. satu hari nanti, adik zarra mst bejaya cm bro jgk kn? Hopefully…
alhamdulillah..semoga Allah terus memberkati hidup bro Noorizam. semoga bro akan terus mencurah ilmu untuk mendidik orang lain berjaya juga. besaq pahala tuh
saya ni masa kecil membesar dikampung, tak ada taman permainan macam ni. main panjat2 pokok ada la.
Msarbin: InsyaAllah, apa yang baik itu datang dari Allah taala, yang kurang tu dari saya.
Kalau saya tengok muka anak bro zam ni ikut muka isteri, mata dia sepet2 dan kecik gitu..Memang mcm 2 lah bro zam, dulu membesar kat kampung tak sepertimana budak2 zaman skrg, teknologi pun dan canggih semasa mereka membesar. Apa yang terbaik kepada anak2 adalah yang terbaik daripada ibu bapa.
sy juga berazam utk bekerja sendiri sepenuh masa utk lebih meluangkan masa bersama keluarga terutamanya emak setelah abah meninggal. Bekerja sendiri lebih bermakna bagi sy…….
Comelnya….
Girl ke ni?
Masa pantas berlalu ke bro..hahaha..Tambah lah sorang lagi..kekeke
Noorizam Shah – Jom membeli Mini Taman Permainan dan letakkan dlm rumah or luar rumah..
fyi.. zarra dah pandai main gigit ibu jari kaki.. adakah ianya??
alamak….
fuhhhh.. kejap je dah besar.. bila la nak kahwin ni.. hehe